Monday, March 22, 2010

Tahniah!

Assalamualaikum!

Mula-mula Pak Chaq nak ucap terima kasih pada semua Pak-pak dan Mak-mak serta anak-anak yang berkongsi pengalaman menjayakan perhimpunan keluarga.
Ini merupakan perjumpaan terancang yang pertama yang dihadiri oleh semua anak Mak, dan hampir semua anak Ayah.
Lain kali, kita akan cuba komunikasi dengan Pak Long pulak, supaya depa semua dapat hadir.
Dengan serba kekurangan, Pak Chaq harap semua yang bertandang dapat merasakan sedikit selesa.
Nampak gayanya, Pak Chaq nak kena lebarkan luas lantai untuk tempat tidur bagi extra 4 keluarga.
Insyaallah.

Ulasan untuk aktiviti yang kita baru buat, semuanya baik belaka:

Tempat:
Fraser's Hill memang tempat yang strategik, dengan reputasi cuacanya, jenis rintangan jalannya, tumbuhannya, dan jaraknya yang dekat dengan transit BTP. Tiada tekanan untuk sampai dengan selesa.

Penginapan:
Bungalow Cini memang sangat selesa, dan insulation dia pun bagus, sampai tak rasa sejuk sangat. Kalau la ada swimming pool.

Masa:
Timing memang kena, tak dak pressure untuk bertolak awal, sarapan pun ngam-ngam dengan masa nak naik. All in time.

Aktiviti ahli:
Aktiviti mungkin banyak yang boleh dibuat cuma kita tak cukup masa yang selesa dan teratur. Itu kira dah ok kerana tak mahu budak-budak rasa tertekan terkejar sana-sini.

Perancangan:
Mak Njang sebagai organiser dah melakukan yang terbaik dah ni. Tak tau samada sapa-sapa boleh keep up next time. Walau bagaimana pun, lain tempat dan aktiviti, lain perancangannya.

Makan:
Sedikit ghalat kerana tak dapat rasa ikan, sotong, udang, dan ayam bakaq Pak Ndak di atas sana. Mungkin lain kali kalau tak boleh bakaq, buat BBQ yang boleh tutup.

Diharap anak-anak sekelian tak serik nak mai ke rumah Pak Chaq.
Satu masa nanti bila Pak-pak dan Mak-mak dah tak larat nak bawak anak-anak semua, boleh la datang sendiri untuk jenguk-jenguk Pak Chaq di Bandar Tasik Puteri.

Salam Silaturrahim!
Assalamualaikum

1 comment:

Azura Abdul said...

Mahu swimming pool ya? Bungalow kat A'Famosa Alor Gajah ada private swimming pool. Tapi aktiviti dia safari dah 1 hari; water world dah 1 hari. Cowboy town malam. End of the day memang pengsan coz penat dan panas.
Perancangan - niat nak buat aturcara ikut jam gitu; takut tak terikut and ada yang tertinggal...
Rumah Anchak dah cukup selesa dah... tak perlu susah-susah... janji anchak and family selesa; that's all that matters. kami bertandang sekali sekala saja...
Tabung?