Sunday, November 30, 2008

Doa Kesihatan Mak....

Assalamualikum......
Baru2 ni mungkin semua ada dengar mak kurang sihat. Mlm Khamis lepas, mungkin fikir banyak pasai anak2, mak ada mengadu rasa sakit kat dada kiri dan rasa x selesa semasa dok kat rumah aku.
Jam 10.30mlm, aku ada bawak mak pi klinik, Dr, nasihat pi periksa kat hospital kalau sakit berterusan. Keesokannya, aku tengok mak x berubah terus pi check jantung kat Metro Hospital.
Selepas semua ujian dibuat, Alhamdulillah.... tiada apa yang dirisaukan. Mak sihat... cuma perlu berehat.
Agaknya mak kita ni terlalu banyak berfikir pasai anak2 kot, terlalu fikir masalah anak2 sampai tidoq malam pun x lena. Itu lah mak kita..., dah besar panjang pun dibuat sama macam kita ni kecik dulu.
Jadi rajin2 la tanya khabar supaya mak dapat rasa macam kita ni ada dekat disekeliling dia. Moga2 dengan cara ni dpt mengurang masalah kesihatan mak yang akhir2 ni x menentu.
Sama2lah kita berdoa agar hati mak sentiasa tenang dan sihat selalu........
*** Gambar kenangan di kota Instanbull, Turky 1998.

Friday, November 28, 2008

Bye2 sekolah rendah


Assalamualaikum w.r.k


9/9/2008 hari Selasa Along menhadapi peperiksaan UPSR. Along dah berusaha dah tapi dah takdir along nak dapat 5B . Tapi along x kan giveup semata2 dpt 5B. Cikgu2 pun duk bagi semangat dkt along.


21/11/2008 along dah pergi interview dkt smaf (Sekolah Menengah Agama Fauzi).Selepas 20 /12 ni baru tau result. Sekolah ni sekolah SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), dia link dgn banyak g sekolah2 ugama lain. Jadi, boleh pilih mana2 yg mau.


InsyaAllah, along akn usaha lagi untuk PMR pulak. Wish me luck................
to Tasha : good luck untk thn dpn.
to Aiman : tahniah, kekalkan prestasi.
to Pak Ngah An : tahniah dgn baby twin,nnt wak blk semenanjung.

Thursday, November 20, 2008

Banjir

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..

Ancik dengaq Njang habaq Melaka la ni tgh musim hujan... di Sabah skrg ni pun serupa lar jugak start dari bulan Ogos lagi... hujan sini tak menentu, dari pagi sampai tgh hari elok saja panaih terik... masuk kepetang dia boh hujan lebat siap ngan ribut sekali. Hujan plak kekadang tu sampai 3 hari berturut-turut.. Lepaih tu siap lar bah sana sini, time tu bleh lar nak tgk hasil kerja seni sumbangan anak-anak sabah kepada tanah air ni... dgn segala pampers, tandas tarbang, kerusi, meja semua ada dok terapung saja.... tinggai peti aih ngan batu lesung saja yg tenggelam !


Wednesday, November 19, 2008

Aiman & Asna

Assalamualaikum,
(Bagi pihak Aiman dan Asna)
Terima kasih Pak Chaq ucapkan pada semua yang mendoakan kejayaan anak-anak sekelian. Aiman dan Asna belum bersedia untuk masuk, dan belum convenient untuk posting lagi.
Pak Chaq posting bersama ini gambar-gambar Aiman dan Asna yang agak terbaru (setahun lalu) untuk ingatan semua. Asna tu nampak serious menghayati tarian, walaupun waktu tu rupanya dia tengah demam.

Untuk Kak Long Napisah, tahniah, kita sudah berusaha dan bertawakal.... itu tanggung jawap kita. Masih banyak lagi ujian dan peperiksaan yang menanti di hadapan.
Pak Chaq masih lagi nak kena repeat exam Part III (Arkitek) tahun depan, ...atau tahun satu lagi, ...atau satu lagi........etc. Dah nak pencen pun masih periksa.

Salam.

Monday, November 17, 2008

Jalan-Jalan ke Kudat, Sabah

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ni ancik nak share kan gambar kami anak beranak pi jenjalan ke Kudat, Sabah Darul Aman (nak jugak letak tu heheheh). Banyak tempat yg boleh dilawati seperti Tanjung Simpang Mengayau (Tip's of Borneo), Rungus Long House, Pantai Kelambu, Gong - Mantugong, Honey Bee Vilage dll... tapi pic yg ancik nak masukan ni pic di Tip's Of Borneo dan Rungus Long House..

