Thursday, January 29, 2009

Pengalaman Perkelahan Keluarga Pertama di Sungai Sendat

Assalamualaikum,

Kita akan recordkan 'step by step' persiapan dan pengalaman perkelahan pertama ni, supaya boleh dijadikan peringatan dan panduan, atau pun supaya boleh diperbaiki di lain kali:

1.Punggah masuk kereta
Toyota Hilux Pak Teh adalah truck pengangkut barangan keperluan asas. Selepas 50 km bergoyang, semua barang-barang menjadi padat dan masih ada 50% ruang baru.
Land Rover Pak Njang dan Jeep Cherokee Pak Chaq ringan saja.

Carrier Pak Chaq diikat secara manual saja. 2. Sarapan 3. Khemah
Cara mendirikan khemah boleh diperbaiki lagi, dan perlu memilih kawasan yang lebih luas (selesa), dan lebih rata (pengaliran air hujan). Perlu tambah tikar yang lebih luas.

4. Dapur



Dapur mungkin perlu ada khemah kecil khas untuk dia sahaja.

5. (Pak Njang punya syarat) Dekat AIR 6. Teknik pemanduan
Pak Njang cakap suruh bawak perlahan, set full time, set part time, gear D, gear 3, gear 1-2, pening Pak Chaq. Lepas tu, suruh tekan bawa laju atas selut (last option), tapi nak berenti jangan tekan brek. Tima kacih Pak Njang.

7. Car Wash Service (yang dikendalikan oleh Mak Chaq)

Kereta pun nak mandi juga

8. Aktiviti Malam

Aktiviti malam yang di penuhi dengan nyanyian, lakonan dan lawak jenaka yang dikendalikan oleh Mak Chaq.

9. Bertimbang rasa


Pak Njang dengan hero sekali membantu menarik truck mengangkut barang yang sangkut di sungai yang cuma boleh dilalui oleh 4x4, tarik menggunakan Jeep .

10. Beramah mesra


Kalau ada artis nak bergambar dengan kita, kita kita layan saja la. Terima kasih Pak Rosyam Nor.

Kita tunggu pulak Pak Teh jadi tuan rumah untuk pergi Mini Dam, Selama.

Assalamualaikum.

1 comment:

Azura Abdul said...

Best! Kalau family Anchik & Nuat boleh join sekali mesti lagi meriah. Tapi kalau tambah lagi 2 family kita kena tambah lagi satu kain kerpan tu. tak cukup tu. kalau more bunker-beds yang kita gunakan; rasanya ok, boleh muat kot. Ingat nak cari tikar getah lah letak bawah kain kerpan tu. Hmmm... Patut hari tu bukak khemah 10'x10' tu untuk dapor. Tak terbukak la pulak... tak pa. Now we know. Lagi sekali we should've known better; right???!!! Ok bros & sis & kids; till the next time... adios amigos! Good job everybody!