Assalamualaikum,
Masa adalah antara perkara utama yang kita tiada keistimewaan. Kita tak cukup duit pun mungkin kerana tiada cukup masa untuk kumpul duit. Itu sebabnya kita cuma boleh pergi tempat tertentu pada masa tertentu saja.
Sementara tunggu bulan 3 sampai, mungkin sapa-sapa ada idea tertentu yang convenient untuk dibuat. Contohnya, mari kita huraikan sedikit:
1. Planned Agenda – If any.
Cadangkan tiap-tiap orang sediakan proposal dalam blog post macam kak njang buat tu.:
Anchik mungkin nak cadang Rumah Rakit di Pulau Indah- aktiviti memancing dan ikan bakar kut, dalam masa yang terdekat ni.
Asna jemput sesiapa yang available untuk datang melihat Demonstrasi Scuba Ranger dia (naik level) di K Klub Taman Melawati - antara 9.00 am- 12.00pm hari Ahad 15/11/09. Kalau datang bawak la baju mandi sekali.
Pak Teh ada rancangan untuk Selama, mungkin dia nak brief kita sikit tentang rangka agenda dia supaya kita terliur?
Pak Ndak macammana?
2. Proposed event’s date.
Tarikh pun penting juga kalau mahu semua hadir- tapi masih boleh diatur kut.
3. Activities available.
Apa activity yang nak dibuat?
Meneroka hutan?
Memancing dan bakar ikan?
Ramai-ramai datang buat Discovery Scuba di swimming pool? Eddy mungkin nak refresh?
4. Duration of traveling detail.
Jarak dan duration perjalanan pun perlu diagak supaya pertemuan boleh diselaraskan.
5. Surrounding area description.
Itu boleh dipaparkan oleh yang pernah pergi dalam blog.
6. Closest potential interesting places
Lagi banyak cadangan lagi bagus. Anchaq rasa, tempat yang available untuk day trip akan jadi berguna jugak.
7. Whether the event only happen if all attended?
Tak semestinya semua hadir baru boleh jadi, 2 family pun mungkin dah boleh.- kat rumah Anchaq- he,he.
8.Whether the transportation is efficient.
Pengangkutan tu kena pakat-pakat la pulak, tapi kalau tak masuk hutan, kereta apa pun tak pa.
Mai bakaq talapia pun boleh jugak- kalau habih talapia dalam kolam, dan kalau Patin pu kita bantai, tak payah bagi makan dah.
Assalamualaikum.