Kalau tak salah semua pic ni di ambil dalam Mac 2005 lagi... lama dah tu !






Kak cik dgn anak-anak dpn statue Tip's Of Borneo. Abang Long masam jer sebab ibu dia tak nak dukung.. asyek dukung Bb jer.. masa tu umo Bb 1 thn lebih !!










Pampers Bb dah penuh, tak sempat nak ganti... pakai jer lar, nanti dah jadi 1 kilo lebih baru buang.





Masih masam lagik abang Long, nak dok sablah ayah... kak Ngah plak tak nak bagi.. huhuhuhu





Nampak tak batu yg timbul dalam air belakang ancik tu... kalau tengok peta kepulauan Borneo (macam kucing), yg tu lar telinga bahagian telinga kalau tgk dalam peta... ujungggggg sekali dimana 3 arus besar bertemu, arus apa hampa cari sendrik lar... mengkalu kata tauk tali pancing kat situ, nak tengok dia bersimpui macam megi mee boleh lar...!


...abang Long, kak Ngah, Bb dan ibu depan Rungus Long House. Tengok abang Long punya posing.. dia tengah suka tu dapat pi jenjalan !





kusyuk.... Kak Ngah tgh tengok kepakaran kaum Rungus tenun kain... macam berminat saja, boleh lar suruh nenek tu ajarkan nanti...




abang Long kata kalau tidoq kat dalam Long House ni tak payah pakai kipas... dah tentu sejuk, lantai dia bukan main jarang..




Bb pun nak cuba main gong.... berebut sakan dengan abang Long dia.. tu yg tak nampak dalam pic ni.. merajuk lar tuh..




Kak Cik ngan Bb di atas jambatan kayu yg menghubungkan Long House dengan menara peninjau...





....dah penat berjalan balik pi bilik nak tidoq.. Ria Hotel, rate dia Delux twin RM86.00.. setakat ni dulu.. ada masa ancik update lagik...

Friday, November 14, 2008

Kenangan Sarah & Afif

Penang Airport, 2007


















Ketika menghantar pak ngah balik ke Sabah.


Gunung Jerai, 2006




















Kenangan di gunung jerai.....
Lepas ni kalau pi dah x macam dulu lagi, dah berubah, Cantiiiik.


2005, Tmn Tasik Puteri






Seronoknya........!
Kenangan di rumah Aiman... Sedar2 dah 3 tahun kami x pi jalan ke sana.








2005, Melaka











Pakat pulun makan ais krim....... di bandar Hilir.











Rmah mak njang.... ni pun lama dah tak pegi. Sarah sentiasa dok tanya bila nak pi umah melaka, nak main dgn Tasha, Nadia dan Natrah...

To Aiman & Nisa...

Assalamualaikum kepada anak-anak Mak Njang yang baru apat result UPSR semalam. Tahniah kerana berjaya mengharunginya tak kira apa pun keputusannya.

Satu yang Aiman & Nisa kena ingat. This is just a beginning... chewah! Speaking london la pulak kejap.

Maksud Mak Njang,masih jauh perjalanan akademik Aiman & Nisa. Masa Mak Njang nak masuk U dulu tak pulak depa tanya berapa dapat masa menilaian darjah 5 (Mak Njang & semua yang seangkatan tak exam masa darjah 6). Time nak minta kerja lagi la. Tanya CGPA masa tamat U saja. Bukan nya tak penting; tapi kalau baguih tu kira bonus lah.

Nisa! Jgn give up. Ada sebab kenapa Allah rancang macam tu kat Kak Long ok. La ni zaman macam-macam jadi kat luaq sana. Mungkin Nisa belum bersedia utk hadapi semua tu; so terima saja and study hard for SRP & yang paling penting SPM & STPM. Tak kira kat mana kita belajar; janji kita happy dengan family and be a good muslimah ok.

Aiman! You've done it... tapi ingat; to kekalkan prestasi bukannya mudah. Tak percaya tanya ayah. Tak kira kat mana form 1 nanti; Aiman kena work extra hard to kekalkan prestasi and excel dlm SRP & SPM/STPM.

Ok lah. Mak Njang tau both of you dah cuba yang terbaik. And Mak Njang doakan all the best untuk semua anak-anak sendiri & anak-anak buah.

Thursday, November 13, 2008

Kak Ngah lagi..!!!


Assalamualaikum w.b.t untuk semua....


