Wednesday, December 31, 2008

Teknologi Melayu

Salam utk semua, especially anak2 buah Pakteh... (cuba lagi sekali)
Aiman, Nana, HAikal, Elisya, Bb, Tasha, Nadia, Natrah, Sarah, Apit & Zaim... last but not least my TRIO Pricess Nafisa.... yezzz!!!! Blum sampai MAkam Tertinggi.

Nak mendidik lagi. Tahukah anak2 buah Pakteh sekalian bahwa banyak khazanah2 ilmu dari kepulauan melayu yg dicedok oleh barat untuk di"komesial"kan??? Terlalu byk ilmu2 yg bangsa kita lupakan dan sengaja tgglkan sebagai khazanah warisan bangsa... tetapi apabila dicedok oleh bangsa asing dan dipaparkan kepada kita semula.... wahhh!!! Dengan terlopongnya kita kagum. Kesian kita kan kan kan...

Saksikan... wayang kulit versi modern


Tuesday, December 30, 2008

Selingan 2

"Anak seorang pembunuh professional bertanya bapanya, ' Do you love my brother more?'.
Si bapa menjawap, ' No son, I love both of you the same.'
Si anak berkata, ' Why then you show more love to him.'
Bapa menjawap, 'Your brother is such a sweet boy, and too fragile. You, you are cold hearted, just like me, and I HATE ME. "
The Plans.
Perlu difahami di sini satu fact yang agak subjective iaitu, pencadang adalah pihak yang di dalam 'privilage' kerana dia cuma perlu tunggu semua yang lain untuk available datang ke port dia.
Rumah Anchak sentiasa mengalu-alukan kedatangan semua orang, the trick is, untuk semua orang boleh berada dalam satu tempat serentak, itu yang payah.
So, let say , semua nampak nak pi Sg Sendat dulu, N'jang dengan N'dak kena liase sama sendiri. Anteh memang sudah out station sepanjang masa, sudah half way here. Anchik mungkin joint later atau pun online dulu.

Consider day trip dulu sekarang ni, supaya less pressure on everybody. Any way, Anteh, tolong ricky Mini Dam tu , dan posting image untuk kasi terliur dulu, baru ada mangkin.


Good luck.

Saturday, December 27, 2008

Layannn

Salam utk anak2 buah Pak Teh....


Aiman, Nana, Haikal, Elisya, Bb, Tasha, Nadia & Natrah... yezzz!!!! Akhirnya dapat jugak ingat semua nama. He he he


Saje nak hilangkan boring pagi2 ni, so nak bagi ilmu sikit kat anak2 buah Pak Teh ni.




Clip 1: Iktibar; next time nak bengis2 bila line slow ke, tak leh online ke, ujan ke line tak elok... pikiaq habis2 nooo. Takut kena belasah pulak. He he he

Thursday, December 25, 2008

The Chippest Way to Rom

Salam utk semua... Cuti sekolah dah nak sampai penghujung, Anteh plak tak punya cuti lagi. Apakan daya. Tapi untuk tak menghampakan anak2, Anteh create juga one day trip utk anak2. So, lepas pack lebih korang, Hilux trus memecut dengan gahnya ke... Rom.... of Malaysia. Bukan tengok Menara condong Pisa, tapi Pagoda condong kat Town Tlk Intan. heh heh heh... Nama pun bebudak, as long boleh gi jalan, happening bagai nak rak.










Tengok tu... batu ladung jam pun jadi modai depa nak posing.












Kalau dah bawa bejalan tu... org pompuan pun manja semacam la. He he he.










Tu... nampak??? Ada tak macam cucu puteri hang li po!!!







Selesai di Tlk Intan, Hilux yg baru di polish tu, trus menderu ke K.Kangsar plak. Anteh kata nak tunjuk kat anak2 apa itu Labu Sayung & macam mana org buat.



Labu Sayung???? Tu dia Kak Ngah dgn terlopong tanya... tapi saja Anteh tak jawab lagi, biar dia tau sendiri.













Tu dia... tanah liat tgh dok adun. Uli cara moden.


















Kak Chik ni sebenarnya trainee, tgh dok blajar buat labu sayung... Kak Ngah terlopong lagi tengok.



















Yg si banggla ni pun trainee jugak... dah 7 bulan dah, tak reti2... nak bubuh cat je. Bengap betoi... sungut in-charge dia le. As usual... Kak Ngah meneruskan lopongan dia...







