Tuesday, June 30, 2009

Apa anak-anak kata?

Assalamualaikum,
KITA DAH TENGOK DI MANA-MANA. KITA INGAT KA APA YANG KITA LIHAT?
Cuba tengok beza antara visual-visual ni:

Complaining on bed? Think of others
Thankful to have shoes! Think of others

Mak ayah kuat berleterlah! Think of others

Pisang emas dibawak belayar, masak sebijik di dalam perahu, orang dulu-dulu merantau untuk belajar, kita sekarang belajar di rumah pun tak tentu mahu. Think of others

Kenapa tak mau makan apa yang mak masak ni? Think of others
Have people been fair to you? Think of others

Traffic system in Malaysia 'teruk' is it not? Think of others

Am I suffering here in Malaysia? Think of others

Dah mengaku kalah setakat ni? How others do it?

Do you feel too lonely? You are not alone

Your salary is too low? You are not alone

Are you still unhappy? Was is that bad?













Thursday, June 25, 2009

It's been 12 years...

Assalamualaikum to all...
Sedar tak sedar diam tak diam dah 12 tahun ayah pergi. Dah 12 tahun mak tak de teman. macam mana agaknya kalau kita yang hilang teman...
Al-Fatihah...

Wednesday, June 24, 2009

Google Survey

Salam utk semua...

Tu, Pak Chaq dah bagi tugas... Pak Teh mana mau kalah...

Rumah Tok kat Yan, 5 46' 9.21" N ; 100 22' 9.58"E.

Ke Banding Lake at 5 32' 38.43" N ; 101 19' 59.77"E.

Air distance ( I mean straight line ler ) 109.45 km.

Dari Sri Malaysia Taiping at 4 51' 39.1" N ; 100 44' 59.82" E @ 99.3km

aka... lebih kurang sama jauh la

Thursday, June 18, 2009

Penggal Kedua



Assalamualaikum,


Pak Chaq ucapkan pada anak-anak penakan yang dah mulakan sessi kedua sekolah tahun ni.


Selamat belajar bersungguh-sungguh. Mata pelajaran macammana? Walau apa pun keputusan yang kita dapat dalam tiap-tiap mata pelajaran, perjalanan proses pembelajaran tu yang penting. Apa yang kita dapat tangkap itu yang berguna.


Pak Chaq contohnya, suka alam sekitar, tapi Geografi dapat C6? (ingat-ingat lupa). 'Camping' suka tapi skill 'camping' tak cekap- harap trial & error saja.


Cuba teka ini map di mana? Pak Chaq tak pandai nak cari-cari ni.


Saja suka-suka PakChaq nak buat senarai untuk santapan minda, some thing to look forward to:

Kat Taiping ada Hotel Sri Malaysia (ada swimming pool kecik)

Kat Selama ada Pakteh, dan ada Mini Dam- nanti Pak Teh boleh bagi taklimat terperinci kut?

Ikut highway Kuala Kangsar Grik boleh sampai Tasik Banding- ada Banding Island Resort. Itu sudah pintu masuk Royal Belum National Park.

Pak Chaq agak-agaknya lah, jarak perjalanan dari Taiping ke Tasik Banding, dan dari Yan ke Tasik Banding lebih hampir-hampir sama kut. Mungkin Pak Teh boleh ukuq?

Dalam masa 1 tahun lagi mungkin jalan lebih selesa.

Kalau Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang dan Pak Ndak yang lebih celik IT mungkin boleh compile maklumat dan perincian yang berguna dari segi topik di atas, bukan saja untuk faedah perjalanan, bahkan juga untuk pengetahuan am Geography anak-anak kita. Bila posting, cuba present maklumat yang berkaitan. Satu topik?
Salah satu nak bagi menarik perjalanan ialah dengan melihat ia dalam dimensi dan format yang berlainan.
Assalamualaikum.

Monday, June 15, 2009

Misyen Komplisyen... II

Assalamualaikum.... 13-June-2009 Barang-barang anchik dia sampai...

So nya; misyen kedua... punggah barang!!!














Tengok sapa yang dok pening kepala nak angkut yang mana dulu????

Superman kita la... Sapa lagi...



Antara barang-barang yang telah dipunggah...















The trios.... Superman, Batman and Spiderman....














Tengok tu... sibuk jugak...Catwoman konon
Last-last... Abg Haiqal jugak yang nak kena surung dia...



















Tengok sapa ada kat belakang kotak tuh!!!
















Haiqal rupanya...














Baguslah haiqal... boleh tolong ibu & ayah jaga adik-adik... Alhamdulillah lepas ni harap-harap selesa semua lah; dah boleh dok atas kerusi; tidur atas katil, dah ada kipas, peti ais; mesin basuh pun dah sampai...

Gambar-gambar tu semua credit to Tasha... Mak Njang tak dan nak tengok sesi punggah memunggah... the duos tu domam... nasib baik gilir-gilir tido... dibuatnya serentak tak tido; mau masak jugak den!!!
Kak Chik; D'Domestic Manager... mestilah sibuk melayan apa nak letak mana; mana nak bukak dulu; mana nak tolak tepi dulu; eh; ubat anak dok tang mana... ha! Semua dia kena jaga.... he he he...