01/04/2008.... ancik terima talipon dari cikgu sekolah Kak Ngah, bagitau jari Kak Ngah tercedera kena zink. Kelam kabut ancik pi skolah Kak Ngah, tgk dah kena balut 2 jari... Cikgu dia kata kena 3 jahitan, agak dalam juga lar.


Lepas 3 hari kena hantaq pi klinik untuk buka dan cuci luka tu... apa lagi menangis lar pulak dah !!! Anak Ancik @ Pak Ngah yg sorang neh memang lasak abis... ngalahkan abang Long dia...!!! Anak-nak menakan Pak Ngah yang lain harap2 jgn lasak sangat nanti kena macam ni kan dah susah.... Anak Pak Ndak dia memang tak bley nak kata apa dah sebab "born to be a stuntman"... hehehehe...!!!

Wednesday, November 12, 2008

Raya D' Melaka

Salam to Tasha, Nadia & Natrah (ye ke nama tu??). Ari tu Pak Teh janji, ni ha Pak Teh upload. Ni Baru sikit, byk lagi. Ntah apahal punya server, byk ni je yang lepas. Nanti Pak Teh tambah lagi.

Bila bab berjalan malam ni, ni la padah nye.... bebudak je yang syonok-syonok, pak budak, mak budak, tok budak.... semua muka naik poyoooo je.














































































































Yang Tersurat


Salam utk semua & Al-Fatihah utk keluarga Makcik Siah.

Mintak maaf agak lama tak join blog, maklum la dok kat tempat line 3G tak dak. GPRS plak memanjang meragam senak. Laju kat Selama plak dari Yan. Pagi ni baru masuk opis. Just nak share ketika urus jenazah arwah makcik ari tu....

Lepas selesai kebumi arwah makcik, anteh terkedu sekejap lepas buat sembayang hadiah pas maghrib malam tu. "Dah tua sgt ka aku ni, atau terpaksa jadi tua??". Ha ha ha... bukan menyesali, tapi rasanya habuan anteh dan hikmah yang Allah Taala bagi. Ndak tak ndak, Anteh je yang tinggal kat kampung ni.

Dah siap atur org sembahyang, liang, sembahyang hadiah, talkin segala bagai... time tunggu jenazah la plak. Punya la ramai adik beradik berkumpul kat rumah pagi tu, dah jadi kenduri. Kira2nya lingkup supply dapur Anteh utk bulan ni. Keh,keh,keh. Syok Makteh Gee, boleh ajak Pak Teh shopping lagi.

Yang Anchaq dok hantam tidoq lagi. Boleh kata semua ada, tolak jiran sebelah tu je yang sesat ka apa Anteh tak tau. Mak dengan Gee macam biasa, ligat kat dapur.
Jenazah sampai, Anteh meluru ke Masjid, first time la plak dok blkg imam masa smbahyang jenazah. Abis sembahyang, trus ke kubur, terjun dalam liang masa nak kebumi. Time talkin, apit kiri imam la pulak. Dah selasai... balik rumah baru teringat, "laaa... apa aku ni? Tak dak org lain ka?".
2 malam buat tahlil kat masjid....
Kak Wati Bkt Tangga kata kat Anteh masa malam arwah ada kat Mergong, "Hang boleh jadi tok ayah kami la kat Ruat, dik Met oiii". Ye la tu... Bawak mai la macam mana pun, Anteh terima & kena terima. Apa pun, tu la dia, the last of Anak Tok Wan Mat. Anteh rasa puas sebab dapat peluang berkhidmat bagi kali terakhir untuk anak Tok Mat yang terakhir.
Alhamdulillah... semua selesai. Apa pun Anteh redha, bagus gak dok kampung ni. Dapatttt tengok kubur, dekatttt dengan masjid. Selalu ingat nak mati. Satu perkara yang Anteh teringin sangat nak buat... bila2 ada masa dapat kita berkumpul adik-beradik, Anteh teringin nak buat tahlil untuk arwah ayah.
Wassalam.

Short Notes!