Nampak tak tahap bengap mamat banggla ni... tuuu... bos dia kasi pasu yg paling kecik je... tak reti2 nak buat elok2. Mmg buta seni dia ni.



Selesai kat situ, kami ke kedai sebelah sbb Mak Teh Gee nak beli labu buat simpan air minum... tiba2 jauh kat belakang, terdengar suara Kak Ngah... (biasa la belakang, dia kan selalu slow je). "Laaa... ingatkan labu sayur (sayur labu la tu), nak tengok la masak mcm mana, tau2 pasu". Kah kah kah... kami pukoi gelak kat dia. Dia buat muka blurrr jer.




Dari kejadian tu, Anteh dapat satu pengajaran... betapa banyak lagi yang anak2 kita tak tau tentang dunia ni. So... instead of just jalan2 bawa depa makan angin, main itu ini... ada baiknya bawa depa ni pi tengok benda2 yg blum tau.



Tapi tak salah kat Angah jugak la, kalau salah faham. Sebabnya sepanjang trip ari tu, Anteh asak dia org dengan makan, makan, makan & makan lagiiii... sampai last dinner kat SP pun asak dgn Yong Tau Foo la bebagai. He he he. Pendek kata tak kasi can lapar langsung. He he he.

Untuk anak2 buah Pak Teh, ajak2 la ayah2 masing2 buat educational trip selalu.

Wassalamu Wailalliqoq...




















Tuesday, December 23, 2008

ANCHAQ,THAT IS A START !



Assalamualaikum!,

Satu permulaan yang baik dari Anteh, dengan accomodation Homestay D' Selama. In reality, kita belum lagi mampu secara majority untuk set perjumpaan keluarga di tempat-tempat yang menarik, dan tak semua akan mampu meluangkan masa yang cukup panjang untuk travel. Kita mungkin perlukan 'day trip' punya time frame.

Jadi, pendapat Anchaq, kita perlukan focal point, dan sponsor. Anteh selalu ada di situ, sudah establish focal point. Anteh own the HUT, dan usahawan kawasan tu, jadi sudah ada sponsor. Kita cuma perlu identify jenis rekreasi untuk di nikmati sahaja, dengan 4x4 Anteh dan Eddi, semua tempat boleh pakai.

So, for a start, arrange a trip to bendang di Selama, piknik at lunch time, lepas tu petang balik ke rumah masing-masing. Sapa tak tau di mana, jumpa kat Kemunting.

Secara peribadi Anchaq cadangkan tiap-tiap orang establish dulu tempat yang convenient, dan selesa, dan pergi sendiri dulu dan biasakan diri. Mungkin perlukan tempat yang full of activity, boleh sampai cepat dari rumah sendiri, dll. Tempat-tempat yang terpilih dan di fikirkan sesuai sila posting untuk comment dan recommendation. So for the start , consider day trip, dan boleh bermula dari rumah pencadang.

Dari rumah Anchaq mungkin boleh pi Sg Sendat, atau Ulu Langat, atau seafood Tanjung Hantu port klang. Eddi mungkin boleh recommend something off road. Wish Anchik ada sama, dia dah pi hujung dunia.

Kalau pi Cameroon Highland cuba panjat dan visit di atas gunung ladang kedua-dua Boh Tea Tea House di Tanah Rata ? dan Sg Palas, the climbing dan pemandangan agak menarik, dan teh pon sodap.

Monday, December 22, 2008

Coti-coti Malaysia

Assalamualaikum w.b.t untuk semua



Raya Qurban baru ni spt yg semua tau ancik sambut di KK saja ngan anak-anak, petang lepas asar pi rumah keluarga angkat di Papar.. terubat lar jugak rindu ngan kg di Ruat.. riuh rendah dgn bebudak walaupun bukan kena adik beradik sekurang2nya ceria lar sikit Abg Long, kak Ngah dan BB.




Kebesokanya kepala dah kosong... ntah lar kosong semacam jer... dah tu Kak Cik ajak pi jenjalan, apa lagik pekemaih kain baju 2-3 bakui... letak kat bucket blakang ranger tu (batang panceng tak tinggai) truih menuju ke utara Sabah, iaitu Kudat "Darul Aman" (nak jugak letak tu)




Perjalanan mengambil masa lebey kurang 3 jam... jln di situ tak reti nak elok, dah berkali2 JKR turap tapi jadi balik.. depa kata kawasan tu pergerakan tanah begitu aktif sekali menyebabkan dia punya bumping.... huhuhuhu begitu dasat skali, nasib baek beringat, kalau idak dah terberanak Kak Cik hampa kat situ jugak...




