Assalamualaikum semua. Tahniah kerana telah berjaya mengharungi separuh minggu pertama dengan senaknya (kepada mak bapak!!!) ... Kepada anak-anak; mulakan tahun baru ni dengan azam baru; bak kata Natra; adik nak belajar rajin-rajin! Paham ke dak tak tau lah...
Ni nak bincang pasai AGM kita. Memang harap sangat semua boleh pi lah. Kita dah reducekan masa penginapan kepada 1 malam shj.
Jumaat Malam 12-Mac-2010 - semua serbu rumah anchak. Lepas subuh kita bertolak. budak-budak kita siap kot jalan tak pa; ada 2 tempat berkelah kat tepi jalan. tapi tak boleh terjun sungai mandi lama-lama la... nak ligan time gate bukak jam 9 nak naik atas bukit nun!!! Mo terlepas; jam 11am pulak.
Check-in 13-Mac-2010 12:00 tghari
Check-out 14-Mac-2010 12:00 tghari - gate turun bukak 12; kalau terlepas kena tunggu pukul 2pm pulak!!!
Ada dua pilihan: 1) Apartment 3 bilik 2) Bungalow 3 bilik.
Aptmnt 3-bilik ni; ada 1 master bedroom; 2 bilik tamu, semua ada dua single bed, towel x 6; 2 toilet/bathroom; ruang tamu; ruang makan; dapur. Tak de tanah. Harga start dari RM350.
Gambar; last post dah pernah bubuh.
Bglw 3-bilik ni njang boh kat bawah. Ruang tamu dia besar sikit dari aptmnt. Bilik ada 1 master bedroom, dua bilik tamu, towel x 6, toilet/bathroom x 2; dapur (bawak rice-cooker & toaster sendiri). Ada tanah dan playground kecik kat sebelah. Harga RM1,000.



Untuk aktiviti...
Boating kat Allan's Water - RM6/boat/15min/2pax.


Horse-back riding Chid RM3/ride; adult RM4/ride; 1child + 1adult RM7/ride

Memanah RM5-RM6/10 arrows. Sapa nak tujuk terror???

Bird-watch - FREE.

Picnic - FREE kat Jeriau Waterfall

Perlukan keputusan: Apartment 3bilik or bungalow 3bilik. Nak murah - apartment.
Nak besar dan ada privacy - bungalow. Njang & Nuat ikut saja.
Assalamualaikum.