Tuesday, March 16, 2010

Fraser's Hill Retreat


Fraser’s Hill Retreat
13th – 15th March 2010

Tahniah kepada Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang, dan Pak Ndak kerana dapat kita sama-sama berhimpun pada 13th – 15th March 2010 untuk merakamkan dan mengeratkan ikatan keluarga, supaya sentiasa rapat dan mesra, dengan harapan untuk ke akhir hayat. Walau pun kita semuanya sebenarnya agak serba kekurangan, samada dari segi kewangan, masa, kelapangan, dan juga kesihatan, namun atas usaha, sokongan dan dorongan semua pihak, perjumpaan ini menjadi kenyataan. Tahniah.

Nampaknya, agenda yang baru bermula di Fraser’s Hill tu adalah satu ‘hint’ jugak yang Pak Chaq kena buat tempat tidoq lebih luas untuk anak penakan, dan khemah yang lebih kukuh untuk Pak Njang dan Pak Teh, tidoq malam dengan suhu yang sesuai. Insyaallah.

Sedikit sedutan tentang agenda yang dah dibuat:


Pada 12th March 2010, setibanya di rumah Pak Chaq, Pak The sintin seluaq, masuk kolam yang sekangkang kera dan sedalam buku lali tu untuk menangkap patin dan talapia buat lauk. Tok dengan cekapnya selamatkan dan siangkan ikan-ikan tersebut. Patin buat gulai, talapia digoreng. Talapia habih malam tu jugak kut.

Para driver masing-masing mengambil tempat di bawah khemah, minum teh, sebelum tidoq jugak di situ malam tu (itu Pak Teh dan Pak Njang saja). Pak Chaq takut kucing naik joint.

Paling awal bangun pagi Sabtu adalah kak Ngah kut, iaitu pukul 5.00 am. Yang tak bangun-bangun tu pulak terus disambung di dalam kereta. Tiba di Kuala Kubu lebih kurang pukul 8.00 am, terus sarapan di gerai mee rebus Kak Kiah – walau macammana pun mee rebus belum siap.
Perjalanan dari Kuala Kubu ke pintu pagar masuk agak lancar, dengan pemandangan empangan baru yang cantik, walaupun ada sikit-sikit pokok buluh yang tumbang. Dikabarkan pada Pak Chaq, ada yang muntah dalam kereta – harapnya ada beg plastik la tu. Janji drebar tak muntah. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 1974 atau 1975, Pak Chaq, Pak Ngah, Pak Teh, dan mungkin Mak Njang dah lalui jalan ini untuk pi ke Felda Padang Piol, Jerantut Pahang, rumah Tok Su Ibrahim( Hassan). Pak Teh kata dia pun tak ingat.


Sampai ke atas Fraser’s Hill lebih kurang pukul 10.15 am, dengan tak sabar lagi, tanpa buang masa, depan info center pun jadi sesi mengambil gambar.



Pusing-pusing jugak Pak Chaq cari Bungalow Cini ni, sebab jalan naik dia agak tersembunyi kut, tapi sampai saja, wa!, puas hati la. Terima kasih Mak Njang.

Antara aktiviti yang kita dah tempuhi:

Menunggang kuda.
Memanah (bagi yang cukup otot lengan macam Pak Njang).
Taman permainan.
Sesi membuat video klip.


Menonton Konsert di arena bagi bapak-bapak dan mak-mak.
Sesi menonton video klip konsert the biggest looser.
Sesi tidoq sampai pagi. Ingatkan sejuk, tapi rasa macam air con Pak Chaq saja: suam-suam kuku.
Aktiviti berjogging disertai oleh semua yang boleh berjalan sendiri, dengan motivasi aktiviti menarik di hujung jogging tersebut. Mula dengan sesi warm up, kawad berpasangan, berlari-lari anak, berjalan, berjalan, dan berjalan. Lepas tu menuruni denai Rompin yang curam tapi selesa. Tahniah erobik instructor Pak Teh.

Aktiviti sarapan.
Bot kayuh.

Mandi air terjun Jeriau.

Pak Chaq berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan Gathering kita kali ini, yang pertama di luar Ruat Yan, dan dengan harapan bukan yang terakhir. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang Pak Chaq dengan adik-adik semua nak kena ‘brainstorm’.
Bagi Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang dan Pak Ndak, sila berehat , kemudian take your time untuk buat 'post mortem' tentang pro and con aktiviti di atas.

Selamat bercuti.

Assalamualaikum.

4 comments:

La Merapoh D' Ruat said...

We can't control the cuaca and global warming.. but one thing yang kita boleh control... our budget and time management. Untuk itu; I would like to suggest for us to initiate a tabung for MerapohDahan. Sebulan semua keluarga conribute RM10.00 - RM20.00 and kita kumpul sampai the next event. By then we should have collected about RM500 - RM1000 and that could be used for food ration or top up for hotel, gas or whatever. Paling tak pun kita boleh sama-sama buat kenduri arwah or sponsor untuk cuci kubur ayah. Lantik sorang utk jaga duit and log in sapa yang dah bayar bulan bila punya. Next event; kena ada sorang lead and plan. Post moterm masing-masing kena buat. Njang nak mengeram dulu. My intention is to menjilidkan aktiviti kita; mungkin jadikan e-book je. Nak cetak and give CD to everyone gonna cost a lot jugak tu... but we'll see about that. Anybody yang in contact with abang pat; please ask him to send his e-mail address to create merapohdahanID. Abg Long and Kak Suraya dah missed out a lot tu... Kita pun nak tau jugak perkembangan depa kan? SO; everybody... well done and keep in touch!!!

Along Tasha said...

no comment?????
x tahan tengok video aiman!!!!!

anchak said...

AIMAN : Macam lah ko x de video....tapi....aku yg paling banyak berlakon.....haikal tu langsung x tak nak berlakon...

Along Tasha said...

aku ade video.. tapi aku dh delete.. hehehe...