Thursday, July 30, 2009

The Recognition





Sometimes in May '09

"Assalamualaikum En. Amir, ada kat mana?", kedengaran suara halus sedikit cemas dihujung talian Amir.

"Wa'alaikumsalam Kak Bena, awat cemas pagi-pagi ni?", jawab Amir selamba sebab dah biasa sangat dengan Pembantu Pertanian Kawasan Selama itu.
"Ni En Amir, dok mana ni?", suara gelabah bercambur kelam-kabut menjadi-jadi. "Bos Kak Bena nak mai Selama, dia nak pi melawat tapak projek En. Amir. Dok mana ni?", sambung pegawai tersebut.

"Buat dah la depa ni," rungut Amir dalam hati. "Ada area Selama jugak la, tapi on the way ke Bukit Merah kejap," jawab Amir, klentong sebab dia sebenarnya tersangkut kat pejabat Peladang Selama. Banyak pulak baucer baja padi yang nak kena sain.

"Elok tu, mintak toooolong sangat bagi ada kat tapak projek jam 11.30. Tolong la, boleh la na!", rayu Kak Bena, mengharap.

Masa dah tiba... masa yang Amir tunggu-tunggu, nak berdepan dengan Pegawai Pertanian kat tapak projek. Marah sungguh sebab sekian lama menunggu bantuan dari Jabatan Pertanian yang tak kunjung tiba.

"Ok, saya sampai.... tapi mintak jam 12.00", jawab Amir. "Biaq depa tunggu aku pulak", bisik hati Amir, geram, tak sabar nak berkhutbah kat bos tu.


************************************************************************************





Matahari mula nak menghamparkan bahangnya pada segala yang terdedah di muka bumi. Kelihatan empat tubuh manusia berpakaian kemas mundar mandir di laman Rumah Padi (pondok tempat Amir dan Senapi tinggal).

"Assalamualaikum! Maaf la biar bos dok tunggu," jerit Amir yang terlewat 30 min sebaik saja Hilux hitamnya berhenti bawah teduhan pokok kelapa sawit.

Kelihatan 3 orang perempuan yang memang Amir kenali dari Pejabat Pertanian Selama dan seorang lelaki yang agak gempal dok bersantai atas gelegar Rumah Padinya.


"Yang ni kot bos", Amir meneka dalam hati.

"Wa'alaikumsalam, tak pa, silap kami tak bagi tau awal", jawab En. Zul sambil menyambut tangan Amir, salam.

"Yang orang pompuan ni macam tu la... bila kita keluar ja, depa pun pi menyembang mana pun tak tau", kata Amir, lawak standard nak cover bila tak dak orang nak buat air kat tetamu.

Berderai tawa memecah hening Rumah Padi tengahari tu.

"Hummm... macam mana bos?", Amir memula bicara, serius. "Dah 4 paperwork, yang last siap CD untuk slide presentation. Apa lagi saya nak kena buat?", sambung Amir sedikit meninggi suara.

"Ni yang saya datang, nak tengok perkembangan projek. Malangnya peruntukan dah habis", jawab En. Zul dengan gaya seorang pegawai yang profesional.

"Ha ha ha... Kalau setakat nak mai habaq bajet tarak, dok kalut mai buat apa? Talipon lagi senang", sergah Amir sinis dengan loghat Kedah pekat, marah.

"Saya boleh bagi semua alasan, tak payah bos cita", Amir mula melepas geram yang sekian lama dipendam.

"1- Luar Jelapang 2- Luar Skim 3- Peruntukan hanya untuk yang selain dari PADI, bos nak lagi? Saya nak sambung ni...", bebel Amir dengan penuh perasaan, mata dah buntang.

Tiga pegawai dari pejabat Selama, tunduk, mengira lantai batang pinang.

"Sabar En Amir, tujuan saya datang ni nak bagi tau yang saya akan usahakan juga walau macam mana pun. Saya harap En Amir jangan putus asa." jawab En Zul mententeramkan Amir yang kelihatan bengang.

"PUTUS ASA???!!! 5 tahun bos... for the past 5 years I've been struggled tanpa satu sen dari jabatan. You think I'm a quiter???" jerit Amir menunding jari sambil menahan darah Hang Jebat yang membuak di setiap inci tubuhnya. Melayu kalau dah cakap orang putih.... geram habis meter la tu.

"Itu sebab saya datang ni, saya nak pastikan yang projek ni tak terhenti dan kalau saya dapat tolong, jadi tak lah duit tun burn macam tu saja. Saya faham perasaan En Amir", pujuk En Zul.

En Zul menjanjikan perhatian khusus untuk projek Amir, lebihan bajet dari projek lain akan disalurkan sekiranya ada.

"Macam selalu lah, harapan demi harapan", sambut Amir yang mulai lembut.



*************************************************************************************




"Bang! Lama tipon dok bunyi tu!!!", jerit isteri kesayangan kepada Amir yang leka dengan mesin rumput.

