Showing posts with label Anteh. Show all posts
Showing posts with label Anteh. Show all posts

Friday, April 30, 2010

Dulu dan Kini

Salam untuk semua saudaraku sekalian...

Fuhhh... lepas balik FH, skali pun tak menulis kat blog ni, naik ketagih plak. Maaf sebab lama tak menitip sebarang cerita... makanya hari ni Anteh nak brought out something untuk sama-sama kita fikir.


Mudah2an jadi sedikit ilmu untuk anak2 kita semua.


Kita ni sebagai orang Melayu sejati, boleh kata hari2 makan nasi. Dah jadi sinonim, kalau dgn
orang tua kita pi melawat atau ziarah ke rumah sapa2....
"Makan nasik dak lagi?"... "Jangan balik dulu, makan nasik tengahari kat sini"... "Ish!!! Hari ni nak masak lauk apa tak tau nak guu dengan nasik?".... ayat2 biasa yang selalu kita dengar.

TAPI !!!!!!
Pernah tak kita pikiaq, mana mai nasi tu? Kita yang tua2 ni yang dok kena beli beras bawak balik rumah, memang la tau.... apahal dengan anak2 kita? Sejauh mana depa tau kisah nasi yang asalnya dari beras yang datangnya dari pokok padi???? Meh Pak teh cerita sikit, dari pengalaman Pak Teh untuk anak2 semua...

"KINI"


Padi bermula dengan beberapa siri proses dari penyediaan tapak, menabur, penjagaan dan menuai hasil. Very straight forward punya cerita. Rasanya, semua biasa tengok orang buat

bendang...
.... kita skip bab ni.

Masuk bab menuai... la ni semua pakai mesin (harvester). Tang bab ni rasanya, semua main tengok kok jauh je...

tau2 padi dah masuk lori.

Tak ramai yang ambil kisah dengan mesin yang selalunya popular dengan warna kuning ni macam sebuah "kilang bergerak"... kerat, pukoi, ayak last sekali, padi je yang naik lori. Hantaq pi kilang, proses jadi beras.

Easy... kan? Senangnye.... macam mana orang dulu2 buat untuk dapatkan beras???

Ni lah citanye yang Pak Teh nak share untuk semua...
"DULU"

Secara manual je orang dulu mengerat padi. Pak Chaq, Pak Ngah, Mak Njang & Pak Ndak tentu masih ingat.
Kerat2, lungguk buat kedap. Kedap tu apa??? Padi yang dah kerat, kita kumpulkan setempat, selunggok, selunggok.... kedap la namanya tu.

Pastu pi memukoi kat tong padi yang ada layar tu...




Pak Teh dapat peluang merasa benda2 ni. Baru2 ni, lepas ambik padi kat Selama... ada few area yang mesin tak leh masuk, so Anteh & Cik Pi decide nak buat beras sendiri.



Cik Pi mengerat.... dia buat kedap padi banyak2, dia mai longgok banyak2 kat Anteh.





Kerja Anteh, pukoi......










pukoi......dan
pukoi lagi.


Walau pun tak memukoi macam orang dulu2, pakai tong tu, belasah pakai pelepah sawit pun boleh lah... asasnya sama je... nak lerai kan padi dari tangkai.
Satu teknik lagi, depa panggil 'irik'... yang ramai2 orang pompuan dok pijak tu. still asasnya sama je, kasi relai itu padi dari tangkainya.

Lepas tu jemur bagi kering.


Dah kering, kena uroi... nak keluarkan semua sampah, jerami, hampa...








so yang tinggal cuma padi yang betoi2 bernas saje. Masih pakai cara lama, kena tunggu angin tiup dulu baru boleh buat kerja.





Part ni sapa nak merasa miang padi boleh la cuba... gamak tak tahan dok jauh, jangan dok ikut arah angin.


Dah siap semua... kita orang pack and back tu square one... pi cari kilang jugak, kisar buat beras. Lesung tumbok padi rasanya dah pupus kot.
Cumanya kilang ni kecik je, just to serve org2 yang buat beras sendiri. Kat Selama ni, masih ada lagi orang yang tanam padi, untuk tujuan makan saja. Tak pernah jual. So, tak heran la kalau masih ada kilang2 beras yang kecik2.




