Showing posts with label Dalam Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Dalam Kenangan. Show all posts

Thursday, December 18, 2008

Tu Lah Ayah Kita


Assalamualaikum w.b.t untuk semua……….

Setelah membaca entry yg dimasukan oleh Ancak dan Anteh…Ancik terpanggil untuk mencoretkan serba sedikit sisa-sisa pengalaman bersama arwah ayah….


Itulah ayah kita…. Tak banyak cakap, bila perlu saja baru bersuara. Tentang kena marah (kalau boleh dikategorikan marah) ancak dan anteh tu rasanya baru intro saja. Selama 21 tahun bersama arwah ayah seingat ancik dah tak terkira penampar jepun dan rotan yang ancik makan..!

Subuh… zrapppppttttttttt… berbirat kat tengah belakang, celik mata tgk arwah ayah kat ujung katil tgh jegil mata tak cakap apa pun. Yang ni bahana cari penyakit... balog liat..!

Bawak motor Jamani dgn Kri Busyim pi meniarap kat gon Mat Tampong, merah telinga kena pulaih... yang ni ketegaq piang....

"bawak pi kedai Abon.. repair".. itu saja ayat yang keluar dari mulut arwah ayah.

Ada sekali tu lepaih menang main rugby, besok tu ancik tuang sekolah pi Alor Star, dengan baju sekolah tak bukak, nak enjoy lar kononya (Krie Busyim lar teman setia…apa jadi pun kami dua orang saja). Kena plak masa tu setiap kali ancik kencing sure kuning … so ancik singgah Hospital Besar Alor Setar untuk check, skali doctor kata tak boleh balik sebab ancik kena demam kuning kena masuk wad. Doktor tanya nak talipon siapa, cikgu sekolah atau ibu bapa ? Menggeletar satu badan ancik, kalau talipon cikgu sekolah perkara pertama rotan dah tetap sebab tuang sekolah, lepas tu pihak sekolah akan bagitau ibu bapa jadi panjang cerita.

Dengan hati kering bagi no talipon sekolah arwah ayah kat doctor. Pendek cerita arwah ayah balik ambik mak tros datang hospital…… mak biasa lar dgn airmata tak boleh tinggai, anak masuk hospital… siap bawak segala perkakas, botoi ayaq panaih, milo, susu, kain baju….

Arwah ayah....? Diam membisu… senyap.. marah ke, sedey ker, apa ker ancik pun tak boleh nak agak sebab ancik tak berani pandang arwah ayah…! Yang ancik tau lepas arwah ayah bercerita panjang dgn doktor, pihak hospital pindahkan ancik dari wad 4 ke 2nd class….

Sebelum arwah ayah balik ancik "slow talk" bagi tau yang ancik tuang sekolah… tau apa arwah ayah cakap ?
"tu..?"… itulah ayat yg paling pendek pernah diucapkan arwah ayah !
Dan ayat yg paling panjang arwah ayah ucap kan masa ancik minta pendapat tentang pilihan samada kerja atau sambung berlajar. Ancik dapat waran tiket untuk diserap dalam kerahan tetap dibawah unit 302 infantri, dalam masa yang sama ancik terima tawaran untuk masuk IKM di Lumut.
"Kalau ancik kerja, dengan kelulusan yang ada, sampai ketahap mana yang ancik boleh pergi ? Elok berlajar dulu, dapatkan yang sekeping tu sebagai modal, lepas tu kerja lah "
Alhamdulillah…… terimakasih ayah kerana mencorakan perjalanan hidup ancik !
Yang paling ancik terkilan sekali adalah semasa di saat akhir hayat arwah, masa tu di Hospital Sg Yan. Merupakan kali terakhir ancik ziarah arwah ayah, ancik nak baca ayat yasin, dah pegang surah yassin ni tapi arwah ayah larang ancik baca….! Sampai ke hari ni ancik tak tau kenapa…..
Ancik percaya setiap kejadian ada sebab musabab dan ancik tak nafikan yang ancik banyak ketinggalan dalam segala segi, malah boleh dikategorikan sebagai lembab atau dengan perkataan lebih lembut lagi "useless" dalam bahasa Jawa dan "tak bley pakai" dalam bahasa German….. ancik terima semua tu !
Kenapa….. ?
Kerana satu ayat semilar yg sering ancik terima bila ada perbincangan bersama tak kira pasal keluarga atau apa saja…
"hang tau apaaaa….!"

