Assalamualaikum to all;
Balik kampung mak buat ketupat pandan;
Budak-budak suka kuih semprit;
Tangan dihulur mohon kemaafan;
Tidak dipendam walau sekelumit.
Timur, Barat, Utara dan Selatan;
Guna google map pun tersesat juga;
Kiranya ada tersesat ke Selatan;
Jemputlah ke teratak kami yang tak seberapa.
Ha... tu dia! Anak-anak... jawab jangan tak jawab...mak njang ni tak terror sastera sastera ni...
Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba; maaf dipinta sekiranya tersilap kata dan tingkah.
Tiada harta yang lebih bernilai dari ikatan kekeluargaan.
1 comment:
pecah kaca pecah gelas
siapa yang baca harap di balas
Post a Comment