Sampai pekan Kudat... tros check in, pastu sogok Kak Cik ngan pitih 2-3 keping soh dia pi jenguk mana bazaar kain baju yang dia soka... ancik plak pi cari umpan, malam mau pancenggggg dan hasilnya sungguh memberansangkan...!!!




Dapat lar seko ikan barracuda, seko ikan merah dan seko kerapu.. tros hantar pi restoran besok pagi, ikan barracuda masak goreng berlada, ikan merah buat masak sweat sour dan kerapu masak steam halia..... sedap tuuuuuuuuuu. Abg Long 3 kali tambah.... kak Ngah plak sweat sour tu dia sorang saja.. sapa pun tak bley tumpang...




Besoknya bawak semua pi Simpang Tg Mengayau "Tip Of Borneo"... tmpt tu kalau sesapa pi Kudat memang dah menjadi kemestian.. kalau idak tak lar namanya pegi Kudat..





"kita di sini... nampak tak ?".. abg Long tgh dok berangan jadik tour guide..






Tengok Kak Cik macam tak larat jer jalan jauh di belakang sana... cian sungguh.. suruh dok bilik tanak.. nak ikut jugak..






abg Long, Kak Ngah dan Bb soka abis lar dapat pi jenjalan...






ancik plak x lepas dgn panceng.. hehehe nampak tak batu yg kat belakang ancik... ataih batu tu lar ancik casting.. tapi tak bley lama coz ombak kuat, sat ni kecoh satu Kudat plak seorang pemancing tegar hanyut dibawa arus semasa memanceng di ujung batu !!!


Sekurang-kurangnya ada lar jugak aktiviti masa coti neh untuk bebudak....!!

Jemputan ke Fiesta Menuai

Salam untuk semua....


Ni Anteh nak jemput semua datang ke "Villa D'Rumah Padi"... Anteh punya homestay kat Selama. Fiesta menuai akan berlangsung insyaAllah somewhere middle to end of Feb'09. Meh le beramai2... Apa yg istimewa??? Mengkalu ada rejeki dapat makan sup burung ruak2 ke, maggi burung ayam2 ke... kadang2 ada gak kengkawan mai campak daging kijang, saja nak buat kenduri bihun sup. Apa yg menarik??? kadang2 ada aktiviti adventure mcm Eddy dok main 4x4 tu... tapi Anteh punya versi lain sikit.


A little bit dirtier, little bit bigger and heavier... he he he.



Ni dah lumrah buat bendang kat kawasan2 hulu.

Kalau setakat nak baraikan machine piece by piece... biasak la tu...









Jom... pakat2 pi.....





New Year Datang Lagi...

Assalamualaikum semua bro & sis. Anak-anak mak njang semua dah puas main? Dah puas bangun lambat (tasha & nadia la tu...:-{ ) ?
La ni dok tengah pulun nak bagi siap kerja ni sikit; teringat baju sekolah bebudak tak settle lagi.
The other day dah pi beli buku-buku tulis & buku-buku kerja bebudak.
Lusa kot nak naik ataih loteng tu, nak korek kotak tengok baju-baju sekolah along yang lama... kot-kot angah boleh pakai lagi... tengok nanti bila-bila boleh pi bee loon (kedai jual kelengkapan sekolah) beli baju & kain sekolah bebudak.
Hmmmm... duit! duit! NI la time duit nak ter-flush in bulk he he he... (tawa dalam sendu!) NI nak register adik masuk school teacher wendy dia lagi... tu lagi mahai dari along-angah nak naik sekolah. Sadis betui...
Ok la... saja je nak drop by lepas tension.
NUAT: Plan awai-awai sikit kalau betui nak pi CH cuti sekolah. Boleh yang lain tompang plan cuti sekali. Anak-nak memang dah sahih cuti.
ANTEH: TM tak dak ka bungalow kat CH ka FH ka untuk di sewa? Boleh ki ta pi serbu ramai-ramai buat La'Merapuh D'Ruat gathering kat sana...
ANCHIK: Gua tabik spring sama lu... Know why? Banyak-banyak anak-anak ayah yang cerdik-cerdik ni; Anchik sorang saja yang boleh ikut instruction dengan begitu baik sekali... Denn dah kata bila posting tu bubuh label nama sendiri; kalau nak tambah label lain letak koma(,) then tambah lebel baru... Nampaknya Anchik sorang aja yang consistent dengan melabelkan entry dia dengan nama dia... Bukannya apa; bila cek miss mana-mana bro ka anak-anak buah ka.. cek just click kat label ANCHIK ka... ANTEH ka... ANCHAK ka... NUAT ka.... senang nak access ke entries korang. Hilang rindu...
ANCHAK: Mungkin ada cadangan untuk family gathering year 2009?
NJANG: Aku ikut saja...