Amir menjawab tipon," Assalamualaikum tok ketua, apa cita?".

"Ni Cik Amir, ada sijil dengan hadiah dari PPK untuk Cik Amir, depa bagi masa mesyuarat agung ari tu", kata tok ketua Kg Sg Star yang juga ketua unit PPK kawasan projek Amir.

"Tu ka?? Tak pa, Tok Ketua simpan dulu, saya kat Yan ni. Nanti saya ambik", jawab Amir. "Sijil apa tu?" sambung Amir ingin tau.

"Langganan Tertinggi, saya pun tak tuuu apa dia," jawab tok ketua dengan loghat Selama.

"Sah depa nak pemain aku ni, mentang-mentang aku utang banyak," bisik hati Amir.



*************************************************************************************

Sometimes in July '09



Nokia E71 Amir bergetar sambil mendendangkan lagu "Sultan of Swing" kegemarannya.

"Assalamualaikum En Amir, ada kat mana? Boleh mai Selama dak?" kata Kak Bena dari Jabatan Pertanian.

"Dia buat lagi... adihhhhhh", rungut hati Amir.

"Awat Kak? Hari ni ka? Kalut la, ari ni saya kat office Penang," jawab Amir tertanya-tanya.

"Ni nak habaq, ada bajet bos bagi RM19,500 dulu. Sapa boleh tunjuk, ukur parit yang En Amir nak buat tu? Kak Bena kena tau ari ni. Nak buat macam mana ni??", jawab Kak Bena dengan nada cemasnya.

"ALHAMDULLILAH!!!! Yezzzzzzzzz!!!!!!!!!, it's coming, it's coming", jerit Amir dalam hati sambil melompat dari kerusi kat officenya. Semua orang tercengang.

"Ala Kak Bena, relax, jangan kelam kabut. Sat lagi saya contact abang Pi. Dia ada sana," ujar Amir mententeramkan Kak Bena, lagak seorang problem solver.



*************************************************************************************

The Recognition

Pajero Amir berusia 15 tahun, masih gagah melanyak jalan-jalan batu di Kg Damak, tapak kedua projek Amir. Senapi tersenyum puas....

"Alamak!!! Tok Ketua la...", jerit Amir kat Senapi bila mereka berselisih dengan tok ketua yang bermotorsikal. "Dia patah balik la...", sambung Amir lagi sambil merenung cermin pandang belakang.

"Maaf la tok ketua, saya kalut sungguh. Ni kami baru balik dari Damak," sambil menunjuk seluar yang penuh selut kat tok ketua. "Terlupa nak pi ambik sijil," sambung Amir nak cover line.

Pajero meluru ke arah rumah tok ketua membontoti motorsikal krissnya.


*************************************************************************************

"Cik Amir, semua dah ok. Duit dah ON, kontraktor dah pi tengok. Tunggu nak buat je," Kak Bena bercerita dengan penuh semangat melalui talifon.

"Parit kita korek, hutan kita cuci... gelong yang Cik Amir mintak tu pun masuk sekali, tahun depan kita minta lagi" beria-ia Kak Bena bercerita.

Amir terkedu... sujud syukur. Alhamdulillah! Akhirnya......



5 comments:

Azura Abdul said...

Bravo bro... hebat abang den sorang nih! Nak tanya sikit... Langganan Ahli Tertinggi tu apo ko bondo eh?

anchak said...

Salam,
Itu kira bonus saja tu kan? Nak kira, dah buat sendiri dah semuanya.
Dah boleh bentang kertas kerja untuk sesi lawatan sambil belajar dah kut?
Encik Azmir, tolong bagi nasihat, atau pun bentang kertas kerja ka, agenda ka, untuk lawatan ke Sawah Selama encik.
Apa jenis buah-buahan dari situ yang ada?
Salam

Ancik said...

Salam jugak...

Jangan lupa masukan sekali specis ikan yg terdapat di bendang sana nun...

Boleh main casting ka... atau pakai umpanka... atau meghelau saja ka.. habaq mai !!

Anteh said...

Langganan tertinggi...
PPK ni satu agensi yg kena buat duit... dgn kata lain, depa pun kena berniaga juga. Dulu anteh dok bayaq cash kat kedai bila beli racun ka apa2 la. PPK mintak anteh beli dari depa, so boleh sama2 bisnes la konon. So, simple trick... anteh klentong kata dapat kredit dari tauke cina (padahal klentong). Depa pun offer kredit kat anteh... kan untung tu, tiba2 je dapat buku 555 (utang) dari PPK. Selamat duit den. Bila dah luas tapak projek, maka utang pun byk... tapi x pernah x bayaq sebab tolak duit subsidi padi (yg sememangnya kerajaan kasi). You see!!! Satu sen pun anteh x pernah bayaq kat depa, tapi "gov.com" yg bayorkan, he he he. Tu la cite sijil tuuuu

Azura Abdul said...

ooooo....paham!