Tuesday, April 27, 2010

Selamat Meniti Kehidupan

Assalamualaikum!
Selamat meniti kehidupan di sepanjang musim sekolah ni. Bagi Pakcik dan makcik yang ada di rumah, jadual sekolah anak-anak adalah jadual KITA jugak la! Yang diam tu bukan apa, tengah sabaq-sabaq melayan proses pembesaran anak-anak.

Tuk nak balik Kedah hari Jumaat ni, 30hb April 2010 , rasanya setelah 7 minggu? pi balik-pi balik antara KL/Rawang dengan Melaka. Raf akan ambik Tok dari rumah Pak Chaq lepas Jumaat. Terima kasih Tok pasai mai rumah Pak Chaq.

Asna jugak terima kasih kat Tok dia pasai dia tak payah duduk di Taska lepas sekolah agama.

Untuk Pak dan Mak yang lain-lain, jemputlah datang ke rumah Pak Chaq.
Tanpa plan pun tak pa, kita cuba makan luaq - banyak tempat yang boleh pilih.

Mula dari food court mana-mana Tesco yang baru bukak hingga ke Restoran Seafood Juara di Tanjung Harapan, Port Klang.


La ni parut di muka Asna semakin reda, selepas dah 4 kali buat rawatan laser, boleh tengok beza dari dulu. Insyaallah.
Gambar yang atas sehari selepas laser, gambar bawah ambil masa bulan November 2009 dulu.

Aiman pulak dah officially jadi Pengawas Sekolah BTP, lagi la lambat nak bersiap pagi-pagi sebab kena tarik-tarik baju dia supaya tak nampak perut dan ikat tie elok-elok.
Anyway, bagi anak-anak saudara semua, selamat belajar dan dengar cakap ayah mak.

2 comments:

Azura Abdul said...

Tahniah aiman jadi pengawas... But...boring!!! boring!!! boring!!! tak leh nenakal.... ha ha ha jadi budak skima keh keh keh..
Jgn marah nooo... mak njang gurau je... selamat jadi kuli cikgu !!!
:-)

Anteh said...

Hantam saja... Lebih kurang polis trafik lah tu. Kak Ngah pun jadi pengawas... rupanya semua student darjah lima jadi pengawas... sebab budak sikit. he he he.

Bila2 berimpun ramai2 kat Ruat kita pi makan kat restoran selera Tok Nadoq. Ada kelainan sikit la makannye pun. Paling penting enviroment & deko dia. Anchaq mesti suka punya lah. 1 kali Anteh bawa bebudak ni pi makan, dah jadi lima kali dah bila vote nak pi makan naik nama tu.