Friday, April 30, 2010

Dulu dan Kini

Salam untuk semua saudaraku sekalian...

Fuhhh... lepas balik FH, skali pun tak menulis kat blog ni, naik ketagih plak. Maaf sebab lama tak menitip sebarang cerita... makanya hari ni Anteh nak brought out something untuk sama-sama kita fikir.


Mudah2an jadi sedikit ilmu untuk anak2 kita semua.


Kita ni sebagai orang Melayu sejati, boleh kata hari2 makan nasi. Dah jadi sinonim, kalau dgn
orang tua kita pi melawat atau ziarah ke rumah sapa2....
"Makan nasik dak lagi?"... "Jangan balik dulu, makan nasik tengahari kat sini"... "Ish!!! Hari ni nak masak lauk apa tak tau nak guu dengan nasik?".... ayat2 biasa yang selalu kita dengar.

TAPI !!!!!!
Pernah tak kita pikiaq, mana mai nasi tu? Kita yang tua2 ni yang dok kena beli beras bawak balik rumah, memang la tau.... apahal dengan anak2 kita? Sejauh mana depa tau kisah nasi yang asalnya dari beras yang datangnya dari pokok padi???? Meh Pak teh cerita sikit, dari pengalaman Pak Teh untuk anak2 semua...

"KINI"


Padi bermula dengan beberapa siri proses dari penyediaan tapak, menabur, penjagaan dan menuai hasil. Very straight forward punya cerita. Rasanya, semua biasa tengok orang buat

bendang...
.... kita skip bab ni.

Masuk bab menuai... la ni semua pakai mesin (harvester). Tang bab ni rasanya, semua main tengok kok jauh je...

tau2 padi dah masuk lori.

Tak ramai yang ambil kisah dengan mesin yang selalunya popular dengan warna kuning ni macam sebuah "kilang bergerak"... kerat, pukoi, ayak last sekali, padi je yang naik lori. Hantaq pi kilang, proses jadi beras.

Easy... kan? Senangnye.... macam mana orang dulu2 buat untuk dapatkan beras???

Ni lah citanye yang Pak Teh nak share untuk semua...
"DULU"

Secara manual je orang dulu mengerat padi. Pak Chaq, Pak Ngah, Mak Njang & Pak Ndak tentu masih ingat.
Kerat2, lungguk buat kedap. Kedap tu apa??? Padi yang dah kerat, kita kumpulkan setempat, selunggok, selunggok.... kedap la namanya tu.

Pastu pi memukoi kat tong padi yang ada layar tu...




Pak Teh dapat peluang merasa benda2 ni. Baru2 ni, lepas ambik padi kat Selama... ada few area yang mesin tak leh masuk, so Anteh & Cik Pi decide nak buat beras sendiri.



Cik Pi mengerat.... dia buat kedap padi banyak2, dia mai longgok banyak2 kat Anteh.





Kerja Anteh, pukoi......










pukoi......dan
pukoi lagi.


Walau pun tak memukoi macam orang dulu2, pakai tong tu, belasah pakai pelepah sawit pun boleh lah... asasnya sama je... nak lerai kan padi dari tangkai.
Satu teknik lagi, depa panggil 'irik'... yang ramai2 orang pompuan dok pijak tu. still asasnya sama je, kasi relai itu padi dari tangkainya.

Lepas tu jemur bagi kering.


Dah kering, kena uroi... nak keluarkan semua sampah, jerami, hampa...








so yang tinggal cuma padi yang betoi2 bernas saje. Masih pakai cara lama, kena tunggu angin tiup dulu baru boleh buat kerja.





Part ni sapa nak merasa miang padi boleh la cuba... gamak tak tahan dok jauh, jangan dok ikut arah angin.


Dah siap semua... kita orang pack and back tu square one... pi cari kilang jugak, kisar buat beras. Lesung tumbok padi rasanya dah pupus kot.
Cumanya kilang ni kecik je, just to serve org2 yang buat beras sendiri. Kat Selama ni, masih ada lagi orang yang tanam padi, untuk tujuan makan saja. Tak pernah jual. So, tak heran la kalau masih ada kilang2 beras yang kecik2.