Terlintas kat hati ni....


Apa kata, kita masukkan dalam kalendar Merapoh Dahan untuk aktiviti luar anak2. Kasi dia orang expose sikit cara-cara kampung ni. Anteh tengah plan nak sewa sebuah rumah kampung yang paling dekat dengan bendang Damak. Kalau jadi, boleh kita buat tempat gathering.




Seronok hidup cara kampung ni...



selalu bila musim menuai bererti musim burung2 jugak. Siang hari sebok dengan padi... petang & senja kerja tangkap burung.










Ada ayam2, ruak2, puyuh, belibis... macam2 lah.











Malam bila tak da kerja....











yeah!!!! Bihun sup burung ayam2.








Come and feel the adventure with me.....
Wassalam

Friday, August 21, 2009

Tugasan yang gagal

Salam buat semua especially buat Pak Njang Eddy....

Memang Anteh ni kalau diberi assignment yg tak leh copy/paste kompom kantoi.

Ni lah apa yang berlaku untuk Tugasan 4X4 kat TT Hayun... he he.


Citernya buat 2 hari... tapi first day dah janji ngan bebudak & kak Gee nak pi shopping so kantoi. 2nd day ni je yg tinggal belen2 je la.

So, untuk tidak menghampakan Pak Njang Eddy... belen pun boleh lah. Ni je yg ada pun.







Wassalam & Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak

Friday, March 20, 2009

I'm Here

Salam untuk semua sedara Pak Teh.

Pemula kata... Nak minta maaf dulu sebab rasanya lepas balik Sg Sendat trus senyap sampai la ni... so, whatever reason Anteh bagi pun is just a reason lah... kan, kan? He he he...
Tak pa... where ever I go, what ever I do, I still monitoring La Merapoh D'Ruat.

Semua tau kan, Pak Teh hampa ni banyak sangat commitment nye... so, I've to deal with it somehow.
__________________________________________________________________
Anchaq: Xcellent trip for your family... tak pa, pi dulu... when time comes..... I'LL FOLLOWWWW!!!!
__________________________________________________________________
Nuat: Jalan, jangan tak jalan... sementara boleh boh je, bot ka, bus double decker ka, hantam je... janji bebudak syok.
__________________________________________________________________
Anchik: I tabik spring kat you la brader!!! Somehow Anchik manage to educate anak just the way it should be. Keep it up brader.
__________________________________________________________________
Haa... ni cite Anteh plak over the weekend... and only this particular weekend je, he he he. Sebab, 16-18/03/09 Anteh dah attend course kat PJ. Kesian anak2 aku...



14/3/09... Ipar den kawin, Mohd Fadzli aka Pae.

"jauh bonar akad nikad eee... Masjid Felda Palong 3, 1H 30min dari Rombau"
"Rombongan? 17 buah keta... engkao. Jammed dari simpang ke simpang tuuuu"




15/03/09 kenduri kat Mampong

"makan elok2, nampak along kou mandang kek blakang tu"




Pada yang hadir... Mak, Njang, addy & anak2, Nuat , Ja & anak2.... Anteh sebagai Along kat Mampong ni amat berbesar hati bagi pihak keluarga sebelah sini.



"Eddy... ekau skodeng balik pokok yea!!!"

nampak sapo pogang bunga manggar tu...



One thing anteh syok sangat bila ada kenduri kawin (kat rumah di Mampong ni je la), boleh tonjol bakat Anteh yg dah lama dok mengeram!!

Ye lah!!!
Dulu mana ada AF, so, masa dah berlalu... karaoke free niiii... Boh 2 lagu, riuh sekampung, apa tak nye, Anteh ni kan along aka to' lobai dalam family. He he he. Just for fun... janji tajwid mau kena, cukup harkat, dengung ada sikit, baca je apa yg tertulis kat skrin tu.




Bila lagu ditujukan buat isteri tersayang... sengih sakan la. Dok kat "gedohok", belakang dapur pun sempat lagi lari mai possing.




