Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarokatuh!!!
Segala puji tertentu hanya untuk Allah Subhanahuwata'ala.
Alhamdulillah, pertama sekali anteh ingin mengucapkan tahniah kat Njang yang telah mewujudkan blog La' Merapoh D'Ruat ni. Moga2 dgn wujudnya blog ni, keluarga kita jadi lebih rapat dan sentiasa dapat update hal family masing2.
Seperkara yang mengkagumkan anteh... Ancik kita yang tercampak kat negeri bawah bayu nuuuu... kalau kita kenang sejarah keluarga kita, masa kecik2 dulu... tahun2 akedemik sampailah kita menempa kerjaya masing2, kiranya Ancik kita ni lah yang agak few step behind. Ironiknya, Ancik lah yang pertama buat blog sendiri. For that I solute you my big brother (since you're the biggest in family, he he he). Itulah hikmahnya kalau dah terpaksa berdikari... makin canggih abang aku tu. Bak kata Poziah Latip, " masa merubah segalanya".
All the best to all... mengkalu rajin, aku rasa nak kongsi dengan semua tentang perjalanan projek aku ni. Biaq hampa semua paham perit jerih aku yang Allah Ta'ala bagi jadi hensem macam ni ( fehhh, perasaanku). Rasanya dah memang ada dalam darah aku (yg terpilih la kononnya ni) sebagai anak cucu Tok Saaud (moga Allah mencucuri rahmat pada rohnya) yang dok memugar, buka tanah kat Megat Dewa... turun mai kat Pak Lang Mat, memugar kat Endau Rompin... bawak pi kat Pakcik Ngat memugar kat Parit Gajah Mati, Seberang Perak... la ni pas kat aku plak. Cuma aku ni beza sikit la, zaman dah berubah.
Wassalam
2 comments:
Ha.... Jangan pandang ku sebelah mata... lu sambung la sendiri...
Zaman dah berubah. Minda semua kena ubah ikut zaman. NAk besarkan anak pun kena ikut zaman... Depa lagi laju dari kita... umur 3 tahun dah mintak Ummi nak main tenet! Lagi 10 tahun tak tau lamacam mana...
Tahniah to Anteh berjaya membolos dunia blogging! Yey!!!!
Macam org panjat pokok nyiok lar... kalau dok takat tu sampai 7 jumaat pun tak sampai-sampai.. Tapi apa pun welkam to Anteh, kalau baca blog ancik tu tgh sablah mata dah lar yer..
Errrrr.. nak tanya sket neh.. blog tu apa diaaaaa ?????
Post a Comment