Sunday, November 2, 2008

Asalamualaikum semua...


asalamualaikum kpd sume yg kenal tasha di sini. semoga sume sihat selalu . rajin rajinlah masuk blog ni.

kpd kaklong nisa & abang aiman : nanti masuk SMK mana? haraplah korang boleh masuk SMS MUZAFFAR melaka. nanti boleh lah main same same.

untk yg lain lain , nanti raya haji kite jumpe kat umah tok.

oklah ummi suruh semayang asar.


BYE - BYE



Saturday, November 1, 2008

Mukaddimah Dari S.P.



Salam sejahtera buat semua.........,


Semoga semua anak & cucu-cucu Tok Melah sihat-sihat selalu. Kami disini Alhamdulillah...... sihat sejahtera.. Zaim yang pecah kepala hari tu.. pun dah cergas dah. Tak serik-serik, untuk memastikan ia x berulang, kami dah bagi dia pakai topi keselamatan....... Untuk gambar tok wan tu pak ndak ada, tapi kena scan dulu.....

jumpa lagi..........



Assalamualaikum bro & sis....

Macam yang Anteh kata, nak kongsi dengan semua sedikit pengalaman ( kisah benar) yang Anteh tempohi selama buat projek kat Selama ni.
Sebenarnya "treatment" drama ni Anteh buat untuk assignment Penulisan Skrip final year OUM (dapat A+ tuuu)......

***************************************************************************************

“TREATMENT”


1. EXT. DI TEPI JALAN LADANG, BAWAH POHON RUMBIA
Pemandangan kawasan sawah padi yang sedang menguning, saujana mata memandang. Teduhan pohon rumbia bersama bunyi pelepah rumbia yang bergetar ditiup angin. Kelihatan beberapa ekor burung layang-layang berlegar-legar menuruti belakang mesin jentuai.


2. EXT. DI TEPI JALAN LADANG, BAWAH POHON RUMBIA
Amir duduk bersila di bawah teduhan. Merenung jauh ke tengah sawah yang sedang dituai dengan jentera. Bunyi pelepah rumbia makin tenggelam dek deruman enjin jentera menuai yang makin menghampiri Amir. Pandangan Amir beralih ke arah jentera sambil tersenyum kepada pemandunya.








Amir terus mengelamun.


SPIRAL… FADE IN
3. EXT. TAPAK RUMAH PADI, TEMPAT TINGGAL AMIR DAN PEKERJA
Semut hitam merayap di kaki Amir lalu menggigit. Amir menepis, bersahaja sambil pandangannya tidak lekang pada orang-orang kampong yang bergotong royong mendirikan rumah buat Amir.




“Kami memang orang susah, tapi nak mintak tolong, kami mudah”, kata Pak Ngah Ajis mengejutkan Amir dari lamunan.
“Terima kasih Pak Ngah”, jawab Amir yang tersedar dari lamunan.
“Payah dah nak jumpa macam ni”, tambah Amir. Orang terus bekerja hingga lewat petang. Bentuk rumah separuh siap dah mula kelihatan.

4. EXT. DI TENGAH KAWASAN TANAH TERBIAR YANG BERPAYA
Pemandangan kawasan tanah paya yang dipenuhi kerbau-kerbau yang berkeliaran, bebas. Jalan tar mini yang menjadi laluan penduduk kampong, sepi ketika itu. Sesepi tanah yang terbiar tidak diusahakan. Amir yang bertopi mengkuang mengeluarkan buku nota kecil dari poket seluarnya lalu membuat catatan.

“Kau nak buat apa Amir? 20 puluh tahun dulu, paya setakat dada ni masa dia orang tanam padi ”, tegur Awang yang tak berbaju, mengejutkan Amir.
“Paya tu... nak buat macam mana?”, tambahnya lagi sambil berlalu dengan motor “kapcai” lampu bulat dengan eksos separuhnya. Deru enjin membingitkan telinga, tak setara dengan kelajuannya.
Amir hanya tersenyum sambil berlalu ke tengah-tengah sawah tinggal itu. Tidak membenarkan semangatnya dilemahkan dengan kata-kata Awang tadi.


5. EXT. DI TENGAH JALAN MINI TAR YANG MEMBELAH TANAH TERBIAR
Amir memerhati dari kejauhan jentera berantai yang disewanya membersihkan parit yang telah bertahun-tahun tidak terurus. Kerbau-kerbau mendongak, kaku memerhati jentera mengganas. Burung ruak-ruak pantas melintas jalan, mengejar pasangannya.







6. EXT. DI LAMAN RUMAH PADI MALAM 1
Bertemankan mentol lampu 60watt, Senapi terkial-kial mengeluarkan bearing rotor traktor yang pecah ketika membajak petang tadi.

“Orang-orang muda la ni memang degil. Langsung tak tau adab”, jerit Tok Lah dengan lantang.
“Aku dah kata kena jamu dulu… degil!!! “, herdik Tok Lah lagi.
Senapi dan Amir hanya berdiam sambil tekun membuat kerja.
“Masuk ni dah 6 kali, padan muka engkau orang. Kalau ikut kata aku kan selamat. Lepas ni kalau dia mengamuk, kacau anak pinak orang… memang punca dari engkau orang”, jerit Tok Lah lagi sambil berlalu pergi bila menyedari kata-katanya langsung tak diendahkan oleh Amir dan Senapi.
Sepi… Tok Lah hilang dalam kegelapan malam.
Amir dan Senapi berpandangan. Senapi tersengih menampakkan semua gigi sambil Amir menjelir lidah pada Senapi. Amir dan Senapi ketawa.

