Assalamualaikum,
Pada suatu masa dahulu, di tahun 1983 atau 1984 (kalau tahu tahun yang tepat sila betulkan), tak semena-mena semua orang rasa nak ambil gambar. Cuba lihat di background, ruang tetamu ayah lebih kurang begitulah rupanya, di awal-awal. Humble living.
Mamat-mamat lima orang dan sorang minah tu sebenarnya sudah bersiap habis-habisan untuk sesi yang jarang-jarang ini.
Berdiri dari kiri:
Pak Long Jaafar dengan standard baju Pagoda dan track pants.
Pak Chak dengan 2 butang atas terbuka. Sila perhatikan gaya rambut yang seakan-akan jambul, tetapi sebenarnya rambut yang dijelkan, cuma rambut atas degil, masih nak tegak. Perhatikan juga cara berdiri yang senget dan leher yang sikit lentok. (cuba tengok cikgu Don).
Pak Ngah paling tinggi dan paling handsome, dengan gaya rambut paling terkini masa tu.
Pak Teh bukan baru bangun tidor, memang macam tu rupanya sepanjang masa.
Duduk:
Haji Abdul B Mat
Hajjah Ramlah Saaud
Atas lantai:
Mak Njang (no komen)
Pak Ndak agak slim sebelum badan dia naik sikit.
Terima kasih kerana kita masih mempunyai kelapangan untuk berhubung, walaupun dalam bentuk yang berbeza. Bersyukur kerana kita dapat menjalani kehidupan mengikut keupayaan masing-masing, melakukan perkara-perkara yang diminati, dan masih mempunyai masa untuk pasangan dan anak-anak.
Cara mengeratkan silaturrahim dengan berkunjung ke kampung atau bertandang mungkin menjadi semakin sukar sekarang. Rumah Anchak sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak exit di Rawang, untuk R&R buat seketika, jika tak ada masa untuk bermalam, itu pun dah cukup.
Diharap, bila-bila di masa depan, bila kita berpeluang berkumpul dengan jumlah yang lengkap, bolehlah merancang sesuatu yang memorable.
2 comments:
Ancik dah pi rumah Ancak 4 kali dah kot... yg syoknya dalam 4 kali pi tu manjang sesattttt... tu yg nak pi sangat, supaya ingat jalan !!!
He he he.. Njang pun kalau pi sorang-sorang mau sesat jugak. Nasib baik eddy yang drive. Rumah anchak...njang dah lost count dah berapa kali pi... tapi lately pi mesti sebab nak menumpang tido and not to mention tasha, nadia & natra nak jumpa & main dgn abg aiman & kak asna depa... and aku nak tangkap ikan anchak ha ha ha!!!
Great!!! Sekurang-kurangnya kita dah ada medium yang semua orang boleh masuk pada bila-bila masa. Keep it up... memang pembudayaan sesuatu itu memakan masa; tapi kalau tak di praktikkan tidak akan menjadi satu budaya. Right???!
Post a Comment