Saturday, November 1, 2008

buat kenangan bersama...

Bila sebut saja pasai arwah ayah.... di sini Ancik tringin nak kongsi entry yang pernah dimasukan dalam blog Ancik untuk tatapan semua....

pst : Abang Long tanya, macam mana rupa Tok Wan Abdul, sesapa yg ada gambar arwah tolong add in kan.. kesian cucu-cucu tak penah tgk rupa Tok Wan..!!



***********************************************************



29 Nov 2007 - Pagi itu aku bergegas keluar dengan berbekalkan senaskah yassin...


"..nak kemana tu ancik ?", tanya mak aku..


"..jumpa ayah kejap, nanti mak tolong bagi tahu Lady suruh sarapan dengan anak2 dulu, jangan tunggu ancik..!!", aku berharap dan aku melangkah keluar.


"..assalamualaikum ayah, ancik datang ni.."


"..raya hari tu ancik tak balik, budak-budak sekolah dan ada exam pulak tu, ni lah masa cuti baru dapat balik.."



"..tapi tak pa kan, ancak dgn njang balik juga jenguk ayah lg pun anteh ngan Nuat ada di sini..", aku duduk bersila disisi sambil membaca surah yassin hingga selesai.


"..abang long tahun depan dah masuk tahun 4, kak ngah pula masuk tahun 2, badan kak ngah dah serupa abang long dia dan bb pula sejak petah bercakap nih bertambah nakalnya, cucu-cucu ayah juga..", sambil aku mengutip daun-daun dan bunga-bunga kemboja yang gugur bersepah di persekitaran.


"..ancik ingat lagi pesan ayah tentang hidup, tentang kepuasan hati, tentang segalanya mengenai dunia hanya dengan berpandukan kepada dua perkara penting iaitu AKAL dan AGAMA yang sering ayah ungkapkan bila ancik ada banyak masalah.."


"..memang ancik pada mulanya tertanya-tanya juga pasal dua perkara tu, tapi bila ancik meningkat dewasa dan dah ada keluarga sendiri ancik mula memahami, terimakasih ayah kerana mengajar ancik menjadi seseorang.."


Matahari makin meninggi, cahayanya menembusi dicelahan daun meranti yang pohon nya tumbuh menjulang tinggi.


"..ancik balik dulu ayah, nanti jika ada kelapangan ancik datang lagi, maklumlah sekarang ni ancik kerja di seberang laut, balik hanya bila cuti panjang..", selesai saja aku mencabut rumput yang tumbuh meliar dan persekitaran bersih aku pun melangkah pulang dengan perasaan yang sama seperti tiap kali aku menziarahi pusara ayah, sedih dan rindu....


...bersemadi dengan tenang ayahanda tercinta Hj Abdul Bin Mat, 11 Mei 1938 - 26 Jun 1998