____________________________________________________________________

Untuk anak buah Pak Teh nun jauh di negeri bawah bayu....

Berapa bosar punyo hati Pak Teh raso bila ado anak buah macam Haikal... teruskan apa yang baik tu.... ingat pesan Pak Teh, " Ilmu tak kan dapat mcm tu je, tak de jalan mudah... kena cari, belajar dan amalkan sepanjang hidup ". Ingat apa Pak Teh kata kat Haikal masa Pak Teh pi hantaq tok ari tu?? Tanggungjawab Haikal makin besar & makin berat, adik2 makin ramai. Haikal kena jadi roll-model untuk adik2. Kalau panjang umur... insyaAllah, once you reached 15th, mai cari Pak Teh... nak "peturun" sereba sikit. Be prepared from now on...

____________________________________________________________________
Selama Dam??

Anteh blum sempat survey... tapi, quide merangkap escord aka pak guard untuk family, Anteh dah set... senapang 2 laras. Dari segi safety... insyaAllah lah. Even nak bagi happenning sikit. Bebudak bior le dgn sungai dia org... Anteh plan nak bagi 2 guide ni bawa lagi member2, so ada group yg menjala ikan & ada yg pi hunting kijang ke pelandok ke... kalau ada rezeki la. Imagine kita punya barbeque...... Somehow nanti Anteh akan pi survey dulu jugak dgn guide yg 2 org ni... Ada byk masa lagi. Lagi pun Anteh akan byk habis masa kat Selama dalam 4-5 bulan ni.

Till next time. Take care... wassalam

p/s: Thanks Njang & Eddy, jaga mak. Mcm passing baton 4 x 400m daaa... Start kat Kedah, pass ke Sabah, back to Melaka... fuhh!!! Bila mau sampai Yan daaa...

Monday, January 5, 2009

KERINGAT~ Episod 2 (Damak)

Salam utk semua Anak2 cucu Hj Abdul~ Al-Fatihah.

Seperti yg dijanjikan, Anteh tgh boring kat opis ni... so, tatapilah "KERINGAT~ Episode ii".

*****************************************************************************************

1. EXT. Beranda Rumah Padi

"Depa mintak tolong usahakan, dah bertahun... tak pernah dapat hasil macam yang depa nak.", jelas Amir pada Senapi bila ditawarkan oleh PPK untuk ambil alih ladang benih mereka.

"Jom pi tengok, jom, jom...", kata Senapi dengan gelojoh.






2. Ext. Tepi tapak ladang benih PPK


"Subhanallah....!!!", spontan, kalimah yang terpacul dari mulut Amir bila mula-mula sampai kat tapak ladang benih yang PPK mintak tolong usahakan.

"Ni ladang benih ka, padang ragut???", sambung Amir lagi disambut dengan gelak besar Senapi yang sedari tadi diam. Mungkin masih terkejut dengan berita yang di bawa Amir bila balik dari pejabat PPK.

"Biasa la tu, mengkalu elok tak kan depa nak bagi kat kita kot???", berderai lagi tawa Senapi dan Amir.

"Kat mana kita pi area sini, pandangan dia serupa ja", sambung Senapi lagi.

"Betoi bang Pi, kaedahnya sama ja. Tanaman padi di integrasikan bersama kerbau secara bergilir-gilir." Gurau Amir dengan nada lebih sinis.

Setiap sudut, ceruk ladang diredah Senapi. Keadaan tanah dikenal pasti. Amir terkial-kial mengejar kat belakang.


3. Ext. Bawah rumpun buluh tepi ladang benih

"Macam mana nak reka ni????", keluh Amir perlahan bila mula melabuh punggung di bawah teduhan buluh.

"Jom balik, malam ni kita plan!!!! ", sahut Amir sambil melompat menuju ke pajeronya yang hampir suku abad.

"Hang tungguuu... ", kata Senapi perlahan, bila pajero mula bergerak sambil memandang ke arah tengah ladang melalui cermin yang dah lama rosak suisnya.