" tu la hang tak tauuu….!"

"hang dok diam lah, hang bukanya tau apa..!"

Kadang-kadang tu apa yang diperkatakan ancik dijawab dengan memek muka…

Mungkin sifat ancik neh lebih mewarisi perangai mak yang penuh beremosi (21 tahun, kalau ancik tak kenal perangai mak tak tau lar nak ckp apa lagi)…hanya pada mak ancik mengadu, dan mak…. tetap mak kita penuh dengan leteran yang memberi nasihat…

"toksah.. ancik toksah kata apa, biaq pi lar kat depa !".. tu nasihat mak yang ancik ikut sampai la ni…

Bukanya ancik tak nak ambik kesah atau tak nak ambik tau apa yang jadi dalam keluarga kita, tak selalu balik ka, tak selalu talipon ka, ada masalah tanah ka, keluarga bergaduh ka, sebabnya ancik tak payah nak cakap apa kalau ancik cakap pun bukanya terpakai sebab ancik ni bukanya tau apa… jadi, ancik ikut saja, baik bagi semua baik lah bagi ancik !

Akhir sekali ancik nak kata, tak pernah sekalipun ancik bermasam muka dengan adik beradik walaupun ancik kecik hati….ancik terima semua tu juga walaupun menjadi macam orang asing dirumah sendiri !

Kerana ancik berpegang pada pesan arwah ayah…

"dalam hidup kita ada dua antara terpenting, adik beradik dan keluarga"… (ungkapan arwah ayah ni kalau tak salah semasa nak pi cari abg Pat yang tgh merajuk berpuluh tahun dulu)

Maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan entry kali ni, ancik tak pandai nak berkata-kata malah kurang bijak nak menyusun ayat, sekurang-kurangnya ringat sikit kepala ancik kali ni.

Nota:

Kepada anak-anak sedara Pak Ngah semua, berlajar rajin-rajin jadi orang pandai, dengar cakap ibu bapa dan jangan nakal-nakal…. Ingat tu !!!!

Monday, December 15, 2008

Sorotan Lalu


Salam buat semua...
Anteh setuju apa yg Ancaq luahkan. Semua kita adik beradik ada kelebihan & kekurangan masing2. Apa yg penting macam mana kita nak hidup dengan hakikat tu. "Make ourselve usefull to our family". Contribute la apa yang mampu & terdaya... tak semestinya RM.
Cita arwah ayah & mak yg anchaq ketengahkan tu agak menyentuh sanubari Anteh. Diri ni pun pernah alami... satu hari masa Anteh tkt 1, sekolah ada hantar surat disiplin kat rumah bagi tau waris yg Anteh kena hukuman rotan kat bontot 2x. Masa tu Anteh kat sekolah lagi... time nak balik cuti punya suspen. Dgn mak tak takut sangat, dgn arwah ayah??? ntah apa dia nak buat.
Bila balik, masya'Allah... bukak je pagar dah dgr leteran mak. Arwah ayah selamba je dok baca paper kat depan. Sepatah apa pun tak keluar dari mulut dia. Kasi chance kat mak bla, bla, bla. Tapi, mak ligat kat dapur siapkan makan untuk Anteh sambil bla, bla, bla... Bayangkan time makan... ntah le, kenyang makan ke, kenyang telinga. Habis makan arahan mak suruh pi mengadap arwah ayah. Dengan penuh humble... rasa macam tak jejak simen kaki ni, kecut siollll... mak tak abis2 prot pret, prot pret kat belakang Anteh. Saja je dok meniarap depan ayah yg dok baca paper, buat2 tengok TV. Ni kata2 arwah yg Anteh ingat sampai sekarang..."Kata kena rotan, tunjuk nak tengok...". Anteh selak seluar, tunjuk 2 jalur merah kat tepi bontot yg cute ni kat ayah... "Lain kali buat la lagi...". That it??? Itu je... mak terus diam.
Tu la dia ayah kita, tok wan anak2 kita. Totally opposite dgn mak... namun, tujuannya sama, nak mendidik. Hebatnya didikan ayah.... hasilnya, Anteh buat apa pun kat sekolah, tak pernah kena tangkap lagi.... he he he. Renung2kan dan selamat beramal.
Ayah... moga2 rohmu ditempatkan bersama orang-orang beriman... Al-Fatihah

