Assalamualaikum bro & sis....
Macam yang Anteh kata, nak kongsi dengan semua sedikit pengalaman ( kisah benar) yang Anteh tempohi selama buat projek kat Selama ni.
Sebenarnya "treatment" drama ni Anteh buat untuk assignment Penulisan Skrip final year OUM (dapat A+ tuuu)......
Macam yang Anteh kata, nak kongsi dengan semua sedikit pengalaman ( kisah benar) yang Anteh tempohi selama buat projek kat Selama ni.
Sebenarnya "treatment" drama ni Anteh buat untuk assignment Penulisan Skrip final year OUM (dapat A+ tuuu)......
***************************************************************************************
“TREATMENT”
1. EXT. DI TEPI JALAN LADANG, BAWAH POHON RUMBIA
Pemandangan kawasan sawah padi yang sedang menguning, saujana mata memandang. Teduhan pohon rumbia bersama bunyi pelepah rumbia yang bergetar ditiup angin. Kelihatan beberapa ekor burung layang-layang berlegar-legar menuruti belakang mesin jentuai.
2. EXT. DI TEPI JALAN LADANG, BAWAH POHON RUMBIA
Amir duduk bersila di bawah teduhan. Merenung jauh ke tengah sawah yang sedang dituai dengan jentera. Bunyi pelepah rumbia makin tenggelam dek deruman enjin jentera menuai yang makin menghampiri Amir. Pandangan Amir beralih ke arah jentera sambil tersenyum kepada pemandunya.
Amir terus mengelamun.
SPIRAL… FADE IN
3. EXT. TAPAK RUMAH PADI, TEMPAT TINGGAL AMIR DAN PEKERJA
Semut hitam merayap di kaki Amir lalu menggigit. Amir menepis, bersahaja sambil pandangannya tidak lekang pada orang-orang kampong yang bergotong royong mendirikan rumah buat Amir.
“Kami memang orang susah, tapi nak mintak tolong, kami mudah”, kata Pak Ngah Ajis mengejutkan Amir dari lamunan.
“Terima kasih Pak Ngah”, jawab Amir yang tersedar dari lamunan.
“Payah dah nak jumpa macam ni”, tambah Amir. Orang terus bekerja hingga lewat petang. Bentuk rumah separuh siap dah mula kelihatan.
4. EXT. DI TENGAH KAWASAN TANAH TERBIAR YANG BERPAYA
Pemandangan kawasan tanah paya yang dipenuhi kerbau-kerbau yang berkeliaran, bebas. Jalan tar mini yang menjadi laluan penduduk kampong, sepi ketika itu. Sesepi tanah yang terbiar tidak diusahakan. Amir yang bertopi mengkuang mengeluarkan buku nota kecil dari poket seluarnya lalu membuat catatan.
“Kau nak buat apa Amir? 20 puluh tahun dulu, paya setakat dada ni masa dia orang tanam padi ”, tegur Awang yang tak berbaju, mengejutkan Amir.
“Paya tu... nak buat macam mana?”, tambahnya lagi sambil berlalu dengan motor “kapcai” lampu bulat dengan eksos separuhnya. Deru enjin membingitkan telinga, tak setara dengan kelajuannya.
Amir hanya tersenyum sambil berlalu ke tengah-tengah sawah tinggal itu. Tidak membenarkan semangatnya dilemahkan dengan kata-kata Awang tadi.
5. EXT. DI TENGAH JALAN MINI TAR YANG MEMBELAH TANAH TERBIAR
Amir memerhati dari kejauhan jentera berantai yang disewanya membersihkan parit yang telah bertahun-tahun tidak terurus. Kerbau-kerbau mendongak, kaku memerhati jentera mengganas. Burung ruak-ruak pantas melintas jalan, mengejar pasangannya.
6. EXT. DI LAMAN RUMAH PADI MALAM 1
Bertemankan mentol lampu 60watt, Senapi terkial-kial mengeluarkan bearing rotor traktor yang pecah ketika membajak petang tadi.
“Orang-orang muda la ni memang degil. Langsung tak tau adab”, jerit Tok Lah dengan lantang.
“Aku dah kata kena jamu dulu… degil!!! “, herdik Tok Lah lagi.
Senapi dan Amir hanya berdiam sambil tekun membuat kerja.
“Masuk ni dah 6 kali, padan muka engkau orang. Kalau ikut kata aku kan selamat. Lepas ni kalau dia mengamuk, kacau anak pinak orang… memang punca dari engkau orang”, jerit Tok Lah lagi sambil berlalu pergi bila menyedari kata-katanya langsung tak diendahkan oleh Amir dan Senapi.
Sepi… Tok Lah hilang dalam kegelapan malam.
Amir dan Senapi berpandangan. Senapi tersengih menampakkan semua gigi sambil Amir menjelir lidah pada Senapi. Amir dan Senapi ketawa.
7. INT. RUMAH PADI MALAM 2
Cahaya bulan menembusi dinding rumah yang diperbuat dari kulit bertam. Burung jampuk sahut menyahut menyanyi lagu malam. Senapi mengubah posisi bantal, mengelak dari cahaya bulan menerangi mukanya.
“Apa jadi pun saya tak akan buat, Bang Pi. Saya tak akan gadai akhidah saya buat benda khurafat tu”, kata Amir memula bicara bila menyedari Senapi belum terlelap.
“Kita buat ni kerana Allah. Apa nak takut?”, jawab Senapi. “Traktor rosak? Adat la bila buat kerja. Tak nak rosak simpan kedai la”, sambung Senapi lagi disambut dengan tawa Amir.
Sepi... burung jampuk terus menyanyi mengiringi dengkur Senapi dan Amir.
“Apa jadi pun saya tak akan buat, Bang Pi. Saya tak akan gadai akhidah saya buat benda khurafat tu”, kata Amir memula bicara bila menyedari Senapi belum terlelap.
“Kita buat ni kerana Allah. Apa nak takut?”, jawab Senapi. “Traktor rosak? Adat la bila buat kerja. Tak nak rosak simpan kedai la”, sambung Senapi lagi disambut dengan tawa Amir.
Sepi... burung jampuk terus menyanyi mengiringi dengkur Senapi dan Amir.
1 comment:
Fullamak!Hantaq kat Aziz M Ossman boleh nih! Nasi baik anteh berenti tang tu dulu... kalau tak tak jadi kerja la den. Orait! Anchak is on his way in!!!
Post a Comment