4. Ext. Rumah Padi

"Jadi ka hampa buat kat sana? Sana lagi teruk, kerasss!!!", kata Tok Lah pada Amir dan Senapi yang tengah bersila mengadap kopi O.
Amir tersenyum, tunduk sambil berbisik perlahan pada Senapi... "Dia buat dah Bang Pi oiiii...".

"Minum dulu Tok Lah, kira apa lah. Kopi bujang pun jadi ", kata Senapi cuba ubah tajuk. Amir cukup paham 'trick' Senapi. Elak dulu, tak lepas kalu... balun!!!

"Hak pandai buat pun, tak boleh buat habis. Ni hampa nak pi pulak. Apa hampa nak jamu????", soal Tok Lah sambil sambut kopi yang Senapi hulur.





"Ikut la apa yang ada kat kedai depan tu, kita jamu la bila lapaq", jawab Amir merujuk pada kedai makan yang selalu Senapi beli nasi bungkus.

"Tak kena tak pa...", kata Tok Lah bila sedar di permainkan.

"Tak pa, Amir ada spare panadol banyak!!! Active Fast lagi. Cepat lega!!! ", sambil gelak kecik, Senapi sindir Tok Lah.

Tau kena main lagi, Tok Lah cepat-cepat melompat turun dari beranda rumah padi selepas kopi O dihirup gelojoh.

"Oiii!!! Nak pi mana tu Tok Lah??? Kopi ada lagi ni...", jerit Amir pada Tok Lah, konon-konon nak ajak borak lagi.

"Tengok ciding!!!", jerit Tok Lah dari jauh.

"Ciding apalahhh!!! Kena pukoi dengan panadol hang la tu...", kata Senapi pada Amir yang bersengkongkol pekena Tok Lah. Bederai lagi tawa orang Kedah.

5. Ext. Ladang Benih


"Tu dia, masuk ni 3 kali la no...", keluh Amir pada Senapi yang sama-sama dok perhati pekerja menarik kabel sembur racun rumput.

"Nak buat macam mana, nak tengok rumput berebut dengan padi boleh la...", jawab Senapi mempertahankan tindakannya.

"Minggu depan kita start rotor, benih apa pulak kali ni?", duga Amir.

"Kalau tak dapat 220, cuba 232... padi baru tu." Jawab Senapi.


6. Ext. Ladang benih, penyediaan tapak




"Anak-anak siam ni macam beranak satu uri dengan kubota. Bendang dah jadi darah daging depa dah", Senapi memula bicara bila dia sampai pada Amir yang bertinggung di gigi bendang.

"He he he...", Amir hanya ketawa. "Tu ada karipap sikit. Panggil budak-budak tu, sejuk tak sedap". Sambung Amir.


Senapi melambai pada pekerjanya, lagak tuan kerbau panggil ternakan masuk kandang. Patuh plak tu.

7. Int. Rumah Padi , tengah malam...
"Woi!!!??? Nak pi mana tu??? Nak turun kok mana??? Haram $%#&*^%@ ", jerit Senapi memecah hening malam.
"Awat Bang Pi???," tegur Amir yang terjaga dari tidur, hairan tengok Senapi siap dengan parang lading.
"Dia langkah kita, besar sampai tak muat pintu. Haram sungguh!!!", marah Senapi sebab gangguan tu.
Amir cukup faham perangai Senapi yang tak reti takut dengan benda-benda halus ni. Dengan kain pelikat diikat kemas, sepal tuala dibahu kiri, dengan parang lading tu dia terjun ke laman.
***********************************************************************************
Apakah yang berlaku pada Senapi pada malam itu???
Berjayakah tanah itu di usaha seperti yang dikehendaki PPK?
Berjayakah Amir dan Senapi membuktikan pada PPK bahawa ladang mereka berpotensi untuk dimajukan???
Tunggu sambungan kisah benar ini....
Wassalam.


































































































































































Wednesday, December 31, 2008

Teknologi Melayu

Salam utk semua, especially anak2 buah Pakteh... (cuba lagi sekali)
Aiman, Nana, HAikal, Elisya, Bb, Tasha, Nadia, Natrah, Sarah, Apit & Zaim... last but not least my TRIO Pricess Nafisa.... yezzz!!!! Blum sampai MAkam Tertinggi.

