Assalamualaikum,
Pak Chaq ucapkan pada anak-anak penakan yang dah mulakan sessi kedua sekolah tahun ni.
Selamat belajar bersungguh-sungguh. Mata pelajaran macammana? Walau apa pun keputusan yang kita dapat dalam tiap-tiap mata pelajaran, perjalanan proses pembelajaran tu yang penting. Apa yang kita dapat tangkap itu yang berguna.
Pak Chaq contohnya, suka alam sekitar, tapi Geografi dapat C6? (ingat-ingat lupa). 'Camping' suka tapi skill 'camping' tak cekap- harap trial & error saja.
Cuba teka ini map di mana? Pak Chaq tak pandai nak cari-cari ni.

Saja suka-suka PakChaq nak buat senarai untuk santapan minda, some thing to look forward to:
Kat Taiping ada Hotel Sri Malaysia (ada swimming pool kecik)
Kat Selama ada Pakteh, dan ada Mini Dam- nanti Pak Teh boleh bagi taklimat terperinci kut?
Ikut highway Kuala Kangsar Grik boleh sampai Tasik Banding- ada Banding Island Resort. Itu sudah pintu masuk Royal Belum National Park.
Pak Chaq agak-agaknya lah, jarak perjalanan dari Taiping ke Tasik Banding, dan dari Yan ke Tasik Banding lebih hampir-hampir sama kut. Mungkin Pak Teh boleh ukuq?
Dalam masa 1 tahun lagi mungkin jalan lebih selesa.
Kalau Pak Ngah, Pak Teh, Mak Njang dan Pak Ndak yang lebih celik IT mungkin boleh compile maklumat dan perincian yang berguna dari segi topik di atas, bukan saja untuk faedah perjalanan, bahkan juga untuk pengetahuan am Geography anak-anak kita. Bila posting, cuba present maklumat yang berkaitan. Satu topik?

Salah satu nak bagi menarik perjalanan ialah dengan melihat ia dalam dimensi dan format yang berlainan.
Assalamualaikum.










.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)






