Thursday, December 18, 2008

Tu Lah Ayah Kita


Assalamualaikum w.b.t untuk semua……….

Setelah membaca entry yg dimasukan oleh Ancak dan Anteh…Ancik terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit sisa-sisa pengalaman bersama arwah ayah….


Itulah ayah kita…. Tak banyak cakap, bila perlu saja baru bersuara. Tentang kena marah (kalau boleh dikategorikan marah) ancak dan anteh tu rasanya baru intro saja. Selama 21 tahun bersama arwah ayah seingat ancik dah tak terkira penampar jepun dan rotan yang ancik makan..!

Subuh… zrapppppttttttttt… berbirat kat tengah belakang, celik mata tgk arwah ayah kat ujung katil tgh jegil mata tak cakap apa pun. Yang ni bahana cari penyakit... balog liat..!

Bawak motor Jamani dgn Kri Busyim pi meniarap kat gon Mat Tampong, merah telinga kena pulaih... yang ni ketegaq piang....

"bawak pi kedai Abon.. repair".. itu saja ayat yang keluar dari mulut arwah ayah.

Ada sekali tu lepaih menang main rugby, besok tu ancik tuang sekolah pi Alor Star, dengan baju sekolah tak bukak, nak enjoy lar kononya (Krie Busyim lar teman setia…apa jadi pun kami dua orang saja). Kena plak masa tu setiap kali ancik kencing sure kuning … so ancik singgah Hospital Besar Alor Setar untuk check, skali doctor kata tak boleh balik sebab ancik kena demam kuning kena masuk wad. Doktor tanya nak talipon siapa, cikgu sekolah atau ibu bapa ? Menggeletar satu badan ancik, kalau talipon cikgu sekolah perkara pertama rotan dah tetap sebab tuang sekolah, lepas tu pihak sekolah akan bagitau ibu bapa jadi panjang cerita.

Dengan hati kering bagi no talipon sekolah arwah ayah kat doctor. Pendek cerita arwah ayah balik ambik mak tros datang hospital…… mak biasa lar dgn airmata tak boleh tinggai, anak masuk hospital… siap bawak segala perkakas, botoi ayaq panaih, milo, susu, kain baju….

Arwah ayah....? Diam membisu… senyap.. marah ke, sedey ker, apa ker ancik pun tak boleh nak agak sebab ancik tak berani pandang arwah ayah…! Yang ancik tau lepas arwah ayah bercerita panjang dgn doktor, pihak hospital pindahkan ancik dari wad 4 ke 2nd class….

Sebelum arwah ayah balik ancik "slow talk" bagi tau yang ancik tuang sekolah… tau apa arwah ayah cakap ?
"tu..?"… itulah ayat yg paling pendek pernah diucapkan arwah ayah !
Dan ayat yg paling panjang arwah ayah ucap kan masa ancik minta pendapat tentang pilihan samada kerja atau sambung berlajar. Ancik dapat waran tiket untuk diserap dalam kerahan tetap dibawah unit 302 infantri, dalam masa yang sama ancik terima tawaran untuk masuk IKM di Lumut.
"Kalau ancik kerja, dengan kelulusan yang ada, sampai ketahap mana yang ancik boleh pergi ? Elok berlajar dulu, dapatkan yang sekeping tu sebagai modal, lepas tu kerja lah "
Alhamdulillah…… terimakasih ayah kerana mencorakan perjalanan hidup ancik !
Yang paling ancik terkilan sekali adalah semasa di saat akhir hayat arwah, masa tu di Hospital Sg Yan. Merupakan kali terakhir ancik ziarah arwah ayah, ancik nak baca ayat yasin, dah pegang surah yassin ni tapi arwah ayah larang ancik baca….! Sampai ke hari ni ancik tak tau kenapa…..
Ancik percaya setiap kejadian ada sebab musabab dan ancik tak nafikan yang ancik banyak ketinggalan dalam segala segi, malah boleh dikategorikan sebagai lembab atau dengan perkataan lebih lembut lagi "useless" dalam bahasa Jawa dan "tak bley pakai" dalam bahasa German….. ancik terima semua tu !
Kenapa….. ?
Kerana satu ayat semilar yg sering ancik terima bila ada perbincangan bersama tak kira pasal keluarga atau apa saja…
"hang tau apaaaa….!"

