Monday, January 5, 2009

KERINGAT~ Episod 2 (Damak)

Salam utk semua Anak2 cucu Hj Abdul~ Al-Fatihah.

Seperti yg dijanjikan, Anteh tgh boring kat opis ni... so, tatapilah "KERINGAT~ Episode ii".

*****************************************************************************************

1. EXT. Beranda Rumah Padi

"Depa mintak tolong usahakan, dah bertahun... tak pernah dapat hasil macam yang depa nak.", jelas Amir pada Senapi bila ditawarkan oleh PPK untuk ambil alih ladang benih mereka.

"Jom pi tengok, jom, jom...", kata Senapi dengan gelojoh.






2. Ext. Tepi tapak ladang benih PPK


"Subhanallah....!!!", spontan, kalimah yang terpacul dari mulut Amir bila mula-mula sampai kat tapak ladang benih yang PPK mintak tolong usahakan.

"Ni ladang benih ka, padang ragut???", sambung Amir lagi disambut dengan gelak besar Senapi yang sedari tadi diam. Mungkin masih terkejut dengan berita yang di bawa Amir bila balik dari pejabat PPK.

"Biasa la tu, mengkalu elok tak kan depa nak bagi kat kita kot???", berderai lagi tawa Senapi dan Amir.

"Kat mana kita pi area sini, pandangan dia serupa ja", sambung Senapi lagi.

"Betoi bang Pi, kaedahnya sama ja. Tanaman padi di integrasikan bersama kerbau secara bergilir-gilir." Gurau Amir dengan nada lebih sinis.

Setiap sudut, ceruk ladang diredah Senapi. Keadaan tanah dikenal pasti. Amir terkial-kial mengejar kat belakang.


3. Ext. Bawah rumpun buluh tepi ladang benih

"Macam mana nak reka ni????", keluh Amir perlahan bila mula melabuh punggung di bawah teduhan buluh.

"Jom balik, malam ni kita plan!!!! ", sahut Amir sambil melompat menuju ke pajeronya yang hampir suku abad.

"Hang tungguuu... ", kata Senapi perlahan, bila pajero mula bergerak sambil memandang ke arah tengah ladang melalui cermin yang dah lama rosak suisnya.


4. Ext. Rumah Padi

"Jadi ka hampa buat kat sana? Sana lagi teruk, kerasss!!!", kata Tok Lah pada Amir dan Senapi yang tengah bersila mengadap kopi O.
Amir tersenyum, tunduk sambil berbisik perlahan pada Senapi... "Dia buat dah Bang Pi oiiii...".

"Minum dulu Tok Lah, kira apa lah. Kopi bujang pun jadi ", kata Senapi cuba ubah tajuk. Amir cukup paham 'trick' Senapi. Elak dulu, tak lepas kalu... balun!!!

"Hak pandai buat pun, tak boleh buat habis. Ni hampa nak pi pulak. Apa hampa nak jamu????", soal Tok Lah sambil sambut kopi yang Senapi hulur.





"Ikut la apa yang ada kat kedai depan tu, kita jamu la bila lapaq", jawab Amir merujuk pada kedai makan yang selalu Senapi beli nasi bungkus.

"Tak kena tak pa...", kata Tok Lah bila sedar di permainkan.

"Tak pa, Amir ada spare panadol banyak!!! Active Fast lagi. Cepat lega!!! ", sambil gelak kecik, Senapi sindir Tok Lah.

Tau kena main lagi, Tok Lah cepat-cepat melompat turun dari beranda rumah padi selepas kopi O dihirup gelojoh.

"Oiii!!! Nak pi mana tu Tok Lah??? Kopi ada lagi ni...", jerit Amir pada Tok Lah, konon-konon nak ajak borak lagi.

"Tengok ciding!!!", jerit Tok Lah dari jauh.

"Ciding apalahhh!!! Kena pukoi dengan panadol hang la tu...", kata Senapi pada Amir yang bersengkongkol pekena Tok Lah. Bederai lagi tawa orang Kedah.

5. Ext. Ladang Benih


"Tu dia, masuk ni 3 kali la no...", keluh Amir pada Senapi yang sama-sama dok perhati pekerja menarik kabel sembur racun rumput.

"Nak buat macam mana, nak tengok rumput berebut dengan padi boleh la...", jawab Senapi mempertahankan tindakannya.

"Minggu depan kita start rotor, benih apa pulak kali ni?", duga Amir.

"Kalau tak dapat 220, cuba 232... padi baru tu." Jawab Senapi.


6. Ext. Ladang benih, penyediaan tapak




"Anak-anak siam ni macam beranak satu uri dengan kubota. Bendang dah jadi darah daging depa dah", Senapi memula bicara bila dia sampai pada Amir yang bertinggung di gigi bendang.

"He he he...", Amir hanya ketawa. "Tu ada karipap sikit. Panggil budak-budak tu, sejuk tak sedap". Sambung Amir.


Senapi melambai pada pekerjanya, lagak tuan kerbau panggil ternakan masuk kandang. Patuh plak tu.

7. Int. Rumah Padi , tengah malam...
"Woi!!!??? Nak pi mana tu??? Nak turun kok mana??? Haram $%#&*^%@ ", jerit Senapi memecah hening malam.
"Awat Bang Pi???," tegur Amir yang terjaga dari tidur, hairan tengok Senapi siap dengan parang lading.
"Dia langkah kita, besar sampai tak muat pintu. Haram sungguh!!!", marah Senapi sebab gangguan tu.
Amir cukup faham perangai Senapi yang tak reti takut dengan benda-benda halus ni. Dengan kain pelikat diikat kemas, sepal tuala dibahu kiri, dengan parang lading tu dia terjun ke laman.
***********************************************************************************
Apakah yang berlaku pada Senapi pada malam itu???
Berjayakah tanah itu di usaha seperti yang dikehendaki PPK?
Berjayakah Amir dan Senapi membuktikan pada PPK bahawa ladang mereka berpotensi untuk dimajukan???
Tunggu sambungan kisah benar ini....
Wassalam.


































































































































































1 comment:

Azura Abdul said...

Hmmm... this could be a material for your e-book... he he he