Terlintas kat hati ni....


Apa kata, kita masukkan dalam kalendar Merapoh Dahan untuk aktiviti luar anak2. Kasi dia orang expose sikit cara-cara kampung ni. Anteh tengah plan nak sewa sebuah rumah kampung yang paling dekat dengan bendang Damak. Kalau jadi, boleh kita buat tempat gathering.




Seronok hidup cara kampung ni...



selalu bila musim menuai bererti musim burung2 jugak. Siang hari sebok dengan padi... petang & senja kerja tangkap burung.










Ada ayam2, ruak2, puyuh, belibis... macam2 lah.











Malam bila tak da kerja....











yeah!!!! Bihun sup burung ayam2.








Come and feel the adventure with me.....
Wassalam

Tuesday, April 27, 2010

Selamat Meniti Kehidupan

Assalamualaikum!
Selamat meniti kehidupan di sepanjang musim sekolah ni. Bagi Pakcik dan makcik yang ada di rumah, jadual sekolah anak-anak adalah jadual KITA jugak la! Yang diam tu bukan apa, tengah sabaq-sabaq melayan proses pembesaran anak-anak.

Tuk nak balik Kedah hari Jumaat ni, 30hb April 2010 , rasanya setelah 7 minggu? pi balik-pi balik antara KL/Rawang dengan Melaka. Raf akan ambik Tok dari rumah Pak Chaq lepas Jumaat. Terima kasih Tok pasai mai rumah Pak Chaq.

Asna jugak terima kasih kat Tok dia pasai dia tak payah duduk di Taska lepas sekolah agama.

Untuk Pak dan Mak yang lain-lain, jemputlah datang ke rumah Pak Chaq.
Tanpa plan pun tak pa, kita cuba makan luaq - banyak tempat yang boleh pilih.

Mula dari food court mana-mana Tesco yang baru bukak hingga ke Restoran Seafood Juara di Tanjung Harapan, Port Klang.


La ni parut di muka Asna semakin reda, selepas dah 4 kali buat rawatan laser, boleh tengok beza dari dulu. Insyaallah.
Gambar yang atas sehari selepas laser, gambar bawah ambil masa bulan November 2009 dulu.

Aiman pulak dah officially jadi Pengawas Sekolah BTP, lagi la lambat nak bersiap pagi-pagi sebab kena tarik-tarik baju dia supaya tak nampak perut dan ikat tie elok-elok.
Anyway, bagi anak-anak saudara semua, selamat belajar dan dengar cakap ayah mak.

Thursday, April 22, 2010

Sarah "April 2010"

Assalamualaikum......



Hai..... sejak balik dari Frazer Hill, semua dah senyap ja, x ada berita baru yg masuk blog ni... awat, semua pakat2 penat dah ka....?? Nanti kita pelan lain, ok....!

Sarah dok tanya selalu, bila pulak nak boleh jmpa ramai2 mcm ni lagi. Seronok kata dia... Bila cuti ja kira nak ajak pi K.L.... "he..he... parah ayah dia."


Di sini saja pakndak nak kongsi dengan semua aktiviti sarah kat sekolah dia baru2 ni...
Balik ja dari K.L., Sarah terus minta ibu dia beli akhbar jawi, nak baca katanya...
Rupa2nya cikgu dah pilih dia pi bertanding wakil sekolah, Semangat sungguh!! Ok tu... jika nak dibanding dengan ayah dia... x ada langsung.
Pada hari bertanding, dia dah pesan siang2, nak tidoq kat rumah tok singkir, takut x sempat nak naik bas awai pagi..he he..biasa la...
Alhamdulillah.... semua tu berbaloi , walaupun dapat naib johan , jadilah....
Ok... pandak berhenti dulu di sini...
Pesan sarah, bila cuti sek tu.....balik2 la ke kedah, boleh main sama2!!
Wasalam...
bye-bye
!!