Nak mendidik lagi. Tahukah anak2 buah Pakteh sekalian bahwa banyak khazanah2 ilmu dari kepulauan melayu yg dicedok oleh barat untuk di"komesial"kan??? Terlalu byk ilmu2 yg bangsa kita lupakan dan sengaja tgglkan sebagai khazanah warisan bangsa... tetapi apabila dicedok oleh bangsa asing dan dipaparkan kepada kita semula.... wahhh!!! Dengan terlopongnya kita kagum. Kesian kita kan kan kan...

Saksikan... wayang kulit versi modern


Saturday, December 27, 2008

Layannn

Salam utk anak2 buah Pak Teh....


Aiman, Nana, Haikal, Elisya, Bb, Tasha, Nadia & Natrah... yezzz!!!! Akhirnya dapat jugak ingat semua nama. He he he


Saje nak hilangkan boring pagi2 ni, so nak bagi ilmu sikit kat anak2 buah Pak Teh ni.




Clip 1: Iktibar; next time nak bengis2 bila line slow ke, tak leh online ke, ujan ke line tak elok... pikiaq habis2 nooo. Takut kena belasah pulak. He he he

Thursday, December 25, 2008

The Chippest Way to Rom

Salam utk semua... Cuti sekolah dah nak sampai penghujung, Anteh plak tak punya cuti lagi. Apakan daya. Tapi untuk tak menghampakan anak2, Anteh create juga one day trip utk anak2. So, lepas pack lebih korang, Hilux trus memecut dengan gahnya ke... Rom.... of Malaysia. Bukan tengok Menara condong Pisa, tapi Pagoda condong kat Town Tlk Intan. heh heh heh... Nama pun bebudak, as long boleh gi jalan, happening bagai nak rak.










Tengok tu... batu ladung jam pun jadi modai depa nak posing.












Kalau dah bawa bejalan tu... org pompuan pun manja semacam la. He he he.










Tu... nampak??? Ada tak macam cucu puteri hang li po!!!







Selesai di Tlk Intan, Hilux yg baru di polish tu, trus menderu ke K.Kangsar plak. Anteh kata nak tunjuk kat anak2 apa itu Labu Sayung & macam mana org buat.



Labu Sayung???? Tu dia Kak Ngah dgn terlopong tanya... tapi saja Anteh tak jawab lagi, biar dia tau sendiri.













Tu dia... tanah liat tgh dok adun. Uli cara moden.


















Kak Chik ni sebenarnya trainee, tgh dok blajar buat labu sayung... Kak Ngah terlopong lagi tengok.



















Yg si banggla ni pun trainee jugak... dah 7 bulan dah, tak reti2... nak bubuh cat je. Bengap betoi... sungut in-charge dia le. As usual... Kak Ngah meneruskan lopongan dia...







Nampak tak tahap bengap mamat banggla ni... tuuu... bos dia kasi pasu yg paling kecik je... tak reti2 nak buat elok2. Mmg buta seni dia ni.



Selesai kat situ, kami ke kedai sebelah sbb Mak Teh Gee nak beli labu buat simpan air minum... tiba2 jauh kat belakang, terdengar suara Kak Ngah... (biasa la belakang, dia kan selalu slow je). "Laaa... ingatkan labu sayur (sayur labu la tu), nak tengok la masak mcm mana, tau2 pasu". Kah kah kah... kami pukoi gelak kat dia. Dia buat muka blurrr jer.




Dari kejadian tu, Anteh dapat satu pengajaran... betapa banyak lagi yang anak2 kita tak tau tentang dunia ni. So... instead of just jalan2 bawa depa makan angin, main itu ini... ada baiknya bawa depa ni pi tengok benda2 yg blum tau.



Tapi tak salah kat Angah jugak la, kalau salah faham. Sebabnya sepanjang trip ari tu, Anteh asak dia org dengan makan, makan, makan & makan lagiiii... sampai last dinner kat SP pun asak dgn Yong Tau Foo la bebagai. He he he. Pendek kata tak kasi can lapar langsung. He he he.

