Sunday, November 9, 2008

Blaze of Glory



Assalamualaikum w.b.t....

Kali ni ancik nak update tentang kejayaan ancik menawan puncak tertinggi di Asia, Gunung Kinabalu, walaupun boyak dan perut ni boroi tapi sampai lar jugak..!! Rasanya ancik ada bagi tau saja tapi tak tunjuk apa-apa pun tentang pendakian tu.... jadi ancik nak share kan untuk semua khasnya untuk Mak, anak mak dah jadi salah sorang yang berada dipuncak tertingi Asia..



27/06/2008 - day 1

Bermalam di Ros Cabin, Kundasang - 70 km dari KK

berlatar belakangkan Gunung Kinabalu sehari sebelum pendakian, view dari belakang Rose Cabin

28/06/08 - day 2



08.45 am - bersama RV semasa pendaftaran dan mendapatkan guide serta permit pendakian di Kinabalu Park Complex..



En Adi dan RV di Kinabalu Park Complex..

..take nothing but photographs, leave nothing but footprints...


9.15 am - Di pintu masuk Timpohon Gate

En Adi at 1st check point di Timpohon Gate, bermulanya pendakian ke Laban Rata sejauh 6 km.


Mr Adi, Mr Fuad & RV

RV teruja dgn PORTER yg muda-muda belaka - Flea, 23 thn (baju hitam), Beca, 10 thn (baju biru) & Nana, 16 thn (baju putih)

Nana (etnik Dusun), 16thn, membawa 17kg barangan ke Laban Rata
...wondering apa punya kuderat si Nana ni coz masih mampu tersenyum sedangkan ancik bawa tak sampai 10kg pun dah terjulur lidah kepenatan.. kalau kak cik nampak gambar neh masak ancikkkkkk..!!!


15.40 pm - sampai ke Laban Rata, 2nd check point, En Adi bersama guide kami, Maickon Belinting, alhamdulillah En Adi masih boleh bertahan walaupun mengidap asma..



16.55 pm - di Panar Laban dgn suhu serendah 4 darjah celcius dan hujan renyai-renyai belatar belakangkan puncak Kinabalu yg bakal ditawan besok pagi !


29/06/2008 - Day 3



2.00 am - bersedia untuk pendakian dari Laban Rata ke Low's Peak, puncak Kinabalu, perjalanan sejauh 2.7 km


3.15 am - 1 km selepas 3rd check point, Sayat - Sayat


4.20 am - En Adi keletihan dan tangan kebas, perlu tambah glove di dalam, lagi 0.7 km untuk sampai ke Low's Peak

di ketinggian 3,929 meter dari aras laut dengan suhu mencecah 1 darjah celcius.. sejukkk

6.15 am - sampai ke Low's Peak, puncak tertinggi dengan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut... Allahuakbarrrrrrr !!!!


...ancik puas dan terduduk keletihan sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah ini... sunset pulak aduhhhhhhhhhh tak tergambar.. sungguh indah....


Low's Peak


Gunting Lagadan

yang ni ancik dah lupa namanya....

boleh main bola... sayup mata memandang


sempat bergambar dengan budak-budak UiTM Shah Alam semasa turun dari Low's Peak ke Laban Rata

sempat lagi posing tu........

So, dapat lar cert panjat gunung Kinabalu.. sesapa yg nak panjat tu silakan lar, buat booking pendakian 6 bulan sebelum.

1 comment:

Azura Abdul said...

Fullaweeyyy!!!! Best nya! Ha! Sapa berani lawan anchik dia???!?!
Jeles den... tak kan 6 bulan kot? Macam nak pi Mekah la pulak kena booking punya la lama...
Apa-apa pun TAHNIAH to my big brother!!! Wa salute lu...