Thursday, November 6, 2008

Al Fatihah buat Mak Cik Siah Alor Setar.


Assalamualaikum buat semua; Anchak, Kak Chak, Anchik, Kak Chik, Anteh, Kak Gee, Nuat, Ja and anak-anak semua. Diharap dengan adanya laman blog ni kita sekeluarga akan jadi lebih rapat tak kira di mana berada. Any problem kita boleh share sesama.


Njang tak reti nak buat ayat bebaguih macam anchik or anteh nun... tapinya yang nyata sedara ayah semua dah meninggal dengan pemergian Mak Cik Siah tengahari tadi 6-Nov-2008 jam +/- 12.00 pm. Yang tinggal cuma mak & mak su (pak su en). Al-Fatihah untuk semua ahli keluarga yang telah kembali kepadaNYA....

Pagi tadi selepas Eddy pi kerja... Lepas tunjukkan entry baru Nuat kat Eddy

"Mak! Ni Nuat boh hat baru..."

"Ho ada lagi...." macam biasa mak excited sangat nak tengok entry baru sejak kita buat blog nih... bukan main syok lagi dia tengok gambaq kat bukit bendera kot mak kata and gambaq kita masa kecik-kecik tu. Satu persatu dia suruh njang besaqkan.

"Mak tak paham la..."

"Paham apa mak?"

"Macam mana gambaq ni dari dalam album tu boleh dok kat internet ni...?"


"Laaa.... ingatkan apa la tadi. Jom kita pi pasar dulu; balik masak; lepaih makan tengahari nanti cek tunjuk kat mak macam mana nak scan gambaq dari dalam album tu masuk komputer, lepas tu boh kat internet..."

"Ok...jom" kata mak sambil pi siap nak pi pasar.

Cut the story shot...

Malangnya dok tengah lunch kak gee call..."bunyi dah lain macam" njang cakap kat mak ton.

Rupanya berita mak cik siah dah meninggal...


Mak pun dah jadi kelam kabut...adrenalin dia dah naik kot... so nya; tak dan la nak tunjuk dia macam mana gambaq dari album tu boleh ended up kat laman blog kita.


So; moral of the story; lepas ni Anteh or Nuat kena tunjuk kat mak macam mana process tu berlaku. Tak suruh ajar; cuma tunjukkan dia how it's done. Biar mak familiar and faham dengan budaya baru kita blogging adik beradik. Kalau dulu bukan main susah nak bagi mak pakai phone; la dah tak leh hidup without it. So; njang rasa tak impossible kalau lepas ni mak pun nak join kita blogging.

Ok. Chow dulu. Love you all.

1 comment:

Ancik said...

Alfatehah utk arwah..!