Tuesday, December 6, 2011

Penangan Puteri Mandi



 Assalamualaikum!
Bulan ni Pak Chaq rasa bangga sebab anak-anak penakan kebanyakannya berani untuk have fun!.
Nak panjat ke Air Terjun Puteri Mandi bukan mudah rupanya, tambahan pula kena berperang dengan lintah, pacat, gravity dan muka bumi.
Patut Pak Teh pun payah nak sampai.


 Pintu gerbang Puteri Mandi

 Pondok Pak Guard bagi istana Tuan Puteri


 Nala punya besar banir pokok ni. Tapi kebanyakan ahli terutama Mak chaq dan Mak Teh tak perasan sebab tengah mengira pacat masa lalu.

 Bekam la sikit.

 Dah jumpa air, nak buat benda lain dah tak boleh dah!!!...
Salam.
Semoga semua have fun bulan cuti ni!!!...

Tuesday, November 29, 2011

Mean holiday to me & family...!!!


Holiday ??? Mengadap ni dari Sabtu siang dan malam sampai lar hari ni. Ini lar kerja yang dibuat. Kak Ngah dgn Kak Lang dah bising-bising, dok rumah jer ni tak pegi kemana-mana ker ? Hujan jer manjang hari-hari nak kluar kemana ? (alasan biasa yang diberi...hehehehe)

Si kembor berdua tu mana nak paham ni semua, main sampai terlolap. Sumbat botol susu settle masalah.

Ancik pula ??????

Monday, November 28, 2011

Unplanned Trip!

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dah selesai bab hantar tok kedah dan haiqal balik ruat. Selebih tu kami serah kat pak chaq mak chaq and pak teh mak teh dia pulak. Terima kasih atas kerjasama kekeluargaan yang dipamerkan. Anchik kak chik jgn risau. InsyaAllah Haiqal akan buat yang terbaik demi keluarga.
Angah Nadia, sorry lah tak boleh tinggalkan kat ruat. tapi sebagai pengubat luka di hati nadia ni lah hasil trip pilihan nadia selepas balik dari ruat...

Angah nak naik feri pi pulau pinang. Okay... ayah dia tak dan feri jalan dah mabuk dulu he he heNaik Bukit Bendera.Cantik.

Tetiba hujan pulak, terus diner. Makan seafood je. Sedap? Janji kenyang...Dah 8:00pm lebih baru turun. Angah sempat posing dgn kereta kabel lama...
penang at night...Penang sesak sangat. Drive sampai tak larat... jem, lori terbalik sondol lori depan, lepas terowong ipoh dah tak larat, masuk exit, jumpa hotel paling dekat terus check-in.
Morning - Angah nak pi gua tempurung.
Ambik level 1 je...
Paling seronok budak ni leerrr...
Nampak kepala avatar...
Ni buaya ke dolphin ke apa ke...
Muka monaliZa
Dah keluar, basah lencun dgn peluh baru teringat nak posing dgn signboard. Kecik pun tak pe...
That's all. Kalau sambung level 2, belum tentu 5pm boleh sampai Melaka. Selamat bercuti. War-warkanlah aktiviti family kat sini. Boleh kami tompang seronok...


Thursday, November 24, 2011


TRANSPORTER!

TRANSPORTER!

This month's mission is to have fun!!!...

Friday, November 18, 2011

-Projek Gambar Raya-


-COMPLETED-

# Please ignore the date on the picture~

Friday, November 11, 2011

Tentative Agenda Merapoh AGM 2012

Assalamualaikum to all. Kat bawah ini apa yang telah dirancang untuk our next AGM. Hope it will be our next memorable gathering after Fraser's Hill..

Tarikh belum confirm.. tapi, plan nak buat sabtu pertengahan cuti sekolah yang 2 minggu bulan 6 tu..

perlukan confirmation from all~

kalau semua setuju, booking and deposit utk tempat2 tertentu akan dibuat Januari 2012.

