Monday, March 22, 2010

Tahniah!

Assalamualaikum!

Mula-mula Pak Chaq nak ucap terima kasih pada semua Pak-pak dan Mak-mak serta anak-anak yang berkongsi pengalaman menjayakan perhimpunan keluarga.
Ini merupakan perjumpaan terancang yang pertama yang dihadiri oleh semua anak Mak, dan hampir semua anak Ayah.
Lain kali, kita akan cuba komunikasi dengan Pak Long pulak, supaya depa semua dapat hadir.
Dengan serba kekurangan, Pak Chaq harap semua yang bertandang dapat merasakan sedikit selesa.
Nampak gayanya, Pak Chaq nak kena lebarkan luas lantai untuk tempat tidur bagi extra 4 keluarga.
Insyaallah.

Ulasan untuk aktiviti yang kita baru buat, semuanya baik belaka:

Tempat:
Fraser's Hill memang tempat yang strategik, dengan reputasi cuacanya, jenis rintangan jalannya, tumbuhannya, dan jaraknya yang dekat dengan transit BTP. Tiada tekanan untuk sampai dengan selesa.

Penginapan:
Bungalow Cini memang sangat selesa, dan insulation dia pun bagus, sampai tak rasa sejuk sangat. Kalau la ada swimming pool.

Masa:
Timing memang kena, tak dak pressure untuk bertolak awal, sarapan pun ngam-ngam dengan masa nak naik. All in time.

Aktiviti ahli:
Aktiviti mungkin banyak yang boleh dibuat cuma kita tak cukup masa yang selesa dan teratur. Itu kira dah ok kerana tak mahu budak-budak rasa tertekan terkejar sana-sini.

Perancangan:
Mak Njang sebagai organiser dah melakukan yang terbaik dah ni. Tak tau samada sapa-sapa boleh keep up next time. Walau bagaimana pun, lain tempat dan aktiviti, lain perancangannya.

Makan:
Sedikit ghalat kerana tak dapat rasa ikan, sotong, udang, dan ayam bakaq Pak Ndak di atas sana. Mungkin lain kali kalau tak boleh bakaq, buat BBQ yang boleh tutup.

Diharap anak-anak sekelian tak serik nak mai ke rumah Pak Chaq.
Satu masa nanti bila Pak-pak dan Mak-mak dah tak larat nak bawak anak-anak semua, boleh la datang sendiri untuk jenguk-jenguk Pak Chaq di Bandar Tasik Puteri.

Salam Silaturrahim!
Assalamualaikum

Tuesday, March 16, 2010

Fraser's Hill Retreat


Fraser’s Hill Retreat
13th – 15th March 2010

Tahniah kepada Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang, dan Pak Ndak kerana dapat kita sama-sama berhimpun pada 13th – 15th March 2010 untuk merakamkan dan mengeratkan ikatan keluarga, supaya sentiasa rapat dan mesra, dengan harapan untuk ke akhir hayat. Walau pun kita semuanya sebenarnya agak serba kekurangan, samada dari segi kewangan, masa, kelapangan, dan juga kesihatan, namun atas usaha, sokongan dan dorongan semua pihak, perjumpaan ini menjadi kenyataan. Tahniah.

Nampaknya, agenda yang baru bermula di Fraser’s Hill tu adalah satu ‘hint’ jugak yang Pak Chaq kena buat tempat tidoq lebih luas untuk anak penakan, dan khemah yang lebih kukuh untuk Pak Njang dan Pak Teh, tidoq malam dengan suhu yang sesuai. Insyaallah.

Sedikit sedutan tentang agenda yang dah dibuat:


Pada 12th March 2010, setibanya di rumah Pak Chaq, Pak The sintin seluaq, masuk kolam yang sekangkang kera dan sedalam buku lali tu untuk menangkap patin dan talapia buat lauk. Tok dengan cekapnya selamatkan dan siangkan ikan-ikan tersebut. Patin buat gulai, talapia digoreng. Talapia habih malam tu jugak kut.

Para driver masing-masing mengambil tempat di bawah khemah, minum teh, sebelum tidoq jugak di situ malam tu (itu Pak Teh dan Pak Njang saja). Pak Chaq takut kucing naik joint.

