Thursday, March 5, 2009

Selingan 5

First time Nana berani pegang ular, ular Sawa pulak tu. Kena berani la kan?


Assalamualaikum,

Seorang nelayan susah hati, dia dengar dari kedai yang kawan dia yang kecik tu dok mengendap bini dia. Nak serang dia tak dak bukti. Jadi satu hari masa main dam di kedai, dia cakap kuat-kuat yang dia nak pi ke laut esok.


Esok tu awal-awal pagi, gelap-gelap lagi, dia bangun dan turun bawah rumah. Pasir bawah rumah yang putih dia ratakan elok-elok, hingga tak ada kesan langsung. Lepas tu dia bawak bekal dan menapak ke kuala.


Sampai di kuala, dia masuk ke perahu, sarapan dan tidur. Bila cahaya matahari dah panas di muka, dia bangun dan balik.


Sampai di rumah, dia terus masuk bawah rumah. Memang ada kesan tapak kaki, tapak kaki yang dia kenal. 'Kecik!, mai sini sat', dia panggil kawan tu yang cuma tinggal sepelaung sahaja dari rumah dia.


Bila mamat tu sampai, dia bawak masuk bawah rumah. 'Cuba hang letak kaki hang di sebelah bekas tapak kaki tu', bila kawan dia tu sedar yang itu adalah tapak kaki dia, dia mengundur, cuba mencapai belati yang selalu terselit di belakang kain pelikat dia. Belum sempat di tarik belati tersebut keluar sarung, dia dah kena penampar dari tangan panjang nelayan tersebut. Dah la kena penampar, terpelanting pulak atas penumbuk padi (tungku padi ?) kayu yang lesungnya di buat dari semen tuang.


Setakat yang Pak Chaq faham cerita Tok Wan, si kecik tu samada pengsan seminggu atau demam seminggu. Lepas tu tak tau lah apa cerita.


Semua ni adalah penjelasan Tok Wan bila Pak Chaq tanya kenapa Pak Chaq perlu pergi beraya ke satu rumah tu tiap-tiap tahun masa Pak Chaq sekolah rendah dulu. Tok Wan tak cerita lebih dari tu.
Salam.

1 comment:

Azura Abdul said...

eemmmm...tak paham la anchaq...
jom pi kuala kelawang nak? Eddy ajak...