Saturday, December 11, 2010

Cameron Highlands Revisited.

Cameron Highlands 2010

Perjalanan bermula pukul 7.30 pagi dari rumah Pak Chaq. Kalau boleh nak keluaq awal lagi, tapi kesian kat budak-budak.
Selepas goreng cucuq siap-siap, bahagi 2 dan kami pun bertolak.
Highway ok tak dak jam, tak berani nak berenti kencing takut lekat, kalau berenti pun tak dak ayaq.
Sampai ke tol Tapah pukul 9.30 pagi. Selepas buang-buang apa yang patut, kami start panjat.


The Climb


Perjalanan mendaki agak slow, tapi menarik dengan pemandangan hijau dan rumah-rumah orang asli. Tapi tak berapa original lagi dah.
Hero tengah ukur ketinggian air terjun di Lata Iskandar- lenguh tengkuk. Sempat la ambik gambaq.
Stop at Lata Iskandar sekejap untuk rata air sejuk di waktu pagi (dah pukul 9.00am)

Berhenti di Lata Iskandar lama sikit, tengok cenderamata dan barang 'Bundle'


Aiman buy chakplum sebab konsep dia sama lebih kurang konsep pelancar roket, tapi, belum satu jam, dah patah buluhnya.

Semua tak berani mandi sebab sejuk jadi bergaya sajalah.



Nana buy MJ hat untuk tujuan video
Mak Chaq buy cowboy hat, untuk annual dinner.



Boh Tea House (Ringlet) adalah destinasi pertama yang Pak Chaq nak ajak semua orang tengok. Selepas Pekan Ringlet, kona masuk simpang kanan ke ladang Boh,
Antara perkara dibuat ialah 174m Hiking ke atas ladang teh. Orang tua pancit, bebudak laju.


Pemandangan dan pokok memang cantik.

Ladang teh adalah tradisi yang menjadikan Cameron Highlands wujud sekarang kerana dia ada 2 perkara utama yang menarik dan original:


Tea

Berbagai jenis teh ada, Pak Chaq &Mak Chaq suka kalau boleh sarapan pagi awal di situ.
View

Landscape tak payah cakap la, kalau tak kabus, memang cantik.





Cameron Valley : Bharat Tea -Tea House

Di sini paling senang nak view ladang sebab dekat jalan utama.

Pekan Brinchang ada Pasar Malam yang start awal atas jalan.
Traffic Jammed jugak , teruk jugak hari tu, nasib baik sampai awal.

Equitorial Hotel Resort Indoor rekreasi di Equitorial Park


Peak destination

Strawberry Picking

Nana tengah pilih strawberry
'Sila lah rasa ini buah- masssssem!'

Butterfly Park


Boh Tea Plantation Sg. Palas

Boh Tea House Sg. Palas baru 2 tahun lebih kut umurnya. Sebelum ni cuma ada kilang saja, minum teh dekat kilang. Sekarang cantik sikit. Tapi tak boleh naik dengan kereta, kena berenti sekeret jalan.

Vegetable Market kami singgah untuk beli bekal jagung rebus untuk bekal balik.
Leave Cameron Highlands through Simpang Pulai route.
Sangatlah nak terkencingnya, tak ada stesen minyak langsung sampai Simpang Pulai.

Late Lunch at kedai Sajian Anak Watan
Itu lah the only true R&R if need to go to toilet, before tol.
Diharap anak-anak semua seronok outing kali ini.
Kalau seronok, cuba komen dengan type berapa bintang.
Assalamualaikum!













Tuesday, December 7, 2010

Salam Ma'al Hijrah


Assalamualaikum buat semua abang-abang, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak yang dikasihi...
Ah!! Boring intro!!!
Sempena Ma'al Hijrah ni Njang nak propose satu revolusi untuk La'Merapoh D'Ruat... kita start tabung TRTM3G - Tabung Rekreasi Tok Melah's 3rd Generation!!!
Njang akan buka akaun MayBank baru; especially untuk tujuan ini. Mai kita sama-sama menabung. Untuk apa tu nanti kita cerita. Yang penting... semua ni untuk tengok some smiles on the kids faces!!!

P/S: What's more rewarding than seeing our kids smiling back at us with joy... saying 'Syok nyaaa...'

P.P/S: Endau Rompin trip jadi ka? Cherating?