Thursday, December 18, 2008

Tu Lah Ayah Kita


Assalamualaikum w.b.t untuk semua……….

Setelah membaca entry yg dimasukan oleh Ancak dan Anteh…Ancik terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit sisa-sisa pengalaman bersama arwah ayah….


Itulah ayah kita…. Tak banyak cakap, bila perlu saja baru bersuara. Tentang kena marah (kalau boleh dikategorikan marah) ancak dan anteh tu rasanya baru intro saja. Selama 21 tahun bersama arwah ayah seingat ancik dah tak terkira penampar jepun dan rotan yang ancik makan..!

Subuh… zrapppppttttttttt… berbirat kat tengah belakang, celik mata tgk arwah ayah kat ujung katil tgh jegil mata tak cakap apa pun. Yang ni bahana cari penyakit... balog liat..!

Bawak motor Jamani dgn Kri Busyim pi meniarap kat gon Mat Tampong, merah telinga kena pulaih... yang ni ketegaq piang....

"bawak pi kedai Abon.. repair".. itu saja ayat yang keluar dari mulut arwah ayah.

Ada sekali tu lepaih menang main rugby, besok tu ancik tuang sekolah pi Alor Star, dengan baju sekolah tak bukak, nak enjoy lar kononya (Krie Busyim lar teman setia…apa jadi pun kami dua orang saja). Kena plak masa tu setiap kali ancik kencing sure kuning … so ancik singgah Hospital Besar Alor Setar untuk check, skali doctor kata tak boleh balik sebab ancik kena demam kuning kena masuk wad. Doktor tanya nak talipon siapa, cikgu sekolah atau ibu bapa ? Menggeletar satu badan ancik, kalau talipon cikgu sekolah perkara pertama rotan dah tetap sebab tuang sekolah, lepas tu pihak sekolah akan bagitau ibu bapa jadi panjang cerita.

Dengan hati kering bagi no talipon sekolah arwah ayah kat doctor. Pendek cerita arwah ayah balik ambik mak tros datang hospital…… mak biasa lar dgn airmata tak boleh tinggai, anak masuk hospital… siap bawak segala perkakas, botoi ayaq panaih, milo, susu, kain baju….

Arwah ayah....? Diam membisu… senyap.. marah ke, sedey ker, apa ker ancik pun tak boleh nak agak sebab ancik tak berani pandang arwah ayah…! Yang ancik tau lepas arwah ayah bercerita panjang dgn doktor, pihak hospital pindahkan ancik dari wad 4 ke 2nd class….

Sebelum arwah ayah balik ancik "slow talk" bagi tau yang ancik tuang sekolah… tau apa arwah ayah cakap ?
"tu..?"… itulah ayat yg paling pendek pernah diucapkan arwah ayah !
Dan ayat yg paling panjang arwah ayah ucap kan masa ancik minta pendapat tentang pilihan samada kerja atau sambung berlajar. Ancik dapat waran tiket untuk diserap dalam kerahan tetap dibawah unit 302 infantri, dalam masa yang sama ancik terima tawaran untuk masuk IKM di Lumut.
"Kalau ancik kerja, dengan kelulusan yang ada, sampai ketahap mana yang ancik boleh pergi ? Elok berlajar dulu, dapatkan yang sekeping tu sebagai modal, lepas tu kerja lah "
Alhamdulillah…… terimakasih ayah kerana mencorakan perjalanan hidup ancik !
Yang paling ancik terkilan sekali adalah semasa di saat akhir hayat arwah, masa tu di Hospital Sg Yan. Merupakan kali terakhir ancik ziarah arwah ayah, ancik nak baca ayat yasin, dah pegang surah yassin ni tapi arwah ayah larang ancik baca….! Sampai ke hari ni ancik tak tau kenapa…..
Ancik percaya setiap kejadian ada sebab musabab dan ancik tak nafikan yang ancik banyak ketinggalan dalam segala segi, malah boleh dikategorikan sebagai lembab atau dengan perkataan lebih lembut lagi "useless" dalam bahasa Jawa dan "tak bley pakai" dalam bahasa German….. ancik terima semua tu !
Kenapa….. ?
Kerana satu ayat semilar yg sering ancik terima bila ada perbincangan bersama tak kira pasal keluarga atau apa saja…
"hang tau apaaaa….!"