Selingan

Assalamualaikum,

Seingat-ingat Anchaq, Anchaq tak pernah kena marah dengan ayah, sekurang-kurangnya tak rasa dihukum. Anchaq tak tau dengan adik-adik semua. Dalam banyak-banyak tugas ayah yang berbagai catergory, salah satu tugas dia yang Anchaq nampak adalah 'absorb' sedikit-sedikit pressure yang mak 'beam out' supaya hidup ini terasa aman. Kalau adik-adik ingat, ketika hampa terasa kecik hati dulu, adakah kat ayah atau mak, atau bahana diri sendiri? yang mana satu.

Masa Anchaq kena tangkap hisap rokok dulu, Anchaq habaq kat ayah diam-diam sebab sekolah kata nak beritahu ibubapa, mak suspect something tapi tak dibagi tahu oleh ayah. Seingat-ingat Anchaq, mak cerita yang mak tak bercakap dengan ayah sampai lebih seminggu- buat kerja rumah tanpa bersuara. (See, mak yang cerita bukan ayah). Itu adalah contoh 'pressure' yang ayah 'absorb' akibat bahana perbuatan Anchaq yang tak bijak. Anchaq nampak itu sebagai satu kekuatan ayah-kita tak tahu macamana ayah rasa. Dan kalau mak tak cerita, kita tak tahu langsung tentang apa yang ayah buat.


Ayah, seingat dan sepanjang pemerhatian dan penilaian Anchaq, sebenarnya adalah 'buffer zone', ataupun 'safe zone' antara kita, anak-anak dengan mak, supaya pressure yang kita rasa dulu bukannya 'unnaccessary pressure'. Sebab itu, sebab Anchaq rasa Anchaq faham apa yang ayah buatlah Anchaq boleh mengadap dan dengaq dan lepas tu buat tak tahu. Apa-apa bebanan yang terlepas dari bendungan ayah sikit-sikit tulah yang mencorakkan kita, berbekas dan sekurang-kurangnya membentuk perangai kita sekarang. Yang ambil tau, yang nampak macam tak ambik tau, yang balik, yang tak balik,yang balik ikut suka, yang talipon, yang tak talipon, yang available, yang tak available: semuanya kita perlu betul-betul bersyukur.
Mungkin tak semua adik-adik boleh setuju tentang konsep ni, tapi Anchaq tak peduli.

Bersyukur kerana kita sudah cukup bijak untuk memahami bahawa apa kebendaan yang kita ada sikit-sikit ni, hubungan yang kita ada setakat ni, dan kelapangan yang kita nikmati sepanjang hidup, sebenarnya adalah jauh lebih baik dari kebanyakan keluarga-keluarga lain yang sebaliknya.


Bersyukur kerana kita mampu, atau sekurang-kurangnya mengikut kemampuan masing-masing, menunjukkan penghargaan kita terhadap mak, di atas pengorbanannya membesarkan kita, bersyukur kerana kita telah ditunjukkan dengan contoh kasih sayang oleh ayah dan mak, dididik dengan contoh kesabaran dan keredha'an oleh ayah, dan disediakan dengan background kehidupan yang humble supaya kita sedar siapa kita.

Bersyukur juga kerana sekiranya siapa-siapa terlepas untuk melakukan apa-apa yang tersenarai di atas atau pun yang tak tersenarai di atas, masih ada yang boleh, dan akan melakukannya tanpa rasa berat hati atau terianaya. Tak semua keluarga yang kita kenal bernasib baik macam ni. Anchaq cuba mengingatkan anak-anak hakikat ini- tak tahulah boleh berkesan atau tidak.