To Kak Gee & Kak Chik; sapa kata kita tak dak keje... Domestic Manager/Director tu... fuh! 24/7 gua cakap lu... Mau kalu nak bayaq OT; tak terbayaq... Ha!!! Anak-anak buah; dan anak-anak ummi... bila last kome semua cium mak masing-masing?

So; tu je la kot. Lepas ni tak tau bila lagi nak jumpa you all... sekolah dah start; maka bermulalah another episod terkejar sana terkejar sini sampai next cuti sekolah... posa pulak... Okay you all... selamat menyambut Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi...

Sunday, June 7, 2009

Pak Ngah Lah Yang Balik..........


Assalamualaikum w.b.t

5 tahun 1 bulan 3 minggu 4 1/2 hari lamanya Pak Ngah sekeluarga di Negeri Di Bawah Bayu (Sabah Darul Aman adanya..) selama tu juga lar pak ngah sekeluarga dah tempuhi mcm2 pengalaman di tmpt orang....... Alhamdulillah dah sampai balik ke MALAYA

Mak Njang kata tak sempat amik pic kat airport...ni ha pak ngah ada amik 2-3 keping masa kat LCCT 30/05/2009 ari tuh....

Mak Ngah keletihan..masa dok tengah tunggu pak teh, pak njang, mak njang, tok Melah mai ambik pak ngah sekeluarga di airport...

tediaaaaa banyak sungguh barang yg pak ngah bawak balik.... over weight juga neh.. rabakkkk pitihhhhhh..huhuhuhu

Lepaih tu semua pakat pi bertapa kat rumah pak ngah walau semua manco mcm tau jalan... ghuper2nya semua kantoi...sosek baghet kato oghang negori, jauh sungguh bukit jalil tu yer... hahahaha. Pic yg kat rumah pak ngah hari tu tengok lar entry yang mak njang masukan baru2 ni....

minggu ni plak 07/06/2009.... mak njang sekeluarga sampai kerumah pak ngah..... bkn nya selalu dtg so bermula lar acara tanpa dirancang...di antaranya jeng....jengg...jengggggggg...

untuk kaum ibu, acara menukar pampers Iqbal dan Naufal antara mak njang dan mak ngah..... tak ada pic kerana acara ini agak ganas 18sx jadi tidak diluluskan oleh pihak penganjur....

acara kedua juga untuk kaum ibu... menghayun buaian siapa yang tido dulu... Iqbal atau Naufal, silap-silap mak dia yg tido dulu..!!

acara untuk anak-anak.... lawan sms sapa yang cepat

acara berkuda sambil minum air

acara awak ambik gambar kita, kita teropong awak....

untuk ibu bapa plak acara kuak lentang...biasa lar bila dah kenyang..!!!

dah penat beracara apa lagi...makan lar kita...

penat melayan bebudak...mak njang dan pak njang bawak bebudak jenjalan pi KL... mana depa pi pun tak tau... hingga ke entry ini di masukan depa tak balik2 lagi....


Masa Berlalu.....

Sabtu, 6hb. Jun 2009; Sedar tak sedar masa cepat berlalu... Kakak dah sambut birthday dia yang ke-8 smlm.. Walaupun majlis tu sungguh ringkas hanya jemput kawan dia terdekat ja... krn keadaan yang yg x sesuai (pakat dok demam), tp Alhamdulillah.... hajat kakak nak majlis tu tercapai jgk. Mau tak nya, seminggu tu kira dok bilang hari ja....
Apapun, bila mai masa ni baru teringat, yg umur kita makin bertambah.... tambah pulak dok pi sek. masuk mesyuarat PIBG pulak he..he.. Dah besar rupanya anak aku niiiiii.. kalau tak, rasa macam baru je lepa masuk tadika...
Pada anak buah pakndak semua... tak pi jalan2 ka cuti sekolah ni..... Cuti kali ni, pakndak dok rumah je... pakat dok x sihat je.. demam dok lompat dari sorang ke sorang... la ni giliran pakndak pulak. Zaim biasala.... menambah kemahiran dia dok stund sana sini..... Dia dah advance.. Dah 2 kali parut kat kepala, pakndak dulu sekali je.....
"Zaim... dengan gaya tersendiri(plaster kat dahi..)"

Monday, June 1, 2009

Misyen Komplisyen...


Kepulangan yang dinantikan...

Sorry la camera-man tak pro...
Punya excited; lupa nak snap masa kat airport....









Maklumlah dah lama tak balik rumah; cari pagaq depan tak jumpak...singgah makan satay dulu..

Sambil tunggu satay...
Haiqal dok jaga Naufal...
Natra & Erin dok main tutup mangkuk kuah satay...
Alisya pulak dok tension satay tak sampai-sampai lagi...









Dah sampai; mak kupaih pelam... tengok tuh! kulit lagi banyak dari isi... boleh ka? tak dan nak tengok dalam pinggan; dah habih dulu... sapa punya keja la tu...

Kat tepi tu antara barang-barang yang diangkut... gambaq beg lupa nak ambik...

Tengok sapa yang paling seronok...














Hmmm... Dok terlentang macam ni tak tau mana satu Iqbal mana satu Naufal...







To Anchik, Kak Chik, Haiqal, Alisya, Erin, Iqbal & Naufal: Welcome HOME!!! BIla dah settle down nanti meh le ke Melaka... kita naik bot!