" tu la hang tak tauuu….!"

"hang dok diam lah, hang bukanya tau apa..!"

Kadang-kadang tu apa yang diperkatakan ancik dijawab dengan memek muka…

Mungkin sifat ancik neh lebih mewarisi perangai mak yang penuh beremosi (21 tahun, kalau ancik tak kenal perangai mak tak tau lar nak ckp apa lagi)…hanya pada mak ancik mengadu, dan mak…. tetap mak kita penuh dengan leteran yang memberi nasihat…

"toksah.. ancik toksah kata apa, biaq pi lar kat depa !".. tu nasihat mak yang ancik ikut sampai la ni…

Bukanya ancik tak nak ambik kesah atau tak nak ambik tau apa yang jadi dalam keluarga kita, tak selalu balik ka, tak selalu talipon ka, ada masalah tanah ka, keluarga bergaduh ka, sebabnya ancik tak payah nak cakap apa kalau ancik cakap pun bukanya terpakai sebab ancik ni bukanya tau apa… jadi, ancik ikut saja, baik bagi semua baik lah bagi ancik !

Akhir sekali ancik nak kata, tak pernah sekalipun ancik bermasam muka dengan adik beradik walaupun ancik kecik hati….ancik terima semua tu juga walaupun menjadi macam orang asing dirumah sendiri !

Kerana ancik berpegang pada pesan arwah ayah…

"dalam hidup kita ada dua antara terpenting, adik beradik dan keluarga"… (ungkapan arwah ayah ni kalau tak salah semasa nak pi cari abg Pat yang tgh merajuk berpuluh tahun dulu)

Maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan entry kali ni, ancik tak pandai nak berkata-kata malah kurang bijak nak menyusun ayat, sekurang-kurangnya ringat sikit kepala ancik kali ni.

Nota:

Kepada anak-anak sedara Pak Ngah semua, berlajar rajin-rajin jadi orang pandai, dengar cakap ibu bapa dan jangan nakal-nakal…. Ingat tu !!!!

Wednesday, December 17, 2008

Dari Aiman & Asna

Assalammualaikum,ini adalah kali pertama kitorang posting kat blog ni...!!!so jangan marah kalau salah blog ke....ape2 ke....Hehehehe..



Korang nampak senorok kat kanival sungai petani....jelous eman...!!!Tapi kite pun sonok gak ge CAMERON HIGHLAND....&BUKIT MERAH hari tu..Tengok tu..budak kat sebelah kanan tu..hensemkan.Dan kat kiri tu awek cun yang menunjuk gaya tangan dia.Ha...??



Ape lagi korang nak buat lepas ni...sekolah dah nak bukak....!!!!!...Harap kaklong tak panik...!!!



Ini ade siket gambar kami dan aiman.





Nana naik cable chair dengan mesra di BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT




















Bergambar kat ladang pokok teh di CAMERON HIGHLAND

















COLMAR D' CASTLE kat BUKIT TINGGI

Tuesday, December 16, 2008

Carnivall Waterpark 2008

Bertempat : Carnivall Waterpark Sg. Petani.
Tarikh : 11hb. Dis. 2008


Semangatnya nak pi main air












Zaim main sampai x mau naik





Penat betoi nak kepong budak2 ni









Syoknya berendam....



Penat sampai tenganga mulut..