Ok, untuk anak-anak yang baca ini, ini adalah satu contoh puisi yang tak berbunga dari Pak Chaq. Kirim salam kat mak ayah.
Salam

Tuesday, November 11, 2008

Renungan

Assalamualaikum,

Untuk renungan semua, cuba kita check samada kita tahu atau tidak nama BAPAK - EMAK SAUDARA terdekat kita, dan di mana depa tinggal, atau di mana depa meninggal. Tak payah fikir tentang sepupu-sepupu dulu, dia orang senang dicari.





Mat b. Saleh / Rokiah (Sg. Daun/Ruat)


-Hashim (Ruat)


-Maliah/Jamaliah (Sg. Tiang/Bkt. Tangga)


-Abdul (Ruat)


-Saadiah (Alor Setar/Ruat)


-Ibrahim (Padang Piol (Pahang))







Saaud b. _______________ / Halimah (Sg. Daun/Megat Dewa)


-Saadiah (Sedim)


-Ahmad (Rompin)


-Teh (Megat Dewa)


-Fatimah (Megat Dewa)


-Aminah (Sg. Tekam/Pahang)


-Hassan (Megat Dewa)


-Shaari/Rejab (Megat Dewa)


-Saad (Parit Gajah Mati/Teluk Intan)


-Ramlah (Ruat)





Sambil kita santai di spot yang paling selesa di rumah masing-masing, cuba kita singkap semula sebanyak mana atau sejauh mana kenangan dapat kita bentangkan semula.
Mak, kalau tak ada aral, tolong perbetulkan mana-mana nama yang tertinggal atau yang tersilap masuk, sebab nama-nama orang-orang lama ni kadang-kadang banyak nama, kadang-kadang lain dari dalam IC.

Lain kali kita fikir macam mana nak buat betul-betul.

Salam.










Monday, November 10, 2008

Terima Kasih

Assalamualaikum,

Pada suatu masa dahulu, di tahun 1983 atau 1984 (kalau tahu tahun yang tepat sila betulkan), tak semena-mena semua orang rasa nak ambil gambar. Cuba lihat di background, ruang tetamu ayah lebih kurang begitulah rupanya, di awal-awal. Humble living.

Mamat-mamat lima orang dan sorang minah tu sebenarnya sudah bersiap habis-habisan untuk sesi yang jarang-jarang ini.

Berdiri dari kiri:

Pak Long Jaafar dengan standard baju Pagoda dan track pants.

Pak Chak dengan 2 butang atas terbuka. Sila perhatikan gaya rambut yang seakan-akan jambul, tetapi sebenarnya rambut yang dijelkan, cuma rambut atas degil, masih nak tegak. Perhatikan juga cara berdiri yang senget dan leher yang sikit lentok. (cuba tengok cikgu Don).

Pak Ngah paling tinggi dan paling handsome, dengan gaya rambut paling terkini masa tu.

Pak Teh bukan baru bangun tidor, memang macam tu rupanya sepanjang masa.

Duduk:

Haji Abdul B Mat
Hajjah Ramlah Saaud

Atas lantai:

Mak Njang (no komen)

Pak Ndak agak slim sebelum badan dia naik sikit.


Terima kasih kerana kita masih mempunyai kelapangan untuk berhubung, walaupun dalam bentuk yang berbeza. Bersyukur kerana kita dapat menjalani kehidupan mengikut keupayaan masing-masing, melakukan perkara-perkara yang diminati, dan masih mempunyai masa untuk pasangan dan anak-anak.

Cara mengeratkan silaturrahim dengan berkunjung ke kampung atau bertandang mungkin menjadi semakin sukar sekarang. Rumah Anchak sentiasa terbuka untuk sesiapa yang nak exit di Rawang, untuk R&R buat seketika, jika tak ada masa untuk bermalam, itu pun dah cukup.

Diharap, bila-bila di masa depan, bila kita berpeluang berkumpul dengan jumlah yang lengkap, bolehlah merancang sesuatu yang memorable.

Saturday, November 8, 2008

Detik-Detik Manis........






Assalamualikum..........



Nuat nak kongsi dgn semua detik2 manis arwah semasa di Istana Anak Bukit. Tahun x pasti.... nanti nak tanya mak kalau ingat.










