Tuesday, January 12, 2010

Update on Our AGM...


Cakap pasal bilik ni...
Ni nak highlightkan balik lah pilihan yang telah dibuat sebelum kita proceed to the next step - bayau cash!!! Yang tak bestnya depa ni tak terima kad kredit.

Okay...
Up to this point pilihan kita adalah Bungalow 3 bilik; towel 6 sahaja; toilet 2. nak diingatkan bahawa tak semua dapat tido dalam bilik; tak semua akan ada privacy lah. cuma kita semua berada di bawah satu bumbung; masuk kot satu pintu. Ada banyak tempat nak lepak kat luar; bebudak boleh main wau kalau ada sapa nak bawak; living room dia besar lah. Makan sendiri. harga RM2000 utk 2 mlm.

Option lagi satu still open (belum cancel lagi) apartment 3 bilik x 2. maksud kita akan ada 6 bilik. apartment sebelah-sebelah InsyaAllah; tapi masuk ikut 2 pintu lah. B'fast disediakan untuk 6org x 2 = 12org; towel ada 6 x 2; toilet ada 2 x 2. tapi tak de tempat nak lepak kat luar; relatively kecik dari bungalow; tak boleh nak main wau lah. BBQ pun kat veranda je lah. Harga RM1600 utk 2 mlm.

Tujuan kita pi nak berimpun satu keluarga di tempat yang lain dari biasa. SO; please think about it lagi sekali before we proceed to bayar sebelum Feb 10; 2010.

Persiapan; tak kira kat mana keputusan dibuat untuk lodging... comforter tetap kena bawak jugak. bawak stokin

Sunday, January 10, 2010

Bilik Asna

Assalamualaikum!
Nothing like your own room. Bilik yang pernah menempatkan orang gaji ni sebenarnya bilik untuk Nana.
Selamat tahun baru untuk anak-anak sekelian. kemaskan katil sendiri ke tak? Asna dan Aiman dah masuk asrama dah - ASRAMA PA MA.

Salam

Wednesday, January 6, 2010

Pre-Meeting Discussion... Chewah!!!

Assalamualaikum semua. Tahniah kerana telah berjaya mengharungi separuh minggu pertama dengan senaknya (kepada mak bapak!!!) ... Kepada anak-anak; mulakan tahun baru ni dengan azam baru; bak kata Natra; adik nak belajar rajin-rajin! Paham ke dak tak tau lah...

Ni nak bincang pasai AGM kita. Memang harap sangat semua boleh pi lah. Kita dah reducekan masa penginapan kepada 1 malam shj.
Jumaat Malam 12-Mac-2010 - semua serbu rumah anchak. Lepas subuh kita bertolak. budak-budak kita siap kot jalan tak pa; ada 2 tempat berkelah kat tepi jalan. tapi tak boleh terjun sungai mandi lama-lama la... nak ligan time gate bukak jam 9 nak naik atas bukit nun!!! Mo terlepas; jam 11am pulak.
Check-in 13-Mac-2010 12:00 tghari
Check-out 14-Mac-2010 12:00 tghari - gate turun bukak 12; kalau terlepas kena tunggu pukul 2pm pulak!!!
Ada dua pilihan: 1) Apartment 3 bilik 2) Bungalow 3 bilik.

Aptmnt 3-bilik ni; ada 1 master bedroom; 2 bilik tamu, semua ada dua single bed, towel x 6; 2 toilet/bathroom; ruang tamu; ruang makan; dapur. Tak de tanah. Harga start dari RM350.
Gambar; last post dah pernah bubuh.

Bglw 3-bilik ni njang boh kat bawah. Ruang tamu dia besar sikit dari aptmnt. Bilik ada 1 master bedroom, dua bilik tamu, towel x 6, toilet/bathroom x 2; dapur (bawak rice-cooker & toaster sendiri). Ada tanah dan playground kecik kat sebelah. Harga RM1,000.


Untuk aktiviti...
Boating kat Allan's Water - RM6/boat/15min/2pax.


Horse-back riding Chid RM3/ride; adult RM4/ride; 1child + 1adult RM7/ride

Memanah RM5-RM6/10 arrows. Sapa nak tujuk terror???Bird-watch - FREE.
Picnic - FREE kat Jeriau WaterfallPerlukan keputusan: Apartment 3bilik or bungalow 3bilik. Nak murah - apartment.
Nak besar dan ada privacy - bungalow. Njang & Nuat ikut saja.

Assalamualaikum.

Sunday, January 3, 2010

Salam Tahun Baru...2010

Assalamaualaikum....

Setelah kian lama pakndak x masuk blog ni.... pakndak bukan sengaja nak diam diri, tapi keadaan masa sibuk sikit, tak dan nak tengok.



Makndak biasa la sibuk dengan kertas spm dia tu.... pakndak pulak kalut dengan kerja pindah kubur.




Nak bawa anak2 jalan pun x sempat cuti ni... Mujur la Carnival dekat rumah, boleh senang pi... tu pun 3 hari sudah. curi-curi masa ja... kat alor star pun ok lah.... kata sarah.












Apit tu baru lepas seminggu kena potong.... bab carnival punya pasai x ada masalah.... berendam 3-4 jam sampai kembang.






Ok... bab nak bercuti bulan 3 ni, kami x ada masalah.... . insyallah pakndak sekeluarga akan turutserta, walaupun kena batal acara lain.



Memang bulan 3 dok rancang nak pi bercuti pun, sebab cuti sekolah bln 12 x sempat nak jalan.



Kami setuju semua apa yang dirancang..... beres!
Yg penting ada makan2, BBQ ka....he..he..
Kalau pi lagi ramai lagi seronok......


O.K.... Jumpa disana, SELAMAT TAHUN BARU 2010 dari Pakndak, maknadak, sarah, Afif dan Zaim. Wassalam....................







Wednesday, December 30, 2009

New Year Menjengah Lagi... 2010


Assalamualaikum to all my bros & siss & nieces & nephews & hubby & kids

Maka bermula lah lebaran baru di tahun baru... bermula dengan kelam kabut nak pi cari baju sekolah; kasut sekolah; tudung.... not to mention buku-buku dan peralatan alat tulis dan beg sekolah...

Hatta bermula lah satu episod baru ... kepeningan di tahun baru... perfectly understood.

SO!! kepada anak-anak; tolong fahami keluhan bapak-bapak dan mak-mak dalam mencuba sedaya upaya menyediakan selengkap mungkin segalanya yang termampu. Jangan mintak lebih-lebih... diam cukup! Mana yang ada pakai dulu... esok-esok dah masuk bulan lain baru kita tengok lain apa lagi tak cukup. Mana boleh tambah InsyaAllah akan ditambah... Okay...

Hmmm... dlm kelam kabut ni... AGM La'Merapoh D'Ruat kita hold dulu... tak kata cancel!!! Fraser's Hill cuma satu kampung saja... bukan Theme Park... As long as kita ada tempat nak letak kepala bila pening; good enough. Makan ada banyak gerai and a lot cheaper than makan kat area The Curve itu hari... hadoi!!!

Any how; selamat berkelam kabot you all!!! Have a good jump start on this new year...