Bergambar sebelum balik

Monday, December 15, 2008

Sorotan Lalu


Salam buat semua...
Anteh setuju apa yg Ancaq luahkan. Semua kita adik beradik ada kelebihan & kekurangan masing2. Apa yg penting macam mana kita nak hidup dengan hakikat tu. "Make ourselve usefull to our family". Contribute la apa yang mampu & terdaya... tak semestinya RM.
Cita arwah ayah & mak yg anchaq ketengahkan tu agak menyentuh sanubari Anteh. Diri ni pun pernah alami... satu hari masa Anteh tkt 1, sekolah ada hantar surat disiplin kat rumah bagi tau waris yg Anteh kena hukuman rotan kat bontot 2x. Masa tu Anteh kat sekolah lagi... time nak balik cuti punya suspen. Dgn mak tak takut sangat, dgn arwah ayah??? ntah apa dia nak buat.
Bila balik, masya'Allah... bukak je pagar dah dgr leteran mak. Arwah ayah selamba je dok baca paper kat depan. Sepatah apa pun tak keluar dari mulut dia. Kasi chance kat mak bla, bla, bla. Tapi, mak ligat kat dapur siapkan makan untuk Anteh sambil bla, bla, bla... Bayangkan time makan... ntah le, kenyang makan ke, kenyang telinga. Habis makan arahan mak suruh pi mengadap arwah ayah. Dengan penuh humble... rasa macam tak jejak simen kaki ni, kecut siollll... mak tak abis2 prot pret, prot pret kat belakang Anteh. Saja je dok meniarap depan ayah yg dok baca paper, buat2 tengok TV. Ni kata2 arwah yg Anteh ingat sampai sekarang..."Kata kena rotan, tunjuk nak tengok...". Anteh selak seluar, tunjuk 2 jalur merah kat tepi bontot yg cute ni kat ayah... "Lain kali buat la lagi...". That it??? Itu je... mak terus diam.
Tu la dia ayah kita, tok wan anak2 kita. Totally opposite dgn mak... namun, tujuannya sama, nak mendidik. Hebatnya didikan ayah.... hasilnya, Anteh buat apa pun kat sekolah, tak pernah kena tangkap lagi.... he he he. Renung2kan dan selamat beramal.
Ayah... moga2 rohmu ditempatkan bersama orang-orang beriman... Al-Fatihah

Selingan

Assalamualaikum,

Seingat-ingat Anchaq, Anchaq tak pernah kena marah dengan ayah, sekurang-kurangnya tak rasa dihukum. Anchaq tak tau dengan adik-adik semua. Dalam banyak-banyak tugas ayah yang berbagai catergory, salah satu tugas dia yang Anchaq nampak adalah 'absorb' sedikit-sedikit pressure yang mak 'beam out' supaya hidup ini terasa aman. Kalau adik-adik ingat, ketika hampa terasa kecik hati dulu, adakah kat ayah atau mak, atau bahana diri sendiri? yang mana satu.

Masa Anchaq kena tangkap hisap rokok dulu, Anchaq habaq kat ayah diam-diam sebab sekolah kata nak beritahu ibubapa, mak suspect something tapi tak dibagi tahu oleh ayah. Seingat-ingat Anchaq, mak cerita yang mak tak bercakap dengan ayah sampai lebih seminggu- buat kerja rumah tanpa bersuara. (See, mak yang cerita bukan ayah). Itu adalah contoh 'pressure' yang ayah 'absorb' akibat bahana perbuatan Anchaq yang tak bijak. Anchaq nampak itu sebagai satu kekuatan ayah-kita tak tahu macamana ayah rasa. Dan kalau mak tak cerita, kita tak tahu langsung tentang apa yang ayah buat.


Ayah, seingat dan sepanjang pemerhatian dan penilaian Anchaq, sebenarnya adalah 'buffer zone', ataupun 'safe zone' antara kita, anak-anak dengan mak, supaya pressure yang kita rasa dulu bukannya 'unnaccessary pressure'. Sebab itu, sebab Anchaq rasa Anchaq faham apa yang ayah buatlah Anchaq boleh mengadap dan dengaq dan lepas tu buat tak tahu. Apa-apa bebanan yang terlepas dari bendungan ayah sikit-sikit tulah yang mencorakkan kita, berbekas dan sekurang-kurangnya membentuk perangai kita sekarang. Yang ambil tau, yang nampak macam tak ambik tau, yang balik, yang tak balik,yang balik ikut suka, yang talipon, yang tak talipon, yang available, yang tak available: semuanya kita perlu betul-betul bersyukur.
Mungkin tak semua adik-adik boleh setuju tentang konsep ni, tapi Anchaq tak peduli.