" tu la hang tak tauuu….!"

"hang dok diam lah, hang bukanya tau apa..!"

Kadang-kadang tu apa yang diperkatakan ancik dijawab dengan memek muka…

Mungkin sifat ancik neh lebih mewarisi perangai mak yang penuh beremosi (21 tahun, kalau ancik tak kenal perangai mak tak tau lar nak ckp apa lagi)…hanya pada mak ancik mengadu, dan mak…. tetap mak kita penuh dengan leteran yang memberi nasihat…

"toksah.. ancik toksah kata apa, biaq pi lar kat depa !".. tu nasihat mak yang ancik ikut sampai la ni…

Bukanya ancik tak nak ambik kesah atau tak nak ambik tau apa yang jadi dalam keluarga kita, tak selalu balik ka, tak selalu talipon ka, ada masalah tanah ka, keluarga bergaduh ka, sebabnya ancik tak payah nak cakap apa kalau ancik cakap pun bukanya terpakai sebab ancik ni bukanya tau apa… jadi, ancik ikut saja, baik bagi semua baik lah bagi ancik !

Akhir sekali ancik nak kata, tak pernah sekalipun ancik bermasam muka dengan adik beradik walaupun ancik kecik hati….ancik terima semua tu juga walaupun menjadi macam orang asing dirumah sendiri !

Kerana ancik berpegang pada pesan arwah ayah…

"dalam hidup kita ada dua antara terpenting, adik beradik dan keluarga"… (ungkapan arwah ayah ni kalau tak salah semasa nak pi cari abg Pat yang tgh merajuk berpuluh tahun dulu)

Maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan entry kali ni, ancik tak pandai nak berkata-kata malah kurang bijak nak menyusun ayat, sekurang-kurangnya ringat sikit kepala ancik kali ni.

Nota:

Kepada anak-anak sedara Pak Ngah semua, berlajar rajin-rajin jadi orang pandai, dengar cakap ibu bapa dan jangan nakal-nakal…. Ingat tu !!!!

2 comments:

Anteh said...

Salam...
Marvelous my dear brother (D'Big One). Tak tau la plak yg masuk spital masa kencing kuning tu, asalnya "cheng" skolah. Peehh!!! Kantoi!!! Yg Anteh ingat mak pesan suruh pakat2 doa lepas smbhyg, baca yasin ka kalau reti, baca la apa yg patut. Terpikiaq jugak... teruk sungguh laaa abg aku ni.
Anyway, Anteh respek dgn sikap Ancik... brani luahkan apa yg berketoi dlm hati. Ni lah baguihnya bila ada blog ni.
Dah la tu, mungkin kata2 yg pernah keluaq tu adalah dari sikap masing2 yg belum matang. Masa dah lama berlalu, dunia dah berubah and so are we. Cheer-up bro... from the distance, you've develope yourself, create your own kind of world. That kind of achivement... mana ada adik bradik lain pernah dapat. Lu tanya...
Sapa pernah naik G. Kinabalu??? Ancik dia!!!! Sapa akan dapat anak kembaq??? Ancik dia!!! Sapa buat blog dulu dalam family??? Ancik dia!!! Abg mana ada kasi keta kat adik dia??? Ancik dia!!! he he he
Sapa lagi nak kata Ancik lekeh??? Sapa nak kata Ancik tak reti apa2 ??? Habaq mai sini...
Masa mengubah segalanya... (Fauziah Latif ada cakap), Setiap kelebihan & kekurangan kita mmg ada gunanya. Pakat2 jaga lah.
Jangan lupa pi claim rebet r/tax keta. Anteh sampai sana... WA PAU SAMA LU.
Wassalam...

Azura Abdul said...

Ni nak tambah lagi satu!!!!!
Kalau kereta rosak tengah jalan, hangpa tepon sapa? ANCHIK DIAAAAA!!!! Kereta rosak kat semenanjung; tepon Anchik dia kat Sabah nu!!! Betoi dak???!!!