Untuk anak2 buah Pak Teh, ajak2 la ayah2 masing2 buat educational trip selalu.

Wassalamu Wailalliqoq...




















Monday, December 22, 2008

Jemputan ke Fiesta Menuai

Salam untuk semua....


Ni Anteh nak jemput semua datang ke "Villa D'Rumah Padi"... Anteh punya homestay kat Selama. Fiesta menuai akan berlangsung insyaAllah somewhere middle to end of Feb'09. Meh le beramai2... Apa yg istimewa??? Mengkalu ada rejeki dapat makan sup burung ruak2 ke, maggi burung ayam2 ke... kadang2 ada gak kengkawan mai campak daging kijang, saja nak buat kenduri bihun sup. Apa yg menarik??? kadang2 ada aktiviti adventure mcm Eddy dok main 4x4 tu... tapi Anteh punya versi lain sikit.


A little bit dirtier, little bit bigger and heavier... he he he.



Ni dah lumrah buat bendang kat kawasan2 hulu.

Kalau setakat nak baraikan machine piece by piece... biasak la tu...









Jom... pakat2 pi.....





Monday, December 15, 2008

Sorotan Lalu


Salam buat semua...
Anteh setuju apa yg Ancaq luahkan. Semua kita adik beradik ada kelebihan & kekurangan masing2. Apa yg penting macam mana kita nak hidup dengan hakikat tu. "Make ourselve usefull to our family". Contribute la apa yang mampu & terdaya... tak semestinya RM.
Cita arwah ayah & mak yg anchaq ketengahkan tu agak menyentuh sanubari Anteh. Diri ni pun pernah alami... satu hari masa Anteh tkt 1, sekolah ada hantar surat disiplin kat rumah bagi tau waris yg Anteh kena hukuman rotan kat bontot 2x. Masa tu Anteh kat sekolah lagi... time nak balik cuti punya suspen. Dgn mak tak takut sangat, dgn arwah ayah??? ntah apa dia nak buat.
Bila balik, masya'Allah... bukak je pagar dah dgr leteran mak. Arwah ayah selamba je dok baca paper kat depan. Sepatah apa pun tak keluar dari mulut dia. Kasi chance kat mak bla, bla, bla. Tapi, mak ligat kat dapur siapkan makan untuk Anteh sambil bla, bla, bla... Bayangkan time makan... ntah le, kenyang makan ke, kenyang telinga. Habis makan arahan mak suruh pi mengadap arwah ayah. Dengan penuh humble... rasa macam tak jejak simen kaki ni, kecut siollll... mak tak abis2 prot pret, prot pret kat belakang Anteh. Saja je dok meniarap depan ayah yg dok baca paper, buat2 tengok TV. Ni kata2 arwah yg Anteh ingat sampai sekarang..."Kata kena rotan, tunjuk nak tengok...". Anteh selak seluar, tunjuk 2 jalur merah kat tepi bontot yg cute ni kat ayah... "Lain kali buat la lagi...". That it??? Itu je... mak terus diam.
Tu la dia ayah kita, tok wan anak2 kita. Totally opposite dgn mak... namun, tujuannya sama, nak mendidik. Hebatnya didikan ayah.... hasilnya, Anteh buat apa pun kat sekolah, tak pernah kena tangkap lagi.... he he he. Renung2kan dan selamat beramal.
Ayah... moga2 rohmu ditempatkan bersama orang-orang beriman... Al-Fatihah

Wednesday, November 12, 2008

Raya D' Melaka

Salam to Tasha, Nadia & Natrah (ye ke nama tu??). Ari tu Pak Teh janji, ni ha Pak Teh upload. Ni Baru sikit, byk lagi. Ntah apahal punya server, byk ni je yang lepas. Nanti Pak Teh tambah lagi.

Bila bab berjalan malam ni, ni la padah nye.... bebudak je yang syonok-syonok, pak budak, mak budak, tok budak.... semua muka naik poyoooo je.