Bersyukur kerana kita sudah cukup bijak untuk memahami bahawa apa kebendaan yang kita ada sikit-sikit ni, hubungan yang kita ada setakat ni, dan kelapangan yang kita nikmati sepanjang hidup, sebenarnya adalah jauh lebih baik dari kebanyakan keluarga-keluarga lain yang sebaliknya.


Bersyukur kerana kita mampu, atau sekurang-kurangnya mengikut kemampuan masing-masing, menunjukkan penghargaan kita terhadap mak, di atas pengorbanannya membesarkan kita, bersyukur kerana kita telah ditunjukkan dengan contoh kasih sayang oleh ayah dan mak, dididik dengan contoh kesabaran dan keredha'an oleh ayah, dan disediakan dengan background kehidupan yang humble supaya kita sedar siapa kita.

Bersyukur juga kerana sekiranya siapa-siapa terlepas untuk melakukan apa-apa yang tersenarai di atas atau pun yang tak tersenarai di atas, masih ada yang boleh, dan akan melakukannya tanpa rasa berat hati atau terianaya. Tak semua keluarga yang kita kenal bernasib baik macam ni. Anchaq cuba mengingatkan anak-anak hakikat ini- tak tahulah boleh berkesan atau tidak.


Ok, untuk anak-anak yang baca ini, ini adalah satu contoh puisi yang tak berbunga dari Pak Chaq. Kirim salam kat mak ayah.
Salam

Tuesday, December 9, 2008

Hari Raya Korban 2008

"Tiga Jejaka Kacak"

Hari Raya Korban d Ruat tahun ni dikatakan meriah dengan kehadiran pulang cucu2 tok melah kecuali anak2 pakngah ann yang terpaksa beraya di Seberang Laut tu...



















"Sarah dengan baju raya baru'"




"saat2 gembira bila dapat berkumpul beramai2, bukan senang nak dapat..!"

Sunday, November 30, 2008

Doa Kesihatan Mak....

Assalamualikum......
Baru2 ni mungkin semua ada dengar mak kurang sihat. Mlm Khamis lepas, mungkin fikir banyak pasai anak2, mak ada mengadu rasa sakit kat dada kiri dan rasa x selesa semasa dok kat rumah aku.
Jam 10.30mlm, aku ada bawak mak pi klinik, Dr, nasihat pi periksa kat hospital kalau sakit berterusan. Keesokannya, aku tengok mak x berubah terus pi check jantung kat Metro Hospital.
Selepas semua ujian dibuat, Alhamdulillah.... tiada apa yang dirisaukan. Mak sihat... cuma perlu berehat.
Agaknya mak kita ni terlalu banyak berfikir pasai anak2 kot, terlalu fikir masalah anak2 sampai tidoq malam pun x lena. Itu lah mak kita..., dah besar panjang pun dibuat sama macam kita ni kecik dulu.
Jadi rajin2 la tanya khabar supaya mak dapat rasa macam kita ni ada dekat disekeliling dia. Moga2 dengan cara ni dpt mengurang masalah kesihatan mak yang akhir2 ni x menentu.
Sama2lah kita berdoa agar hati mak sentiasa tenang dan sihat selalu........
*** Gambar kenangan di kota Instanbull, Turky 1998.

Friday, November 28, 2008

Bye2 sekolah rendah


Assalamualaikum w.r.k


9/9/2008 hari Selasa Along menhadapi peperiksaan UPSR. Along dah berusaha dah tapi dah takdir along nak dapat 5B . Tapi along x kan giveup semata2 dpt 5B. Cikgu2 pun duk bagi semangat dkt along.


21/11/2008 along dah pergi interview dkt smaf (Sekolah Menengah Agama Fauzi).Selepas 20 /12 ni baru tau result. Sekolah ni sekolah SABK(Sekolah Agama Bantuan Kerajaan), dia link dgn banyak g sekolah2 ugama lain. Jadi, boleh pilih mana2 yg mau.


InsyaAllah, along akn usaha lagi untuk PMR pulak. Wish me luck................
to Tasha : good luck untk thn dpn.
to Aiman : tahniah, kekalkan prestasi.
to Pak Ngah An : tahniah dgn baby twin,nnt wak blk semenanjung.

