Wednesday, September 30, 2009

Raya pergi lagi...

Assalamualaikum to all;
Alhamdulillah raya posa tahun 2009 yang lepas semua dapat berkumpul di Ruat. Tapi agak terkilan jugak tak dapat bergambar remai-ramai. Maklumlah masing-masing sibuk. Tak pe... kita cuba lagi lain kali dalam event yang lain pulak.
Cakap pasal event lain...
1) Tlg bubuh gambo keluarga raya kat sini; tak payah edit apa-apa; besar pun tak pa... nak tengok apa den boleh buat.
2) I'm preparing a proposal for all; a short vacation; 3 days 2 nights. Harap dapat kerjasama semua. Mak pun dah setuju nak join. Don't worry. Bukan masuk hutan. Will prepare the budjet/costing per family so that kita boleh buat persiapan. Nanti dah siap njang boh kat sini.

Sunday, September 13, 2009

4x4 Magazine Off-road photo contest

Assalamualaikum to all;
Off the topic sikit lah...
Tapi nak ajak semua AFUNDI untuk kitorang.
Baru-baru ni ada masuk contest kat 4x4 Magazine; hantar gambar bertemakan Off-Road. 3 dari gambar kami terpilih untuk ke final.
So; kalau sudi sms-smskan lah :-)














Type VT 08 dan hantar ke 32323





















Type VT 04 dan hantar ke 32323






















Type VT 03 dan hantar ke 32323












Patut yang caption "If Tarzan had a car " tu gambar yang ni... tengok tarzan dok tengah basuh kereta tu? nampak?




Duit SMS tu kira bagi duit raya kat cek lah... he he he in advance!!!

Friday, September 11, 2009

Kepulangan Yang Di nantikan


Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saudara ku sekelian....
Beginilah dilemanya Anteh setiap kali Syawal menjelang... but this story is not for me...
Ni sapa yang pecah lobang kat mak ni... tup tup mak dapat ilham mengatakan bahawasanya semua anak2 & cucu2nya akan berkumpul raya ni... walaupun 2nd raya semua dah nak cabut. He he he.... Alhamdulillah... Seronok bila tengok mak bersemangat nak raya... dok plan dah dgn Gee nak masak apa...
"nak buat apa Gee aaa??? Yg balik ni semua kaki makan laksa... laksa kot?", padahal, seingat anteh, dah berapa kali raya, dok laksa tu lah...
Dah brapa kali dok ulang kira.... berapa orang dah cucunya.
"ni Met, pi tukaq duit sat... 16 org, betoi dak tak tau. Sat kira lain... Aiman, Haikal, bla,bla...". Ni la keja anteh... tukar duit, tukang kompom matematik mak betoi...
Imagine... petang semalam, Anteh & K.Gee kena cari org jual laksa & laksam... nak order utk raya. Hampeh tul... maleh semuo eee. Balik dgn hampa... mak buat keputusan, BUAT SENDIRI!!! Anteh punya bahagian proses ikan buat kuah... ha ha ha. Rasekan air tangan aku.
What so ever... Anteh tak mau komen apa-apa, cumanye... bila mak dah buat anggapan macam tu, penuh harapan... Tolong lah..., jangan hampakan. Pun macam tu, ni tak bermaksud nak paksa sapa-sapa.
Cuma... Anteh yang kena tengok hari2... don't think it easy for me to see her cry (melayu kalau dah mula speaking... kira berat lah tu)
Wokeh.... harap boleh berkumpul semua on the last day berbuka... bagi sampai awal sikit, kesian org yang siapkan juadah. Anteh tak pe, sabaaaar je kat depan tv tu. He he he
Hati Hati Di jalan Raya
Wassalam

Wednesday, September 9, 2009

Salam Aidilfitri dari Melaka...

Assalamualaikum to all;

Balik kampung mak buat ketupat pandan;
Budak-budak suka kuih semprit;
Tangan dihulur mohon kemaafan;
Tidak dipendam walau sekelumit.

Timur, Barat, Utara dan Selatan;
Guna google map pun tersesat juga;
Kiranya ada tersesat ke Selatan;
Jemputlah ke teratak kami yang tak seberapa.

Ha... tu dia! Anak-anak... jawab jangan tak jawab...mak njang ni tak terror sastera sastera ni...

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba; maaf dipinta sekiranya tersilap kata dan tingkah.
Tiada harta yang lebih bernilai dari ikatan kekeluargaan.

Tuesday, September 8, 2009

Maaf Zahir Batin

ASSALAMUALAIKUM

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2009,
Maaf Zahir Batin,
Dari: Pak Chaq
Mak Chaq
Nuril Aiman
Nur Asna
Jemput ke rumah. Kalau rancang memang tak jadi atau payah. Sila datang saja, rancang kemudian.

Salam.






Sunday, September 6, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum w.b.t


Erin kata, "ayah, hantar lar kad raya yer yah..."

Alisya kata pula, "mana ada orang hantar kad raya, awal lagi..."

Abang Long kata, "kita hantar masa beraya, baru syok..!!"


Iqbal dengan Naufal...ada perkembangan, go head gostan dah laju...! Salah parking selalu bawah kerusi rotan...


Apapun... selamat berpuasa kepada anak-anak menakan Pak Ngah semua...... yang yang yok jugak.. ada kaaaa ?

Saturday, September 5, 2009

14th. Ramadhan......



Salam Ramadhan pada semua.....

Sekejap saja, kita dah 2 minggu menjalankan ibadah puasa. Bagi pakndak, tahun ni tahun paling seronok pasai tiap kali nak buka puasa, sentiasa riuh dengan gelagat afif dgn sarah... Dan bulan ni menjadi bulan rahmat krn kakak dan afif makan lebih byk dari bulan2 lain(bila berbuka).... dah lama pakndak duk tunggu saat2 macam ni. Tapi dengan syarat menu utama ayam masak merah. Tak kisah asalkan mau makan!!! (tiap2 hari).

Baru2 ni kita balik berbuka puasa di Ruat, "nak berbuka dgn kak mira..." kata kakak.

Zaim nangis pasai nak "tolong" tok buat cucur badak.






Wajah2 orang berpuasa.....ceria!!!








"Menu yg jarang jumpa, Kerabu Pakurawan dgn kerang..."








"Yg ni x payah cerita......menu wajib!!!"








"Nampak macam sikit ja... cukup ka???








"beli2 tak main..... tok buat sendiri"








Ayam masak merah mesti ada....








"Saat2 menanti waktu berbuka....."






Lepas makan x ada kerja lain...., main!!








Makndak x habis2 dgn kerja dia......