Friday, August 28, 2009

Hanya renungan.....



Assalamualikum....

Petang2 posa ni Pakndak cuma nak kita semua renungkan gambar2 ni..... Bertapa jauh bezanya zaman kita dulu dengan sekarang. he..he... (mungkin ada sama sikit2)





"Sarah dgn afif peminat setia buah tempatan...."
"Zaim..... gaya tersendiri!"
"SELAMAT BERBUKA PUASA"

Thursday, August 27, 2009

Khutbah Terakhir

Assalamualaikum,
Khutbah Jumaat sebenarnya lebih separuh umat Islam tak pernah dengaq. Yang pi duduk dalam masjid pun tak tentu bagi perhatian.
Tambahan pula Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.



KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.





WASIAT RASULULLAH S.A.W.

“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.

Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah
Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa
Juga pun”.

Kalau tuhan baik, kenapa buat neraka



Salam Ramadan buat semua saudara-saudaraku...


Ari ni Anteh dapat satu e-mail, rasanya elok untuk kongsi bersama... di olah menjadi tazkirah Ramadan versi La Merapoh D'Ruat.


***********************************************************************************

Ini kisah benar...


kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,




"... lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga... kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."



Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu... dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung... Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga... Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:
"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga... maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga... perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga... lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak... takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?";

tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."

rungut si gadis. Ustaz tersenyum dan menyoal lagi:

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam. Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang.
Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian... semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.



*************************************************************************************
Ingatlah saudara-saudaraku... zaman telah jauh berubah. Anak-anak kita makin bijak dan petah berbahas, melontarkan pendapat berdasarkan apa yang mereka faham tentang dunia.
Soalnya, apakah dunia sekarang adalah acuan yang cukup baik untuk membentuk anak-anak kita?
Kita tak tau apa yang sedang bermain dalam fikiran depa... apakah cukup benih keIslaman yang kita semai? Apakah cukup kefahaman yang kita beri??

Dunia sekarang terlalu banyak yang menyimpang dari jalanNya, dan godaan-godaan yang kita sendiri pun sukar nak lawan... apa lagi anak-anak.
Bersama-samalah kita memelihara anak-anak dan keluarga kita jauh dari api neraka...

WASSALAM

Friday, August 21, 2009

Tugasan yang gagal

Salam buat semua especially buat Pak Njang Eddy....

Memang Anteh ni kalau diberi assignment yg tak leh copy/paste kompom kantoi.

Ni lah apa yang berlaku untuk Tugasan 4X4 kat TT Hayun... he he.


Citernya buat 2 hari... tapi first day dah janji ngan bebudak & kak Gee nak pi shopping so kantoi. 2nd day ni je yg tinggal belen2 je la.

So, untuk tidak menghampakan Pak Njang Eddy... belen pun boleh lah. Ni je yg ada pun.







Wassalam & Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Friday, August 14, 2009

Cadangan Jangkamasa Panjang

Assalamualaikum...
Nampak gayanya family kita ni lebih dekat bila guna blogspot ni. Apa yang Njang nak cadangkan ni untuk jangka masa panjang.Mungkin untuk kita the third generation sehinggalah ke 6th-7th and so forth.
Blogspot njang tak tau sampai bila Google nak keep it up and running. BUkannya depa dapat untung pun. I'm just afraid nanti google decide to tutup blogspot; what's next?
So... apa kata since dah terbukti keluarga tok melah ni celik IT semua anak cucu; why don't we move on to another step: www.merapohdahan.com? Kat sini kita maintain keluarga masing-masing punya pages. macam contoh yang anchak bagi tu dah cukup cantek menarik tertarik kau memang dabomb!! settle kita punya adik beradik; boleh invite sepupu sepapat yang lain untuk memenuhkan pages kita.
Tapi this is gonna cost us a bit lah. RM200/yr to register/renew domain and web hosting. kalau nak kira kita ada 5 org; so about RM40 setahun; break it to monthly dalam (actually RM3.33333333333) RM3.50 sebulan. kita catu tiap-tiap bulan sorang RM3.5 masuk dlm MayBank2u seseorang and kita bukak domain www.merapohdahan.com
From here we can move on to marketing masing-masing punya product on-line. cik kiah jual buah hulu pun advertise dlm internet la ni tau... kita je yang belum...
Amacam? Anchaq/Kak Chaq? Anchik/Kak Chik? Anteh/Kak Gee? Nuat/Ja? Come on guys...

Tuesday, August 11, 2009

Cadangan untuk Record

Assalamualaikum,
Pak Chaq tak pandai nak pakai family tree dalam internet, jadi Pak Chaq nak cadang macam ni:
Tiap-tiap Family akan prepare satu page seperti contoh di bawah, atau pun kalau ada cadangan yang lebih menarik lagi sila bentangkan. Bila ada masa, sila hantaq ke e-mail Pak Chaq/Mak Chaq azie_man95@yahoo.com
Lepas tu tiap-tiap page kita letak bawah folder ABDUL MAT x RAMLAH SAAUD. Sepupu lain pun kalau depa buat yang sama, boleh cantum dan letak bawah MAT SALEH x ROKIYAH..... SAAUD x HALIMAH ....ingat-ingat lupa.

Contoh:

Nor Hazman Abdul x Nor Azima Abdul
Birth: 1968
Alamat: No. 2, Jalan 3/12, Bandar Tasik Puteri, Rawang, 68000
Telephone: 0122140250
E-mail: azie_man95@yahoo.com

Nuril Aiman

Birth: 1996

Alamat:

Telephone:

E-mail:

Nur Asna

Birth: 2001

Alamat:

Telephone:

E-mail:

Kalau sapa-sapa tau mana-mana sofware yang bole pakai, cuba masukan diri sendiri dulu sebagai contoh supaya Pak Chaq boleh tiru,
mana-mana pun boleh.

Salam