Thursday, November 20, 2008

Banjir

Assalamualaikum w.b.t kepada semua..

Ancik dengaq Njang habaq Melaka la ni tgh musim hujan... di Sabah skrg ni pun serupa lar jugak start dari bulan Ogos lagi... hujan sini tak menentu, dari pagi sampai tgh hari elok saja panaih terik... masuk kepetang dia boh hujan lebat siap ngan ribut sekali. Hujan plak kekadang tu sampai 3 hari berturut-turut.. Lepaih tu siap lar bah sana sini, time tu bleh lar nak tgk hasil kerja seni sumbangan anak-anak sabah kepada tanah air ni... dgn segala pampers, tandas tarbang, kerusi, meja semua ada dok terapung saja.... tinggai peti aih ngan batu lesung saja yg tenggelam !


Wednesday, November 19, 2008

Aiman & Asna

Assalamualaikum,
(Bagi pihak Aiman dan Asna)
Terima kasih Pak Chaq ucapkan pada semua yang mendoakan kejayaan anak-anak sekelian. Aiman dan Asna belum bersedia untuk masuk, dan belum convenient untuk posting lagi.
Pak Chaq posting bersama ini gambar-gambar Aiman dan Asna yang agak terbaru (setahun lalu) untuk ingatan semua. Asna tu nampak serious menghayati tarian, walaupun waktu tu rupanya dia tengah demam.

Untuk Kak Long Napisah, tahniah, kita sudah berusaha dan bertawakal.... itu tanggung jawap kita. Masih banyak lagi ujian dan peperiksaan yang menanti di hadapan.
Pak Chaq masih lagi nak kena repeat exam Part III (Arkitek) tahun depan, ...atau tahun satu lagi, ...atau satu lagi........etc. Dah nak pencen pun masih periksa.

Salam.

Monday, November 17, 2008

Jalan-Jalan ke Kudat, Sabah

Assalamualaikum w.b.t...

Kali ni ancik nak share kan gambar kami anak beranak pi jenjalan ke Kudat, Sabah Darul Aman (nak jugak letak tu heheheh). Banyak tempat yg boleh dilawati seperti Tanjung Simpang Mengayau (Tip's of Borneo), Rungus Long House, Pantai Kelambu, Gong - Mantugong, Honey Bee Vilage dll... tapi pic yg ancik nak masukan ni pic di Tip's Of Borneo dan Rungus Long House..

Kalau tak salah semua pic ni di ambil dalam Mac 2005 lagi... lama dah tu !






Kak cik dgn anak-anak dpn statue Tip's Of Borneo. Abang Long masam jer sebab ibu dia tak nak dukung.. asyek dukung Bb jer.. masa tu umo Bb 1 thn lebih !!










Pampers Bb dah penuh, tak sempat nak ganti... pakai jer lar, nanti dah jadi 1 kilo lebih baru buang.





Masih masam lagik abang Long, nak dok sablah ayah... kak Ngah plak tak nak bagi.. huhuhuhu





Nampak tak batu yg timbul dalam air belakang ancik tu... kalau tengok peta kepulauan Borneo (macam kucing), yg tu lar telinga bahagian telinga kalau tgk dalam peta... ujungggggg sekali dimana 3 arus besar bertemu, arus apa hampa cari sendrik lar... mengkalu kata tauk tali pancing kat situ, nak tengok dia bersimpui macam megi mee boleh lar...!


...abang Long, kak Ngah, Bb dan ibu depan Rungus Long House. Tengok abang Long punya posing.. dia tengah suka tu dapat pi jenjalan !





kusyuk.... Kak Ngah tgh tengok kepakaran kaum Rungus tenun kain... macam berminat saja, boleh lar suruh nenek tu ajarkan nanti...




abang Long kata kalau tidoq kat dalam Long House ni tak payah pakai kipas... dah tentu sejuk, lantai dia bukan main jarang..




Bb pun nak cuba main gong.... berebut sakan dengan abang Long dia.. tu yg tak nampak dalam pic ni.. merajuk lar tuh..




Kak Cik ngan Bb di atas jambatan kayu yg menghubungkan Long House dengan menara peninjau...





....dah penat berjalan balik pi bilik nak tidoq.. Ria Hotel, rate dia Delux twin RM86.00.. setakat ni dulu.. ada masa ancik update lagik...