7. INT. RUMAH PADI MALAM 2






Cahaya bulan menembusi dinding rumah yang diperbuat dari kulit bertam. Burung jampuk sahut menyahut menyanyi lagu malam. Senapi mengubah posisi bantal, mengelak dari cahaya bulan menerangi mukanya.
“Apa jadi pun saya tak akan buat, Bang Pi. Saya tak akan gadai akhidah saya buat benda khurafat tu”, kata Amir memula bicara bila menyedari Senapi belum terlelap.
“Kita buat ni kerana Allah. Apa nak takut?”, jawab Senapi. “Traktor rosak? Adat la bila buat kerja. Tak nak rosak simpan kedai la”, sambung Senapi lagi disambut dengan tawa Amir.
Sepi... burung jampuk terus menyanyi mengiringi dengkur Senapi dan Amir.























































































































buat kenangan bersama...

Bila sebut saja pasai arwah ayah.... di sini Ancik tringin nak kongsi entry yang pernah dimasukan dalam blog Ancik untuk tatapan semua....

pst : Abang Long tanya, macam mana rupa Tok Wan Abdul, sesapa yg ada gambar arwah tolong add in kan.. kesian cucu-cucu tak penah tgk rupa Tok Wan..!!



***********************************************************



29 Nov 2007 - Pagi itu aku bergegas keluar dengan berbekalkan senaskah yassin...


"..nak kemana tu ancik ?", tanya mak aku..


"..jumpa ayah kejap, nanti mak tolong bagi tahu Lady suruh sarapan dengan anak2 dulu, jangan tunggu ancik..!!", aku berharap dan aku melangkah keluar.


"..assalamualaikum ayah, ancik datang ni.."


"..raya hari tu ancik tak balik, budak-budak sekolah dan ada exam pulak tu, ni lah masa cuti baru dapat balik.."



"..tapi tak pa kan, ancak dgn njang balik juga jenguk ayah lg pun anteh ngan Nuat ada di sini..", aku duduk bersila disisi sambil membaca surah yassin hingga selesai.


"..abang long tahun depan dah masuk tahun 4, kak ngah pula masuk tahun 2, badan kak ngah dah serupa abang long dia dan bb pula sejak petah bercakap nih bertambah nakalnya, cucu-cucu ayah juga..", sambil aku mengutip daun-daun dan bunga-bunga kemboja yang gugur bersepah di persekitaran.


"..ancik ingat lagi pesan ayah tentang hidup, tentang kepuasan hati, tentang segalanya mengenai dunia hanya dengan berpandukan kepada dua perkara penting iaitu AKAL dan AGAMA yang sering ayah ungkapkan bila ancik ada banyak masalah.."


"..memang ancik pada mulanya tertanya-tanya juga pasal dua perkara tu, tapi bila ancik meningkat dewasa dan dah ada keluarga sendiri ancik mula memahami, terimakasih ayah kerana mengajar ancik menjadi seseorang.."


Matahari makin meninggi, cahayanya menembusi dicelahan daun meranti yang pohon nya tumbuh menjulang tinggi.


"..ancik balik dulu ayah, nanti jika ada kelapangan ancik datang lagi, maklumlah sekarang ni ancik kerja di seberang laut, balik hanya bila cuti panjang..", selesai saja aku mencabut rumput yang tumbuh meliar dan persekitaran bersih aku pun melangkah pulang dengan perasaan yang sama seperti tiap kali aku menziarahi pusara ayah, sedih dan rindu....


...bersemadi dengan tenang ayahanda tercinta Hj Abdul Bin Mat, 11 Mei 1938 - 26 Jun 1998

Ahlan Wasahlan...


Assalamualaikum w.b.t.. buat semua, Anteh, Njang, (Anchak dan Adik ntah bila tahun nak on blogger neh pun tatau) dan juga buat mak tersayang ada pesanan... cucu-cucu mak rindukan Tok depa....!


Alhamdulillah syukran... dengan ujudnya La Merapoh D' Ruat, sekarang ni dah tak risau pasal bill talipon lagik, kalau idak asyik nak letak cepat jer tipon tu... dah ada blogger nih, juz klik saja dah tau apa crita... tu pun mengkalu ada yg letak crita terkini lah... kalau dak tunggu tahun depan baru tau... tu pun kalau Ancik balik...
Ni nak intro skit.... masa mai Sabah April 2004.... Ancik sehat wal'afiat dgn kehenseman yg keterlaluan.. tapi la neh semua penyakit ada (termasuk penyakit boroi) tu yg tahun lepas balik jln mengengkang saja bawa perut !!!..... cuma penyakit RUBELA saja yg tak melekat... kalau melekat dah tentu haruuuuuuuuu...!

Mak... cucu-cucu mak yg tak kluaq lagi tuh aktif betui.. kot-kot bahana petai impot dari sana lar tuh.. (petai SABAH tak sodapppppp)

Njang... trima kasih kerana inisiatif mendekatkan famili dihujung jari...

Anteh.... dah jadi bangkai ker apa F1 Ancik tu.....

Ancak.... nak mintak advise pasai lanskap depan rumah (nanti Ancik masukan entry)

Adik..... anak adik tu dah ok ka (yg stunt man tu)

Cukup lar dulu untuk permulaan... sat ni ada masa Ancik buat entry lagik.... harapan untuk semua , rajin-rajin lar penuhkan blogger neh... Abang Long, Kak Ngah dan Bb nak tgk aktiviti sepupu sepapat depa.......

Wassalam....