Bole start menanbung skg =)

__________________________________________________________________

Agenda La’Merapoh D’Ruat 2012

Jumlah Kos & Perbelanjaan (tidak termasuk barang basah): RM3630/5 = RM 726

Selepas ditolak duit SPONSOR, semua kena bayar RM550

Barang basah : Untuk breakfast day 2 & 3 (kalau tak beli bungkus), lunch day 2 & 3, diner day 2.

Untuk yang masih nak meneruskan percutian, dijemput untuk ke teratak Mak Njang

Waktu

Aktiviti

Kos

Penginapan

Al-Bayt Homestay, Taman Tasik Utama, Melaka

RM 600

Day 1 – Sabtu

2:00pm – 3:00pm

Ketibaan Merapoh Dahanians

Check-In Al-Bayt Homestay

Minum Petang

RM 50

3:00pm – 7:00pm

Lawatan ke tempat-tempat bersejarah Melaka:

· Perigi Hang Tuah

· Perigi Hang Li Poh

· Muzium Samudera

· Bangunan Studhuys

· Muzium Rakyat

· Bukit St. Paul

· Dataran Pahlawan

· Masjid Selat

RM 200

7:00pm – 8:00pm

Solat Maghrib @ Masjid Selat

Ke Taman Rempah utk River Cruise

8:00pm – 9:00pm

Diner Ikan Bakar on Melaka River Cruise

RM1,300

9:00pm – 11:00pm

Jonker Walk

Bebas

Pulang ke Homestay


Day 2 – Ahad

6:00am – 7:00am

Solat Subuh Berjemaah

Tazkirah

7:00am – 8:00am

Jogging @ Hutan Rekreasi Air Keroh

8:00am – 9:00am

Sarapan

Siap sedia untuk aktiviti berikutnya

Barang basah / RM50

…9:30am – 11:30am

Bowling @ Melaka International Bowling Center

RM 300

11:30am – 1:00pm

Planetarium

RM 170

1:00pm – 3:00pm

Lunch

Solat Zohor

Siap sedia untuk aktiviti berikutnya

Barang basah

3:00pm – 7:00pm

Melaka Wonderland Water Themepark

RM 710

7:00pm – 9:00pm

Solat Maghrib Berjemaah

Tahlil & Tazkirah

Solat Isyak Berjemaah

9:00pm – 11:00pm

Makan Malam - BBQ

Bebas

Barang basah

Day 3 – Isnin

6:00am – 7:00am

Solat Subuh Berjemaah

Tazkirah

7:00am – 8:00am

Jogging @ Tasik belakang Homestay

8:00am – 9:00am

Sarapan

Siap sedia untuk aktiviti berikutnya

Barang basah / RM50

9:00am – 11:00am

Zoo Melaka / Tasik Air Keroh

RM 200

11:00am – 12:00pm

Lunch

Bersurai - Check-out

Barang basah

Total (sebelum campur barang basah)

RM3630

Wednesday, May 4, 2011

2nd AGM Roll Call

Assalamualaikum semua.
Dalam dok busy-busy ni dan jugak kita dok menyimpan untuk 2nd AGM next year. Wang terkumpul sehingga hari ni dah RM400. Kepada yang belum menabung, meh le menabung. Sikit pun tak pe.
Ada cadangan utk bawak Merapoh ke Hutan Negara Pahang. Got time nanti cek survey-survey tengok. Tapi nak kena ada duit lah kalau betui nak pi... So; moh kite menabung!

P/S: Anak2; cuba belajar simpan duit sama...

Wednesday, April 6, 2011

Tioman retreat

Salam,

Kami sertai Marine Camp di P. Tioman, Kg Genting pada 11-15 hb Mac 2011, bersama budak-budak Pusat Ko.
Banyak juga gambaq menarik.


Nana peace!
Ahh!......lenguh......
Berdua di senjakala.
Ehemmm...!
Goolllllllll......!

Lain kali, kita tengok macammana nak bawak cucu Tok Melah pulak no...

Salam