Salam. Bagus semua dah mula membudayakan blogging adik-beradik ni. Satu nak pesan; tolong isikan bahagian 'Labels...' kat bahagian kanan bawah dengan nama sendiri (Anchak, Anchik, Anteh, Njang, Nuat) and kalau ada yang kena-mengena dengan arwah ayah dan saudara generasi atas; tambah koma dan 'Dalam Kenangan'. kalau semua perasan kat sebelah atas kiri ada bahagian 'Marked Entries'. Kira macam kategori la kot. Tolong kalau boleh jangan copy tajuk boh kat situ. nanti banyak pulak kategori kita. Gunanya kat sini mungkin sesiapa yang nak tengok entries/gambar2 yang njang letak; klik kat Njang. Semua entries yang dilabelkan sebagai 'Njang' akan dipaparkan.
Lagi satu; cuba tengok kat bahagian edit posts; kalau ada entries sendiri yang dok tengah status draft lagi tu; tengok-tengok la balik samada nak publish ke idak okay.
Tu aja. Selamat blogging!

Tuesday, November 11, 2008

Sakit Tak !


Assalamualaikum w.b.t buat semua...



Tahun ni menjadi tahun yang agak malang bagi Kak Ngah, 14/02/2008 jatuh buaian di play ground... masa tu ancik keja, dpt talipon dari kak cik kata Kak Ngah jatuh buaian dan pengsan, lutut pecah katanya. Boleh ka dia tunggu ancik, tak bagi jiran hantar pi hospital.... iskhhhhh




Ancik balik rumah kelam kabut, hantar Kak Ngah pi Sabah Medical Centre, punya lar risau.. bila x-ray doktor kata ok, tak dak masalah cuma ada serpihan kecil saja lagi pun senang recover sebab budak-budak tulang lembut.






Tidoq lar jugak semalam di hospital... Abang Long ngan Bb pun nak tunggu sama di hospital tuh....








Renungan

Assalamualaikum,

Untuk renungan semua, cuba kita check samada kita tahu atau tidak nama BAPAK - EMAK SAUDARA terdekat kita, dan di mana depa tinggal, atau di mana depa meninggal. Tak payah fikir tentang sepupu-sepupu dulu, dia orang senang dicari.





Mat b. Saleh / Rokiah (Sg. Daun/Ruat)


-Hashim (Ruat)


-Maliah/Jamaliah (Sg. Tiang/Bkt. Tangga)


-Abdul (Ruat)


-Saadiah (Alor Setar/Ruat)


-Ibrahim (Padang Piol (Pahang))







Saaud b. _______________ / Halimah (Sg. Daun/Megat Dewa)


-Saadiah (Sedim)


-Ahmad (Rompin)


-Teh (Megat Dewa)


-Fatimah (Megat Dewa)


-Aminah (Sg. Tekam/Pahang)


-Hassan (Megat Dewa)


-Shaari/Rejab (Megat Dewa)


-Saad (Parit Gajah Mati/Teluk Intan)


-Ramlah (Ruat)





Sambil kita santai di spot yang paling selesa di rumah masing-masing, cuba kita singkap semula sebanyak mana atau sejauh mana kenangan dapat kita bentangkan semula.
Mak, kalau tak ada aral, tolong perbetulkan mana-mana nama yang tertinggal atau yang tersilap masuk, sebab nama-nama orang-orang lama ni kadang-kadang banyak nama, kadang-kadang lain dari dalam IC.

Lain kali kita fikir macam mana nak buat betul-betul.

Salam.










Nostalgia Hari Raya...

Salam buat semua... Nak share koleksi gambo2 raya.
Yang ni masa kat rumah Nuat. Saja boh gambaq Natra dok selera makan,Nuat jeles tengok anak Njang makan brokoli.

Tasha selalu tanya bila nak pi rumah Pak Ndak lagi... Soalan cepu emas tu. Nanti kita balik rumah Tok Kedah kita pi la...
Raya Posa 2007:
Duduk row 1 dari kiri: Afif, Sarah, Amirah, Nadia
Duduk row 2 dari kiri: Aiman, Tasha, Anis, Nisa
Dok atas kerusi dari kiri: Mak Teh Gee, Tok Kedah, MakLong Chak, Asna, Mak Ndak Ja
Berdiri dari kiri: Natra, Mak Njang, Pak Long Chak, Pak Njang Eddy, Pak Ndak, Zaim, Pak Teh.
Not in the picture: Pak Ngah Anchik, Mak Ngah Anchik, Haiqal, Alisya & Erin.






Raya 2007: Tok Kedah a.k.a Tok Melah; and the cucues! Tok dok riba Zaim; the youngest so far a.k.a our stunt-boy!!! :-)




Raya 2007: Tok Melah & anaks.





Raya 2005: Tok dok riba Natra.













Last but not least; Raya 2004.
Ok. Semoga semua ceria selalu melayan karenah keluarga masing-masing.
Wassalam...