Ogos 1997, UTM Skudai........


Tengok, sungguh ceria ayah masa tu....... Lebih2 lagi bila tengok sampin kita tu.. sama dgn gambar kat atas he..he..


















Semasa baru keluar dewan konvokesyen....... Kenangan bersama mak & ayah.








Ok, sampai sini dulu.... x reti nak taip panjang2.







Wednesday, November 5, 2008

Terkenang Semasa Dulu.....

Buat tatapan semua.....





Ha... Ni dia... Nuat cuma nak kongsi kenangan gambar kita dulu dulu..... Sapa paling kacak.. heee....










masa ni... nuat x ingat apa-apa langsung... ada majlis kat mana pun x tau..... Tengok peruk sapa buncit tu....












Ni raya terakhir bersama arwah.... Masa tu baru ada aiman & Kak Long Nisa aje..

Tahun 1998









Cuba tengok, Zaim dah boleh naik baskal............

Monday, November 3, 2008

Al Fatihah untuk Hj. Abdul B Mat




Assalamualaikum dari:
Nor Hazman Abdul (pak Chak)
Nor Azima Abdul
Nuril Aiman Nor Hazman
Nur Asna Nor Hazman
Allahyarham Hj. Abdul B Mat
Hajjah Ramlah Saaud

Saturday, November 1, 2008

buat kenangan bersama...

Bila sebut saja pasai arwah ayah.... di sini Ancik tringin nak kongsi entry yang pernah dimasukan dalam blog Ancik untuk tatapan semua....

pst : Abang Long tanya, macam mana rupa Tok Wan Abdul, sesapa yg ada gambar arwah tolong add in kan.. kesian cucu-cucu tak penah tgk rupa Tok Wan..!!



***********************************************************



29 Nov 2007 - Pagi itu aku bergegas keluar dengan berbekalkan senaskah yassin...


"..nak kemana tu ancik ?", tanya mak aku..


"..jumpa ayah kejap, nanti mak tolong bagi tahu Lady suruh sarapan dengan anak2 dulu, jangan tunggu ancik..!!", aku berharap dan aku melangkah keluar.


"..assalamualaikum ayah, ancik datang ni.."


"..raya hari tu ancik tak balik, budak-budak sekolah dan ada exam pulak tu, ni lah masa cuti baru dapat balik.."



"..tapi tak pa kan, ancak dgn njang balik juga jenguk ayah lg pun anteh ngan Nuat ada di sini..", aku duduk bersila disisi sambil membaca surah yassin hingga selesai.


"..abang long tahun depan dah masuk tahun 4, kak ngah pula masuk tahun 2, badan kak ngah dah serupa abang long dia dan bb pula sejak petah bercakap nih bertambah nakalnya, cucu-cucu ayah juga..", sambil aku mengutip daun-daun dan bunga-bunga kemboja yang gugur bersepah di persekitaran.


"..ancik ingat lagi pesan ayah tentang hidup, tentang kepuasan hati, tentang segalanya mengenai dunia hanya dengan berpandukan kepada dua perkara penting iaitu AKAL dan AGAMA yang sering ayah ungkapkan bila ancik ada banyak masalah.."


"..memang ancik pada mulanya tertanya-tanya juga pasal dua perkara tu, tapi bila ancik meningkat dewasa dan dah ada keluarga sendiri ancik mula memahami, terimakasih ayah kerana mengajar ancik menjadi seseorang.."


Matahari makin meninggi, cahayanya menembusi dicelahan daun meranti yang pohon nya tumbuh menjulang tinggi.


"..ancik balik dulu ayah, nanti jika ada kelapangan ancik datang lagi, maklumlah sekarang ni ancik kerja di seberang laut, balik hanya bila cuti panjang..", selesai saja aku mencabut rumput yang tumbuh meliar dan persekitaran bersih aku pun melangkah pulang dengan perasaan yang sama seperti tiap kali aku menziarahi pusara ayah, sedih dan rindu....


...bersemadi dengan tenang ayahanda tercinta Hj Abdul Bin Mat, 11 Mei 1938 - 26 Jun 1998