Kali ni ancik nak share kan gambar kami anak beranak pi jenjalan ke Kudat, Sabah Darul Aman (nak jugak letak tu heheheh). Banyak tempat yg boleh dilawati seperti Tanjung Simpang Mengayau (Tip's of Borneo), Rungus Long House, Pantai Kelambu, Gong - Mantugong, Honey Bee Vilage dll... tapi pic yg ancik nak masukan ni pic di Tip's Of Borneo dan Rungus Long House..
Kalau tak salah semua pic ni di ambil dalam Mac 2005 lagi... lama dah tu !
Kak cik dgn anak-anak dpn statue Tip's Of Borneo. Abang Long masam jer sebab ibu dia tak nak dukung.. asyek dukung Bb jer.. masa tu umo Bb 1 thn lebih !!
Pampers Bb dah penuh, tak sempat nak ganti... pakai jer lar, nanti dah jadi 1 kilo lebih baru buang.
Masih masam lagik abang Long, nak dok sablah ayah... kak Ngah plak tak nak bagi.. huhuhuhu
Nampak tak batu yg timbul dalam air belakang ancik tu... kalau tengok peta kepulauan Borneo (macam kucing), yg tu lar telinga bahagian telinga kalau tgk dalam peta... ujungggggg sekali dimana 3 arus besar bertemu, arus apa hampa cari sendrik lar... mengkalu kata tauk tali pancing kat situ, nak tengok dia bersimpui macam megi mee boleh lar...!
...abang Long, kak Ngah, Bb dan ibu depan Rungus Long House. Tengok abang Long punya posing.. dia tengah suka tu dapat pi jenjalan !
kusyuk.... Kak Ngah tgh tengok kepakaran kaum Rungus tenun kain... macam berminat saja, boleh lar suruh nenek tu ajarkan nanti...
abang Long kata kalau tidoq kat dalam Long House ni tak payah pakai kipas... dah tentu sejuk, lantai dia bukan main jarang..
Bb pun nak cuba main gong.... berebut sakan dengan abang Long dia.. tu yg tak nampak dalam pic ni.. merajuk lar tuh..
Kak Cik ngan Bb di atas jambatan kayu yg menghubungkan Long House dengan menara peninjau...
....dah penat berjalan balik pi bilik nak tidoq.. Ria Hotel, rate dia Delux twin RM86.00.. setakat ni dulu.. ada masa ancik update lagik...
2 comments:
Salam....
Jalan, jalan jugakkkkk....
Pisau & parang Anteh manoooo????
haiqal, takkan tak dapt duduk seblah pak ngah pun nak monyok? tasha selalu tak dapat duk tepi pak njang. tak monyok pun !
Post a Comment