Paling awal bangun pagi Sabtu adalah kak Ngah kut, iaitu pukul 5.00 am. Yang tak bangun-bangun tu pulak terus disambung di dalam kereta. Tiba di Kuala Kubu lebih kurang pukul 8.00 am, terus sarapan di gerai mee rebus Kak Kiah – walau macammana pun mee rebus belum siap.
Perjalanan dari Kuala Kubu ke pintu pagar masuk agak lancar, dengan pemandangan empangan baru yang cantik, walaupun ada sikit-sikit pokok buluh yang tumbang. Dikabarkan pada Pak Chaq, ada yang muntah dalam kereta – harapnya ada beg plastik la tu. Janji drebar tak muntah. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 1974 atau 1975, Pak Chaq, Pak Ngah, Pak Teh, dan mungkin Mak Njang dah lalui jalan ini untuk pi ke Felda Padang Piol, Jerantut Pahang, rumah Tok Su Ibrahim( Hassan). Pak Teh kata dia pun tak ingat.


Sampai ke atas Fraser’s Hill lebih kurang pukul 10.15 am, dengan tak sabar lagi, tanpa buang masa, depan info center pun jadi sesi mengambil gambar.



Pusing-pusing jugak Pak Chaq cari Bungalow Cini ni, sebab jalan naik dia agak tersembunyi kut, tapi sampai saja, wa!, puas hati la. Terima kasih Mak Njang.

Antara aktiviti yang kita dah tempuhi:

Menunggang kuda.
Memanah (bagi yang cukup otot lengan macam Pak Njang).
Taman permainan.
Sesi membuat video klip.


Menonton Konsert di arena bagi bapak-bapak dan mak-mak.
Sesi menonton video klip konsert the biggest looser.
Sesi tidoq sampai pagi. Ingatkan sejuk, tapi rasa macam air con Pak Chaq saja: suam-suam kuku.
Aktiviti berjogging disertai oleh semua yang boleh berjalan sendiri, dengan motivasi aktiviti menarik di hujung jogging tersebut. Mula dengan sesi warm up, kawad berpasangan, berlari-lari anak, berjalan, berjalan, dan berjalan. Lepas tu menuruni denai Rompin yang curam tapi selesa. Tahniah erobik instructor Pak Teh.

Aktiviti sarapan.
Bot kayuh.

Mandi air terjun Jeriau.

Pak Chaq berterima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan Gathering kita kali ini, yang pertama di luar Ruat Yan, dan dengan harapan bukan yang terakhir. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang Pak Chaq dengan adik-adik semua nak kena ‘brainstorm’.
Bagi Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang dan Pak Ndak, sila berehat , kemudian take your time untuk buat 'post mortem' tentang pro and con aktiviti di atas.

Selamat bercuti.

Assalamualaikum.

Wednesday, March 10, 2010

Gambar pun dah cukup

Sekitar 1992?





Pak Ngah tak dak, mungkin masih di IKM?






Monday, March 8, 2010

Drive Safely

Assalamualaikum!
Selamat memandu berhati-hati semua, semoga semua dapat berseronok di cuti sekolah ni. Rumah Pak Chaq ada beberapa benda nak dibuat:

Boleh bakaq talapia kalau nak. Kena ada orang yang rajin nak sauk ikan.

Boleh tidoq atas gelegaq kalau nak. Cuma kena mengelak tahi cicak la sikit-sikit.

Boleh berkhemah kalau nak. Dalam rumah memang agak panas, lebih-lebih lagi waktu malam, sebab dinding batu-bata.

Ada banyak cookies kalau nak. Ini yang kita nak bawak ke Fraser Hill, kalau nampak tak cukup, sila habaq.
Nak rancang next trip ke laut?, boleh tengok new frontier. Pak Njang kalau nak refresh diving skill ka, atau budak-budak nak experience Discovery Scuba, pergi scuba di pool pun dah seronok. Just a trip to the pool for scuba experience pun patut jadi list of 'things to do'.
Salam



Wednesday, March 3, 2010

Fraser's Hill Here We Come!!!


Assalamualaikum semua! Harap semua sihat and ready with our next adventure at Fraser's Hill. Mesti dah brainstorm apa nak bawak or nak buat kat sana nanti.

Cuma satu njang nak ingatkan; jangan suka sangat. Kain sembahyang sejadah jgn tertinggal; kain gebor tebal jgn tinggal; stokin jgn tinggal. baju/ t-shirt lebih sikit tak pa. FH sejuk. Mungkin siang rasa macam dok dlm aircond aja; tapi bila nak pagi... sejuk sampai ke sum-sum he he he...

Okay! langsaikan apa yang belum dilangsaikan. Masing-masing ada tugasan sendiri yang telah diatur secara "off-line". Jgn nak fikir sana lebih sini kurang; janji kita satu keluarga boleh jumpa and have fun!!!

Jumpa di rumah anchak nanti. "Tuan Rumah"!!! Jgn terkezut kena serbu dgn sebatalion La'Merapoh D'Ruat...

Assalamualaikum.