Sunday, November 21, 2010

"Sate Korban" Nov'10


Assalamualaikum...........!
Selamat Hari Raya Korban buat anak2 buah Pak Ndak semua..... walaupun kali ni x ramai yang balik...
Terima kasih kpd Pak Njang yg balik awai sebelum raya....skurang2nya riuh juga rumah tok kedah thn ni. Cuma sebelum raya kami sibuk keja lagi dan sarah & apit pi sekolah lagi...

Sini pak ndak nak kongsi aktiviti yang pakteh anjurkan sabtu baru ni... "bakar sate korban".
Nak makan tu memang syok, tapi nak buat tu memang seksa.... nak potong... nak cucuk... dan nak bakar.... ambik masa la jugak.
Tapiiii...... bila dah bakar je....habis! , bakar je....habis! x sempat nak tengok... he..he...
Kalau la Pak njang cuti panjang sikit hari tu, boleh join sekali kami..... Tak pa... lain masa kita set sekali lagi macam ni..., lagi ramai lagi best.....
Walau apa2pun, semua seronok berhimpun sekali-sekala, pak ndak ni kata je dok dekat kedah, tapi nak jumpa pakteh sebulan skali pun susah......he he.






Penasihat aktiviti, resepi sate x leh lawan punya......







Acara lawan makan sate...sapa yang menang! , tengok perut le..!



Pelapis bakar sate....! ada bakat tu...
Okey...! jumpa lagi....


Thursday, October 7, 2010

Miss me???


Eh! Apa kat bawah tu... kaki ummi. Bestnya tepuk-tepuk lantai... nak buat jugak...


















Ummi... lepaslah... biarlah Noqman jalan sendiri...



















Tak nak lepas tak pa lah... Noqman terbang... weeee......









Assalamualaikum semua... Nampak gayanya hajat nak raya haji kat ruat tak kesampaian... lepas raya baru result upsr keluaq... mak kata tunggu cuti teruih la... we'll see... harap anteh and nuat tak busy cuti panjang nanti kot no...

Friday, September 17, 2010


Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya semua di mana sahaja anda berada sekarang, he,he.
Semoga raya kali ini semua dapat bermaafan dengan insan yang tersayang.
Walau di mana saja kita berada, raya tetap sama. Terletak pada kita yang nak meraikannya semacammana!........

Jadi, raya yang baru tiba tu, Anchaq pelik sikit , pasai Mak tak kelam-kabut pun nak pi ke Megat Dewa. ... Jadi punya la lepak kat Ruat, best betul! kena pulak hujan pun lebat jugak, pakat mengadap TV la. Mak beraya pun paling jauh pi Sungai Limau tengok Mak Tom.



Dah tu pulak, Mak tanya bila balik, sebab bila Anchaq nak balik saja baru dia nak pi Megat Dewa. Dah tu pulak suruh tinggai dia di sana.

So, hari Ahad kami pun pi serang Rumah Pak Ndak, semua termasuk Mak pi sekali la. Jadi rumah pun kadang-kadang kosong saja la. Dari rumah Pak Ndak kami pi Carnival untuk mandi kolam. Seronok dan basah lencun, makan pun dalam ayaq.

Pak Chaq depa yang main ayaq lebih!.....

Anyway, selamat bercuti bagi yang masih bercuti!.... Pak Chaq dah start kerja.
Salam







Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya...

sori to all sebab tasha tak dapat nak balik Ruat raya tahun ni....
UPSR dah dekat... so, tasha harap korang semua doakan tasha and haikal dpat keputusan yang cemerlang for UPSR nanti ^_^...

Pak ngah dah post dia punya kad raya...
Ini dia, tasha nak post kami punya kad raya...

p/s: Jangan lupa datang rumah k... ^_^

Sunday, August 22, 2010